Universiti banyak mengajar dan menekankan bahagian teori. Kalau anda bertuah, anda akan dapat lecturer yang banyak menekankan tentang hands-on projek.

Kumpulan yang terdiri daripada 3 ke 4 orang untuk melakukan projek, practical project berkaitan electronic. Projek berkumpulan adalah bagus kerana ia mengajar kita bagaimana untuk bekerja secara berkumpulan. Bekerja secara berkumpulan tidak bermaksud semuanya dilakukan bersama tetapi ada tugasan yang perlu dibahagi kepada setiap orang. Seorang akan buat bahagian teknikal, seorang akan buat bahagian documentation dan lain lain.

Percayalah, practical electronic memang menyeronokkan.

Tapi bagaimana untuk mulakannya? Banyak ka duit nak guna? Mestilah banyak 😉 tetapi ada trick nya 😀

1st Step

Mulakan dengan membeli pekakas elektronik anda. Untuk kali pertama, beli yang murah murah dahulu. Sebab baru nak start. Saya dulu mula dengan beli sikit sikit barang seperti solder iron, sucker, muncung tirus, cutter, breadboard, jumper wire sikit, dan timah sikit.

Tidak dilupakan juga. mana mana beg terpakai dekat rumah untuk simpan semua pekakas elektronik yang dibeli 😀

2nd Step

Pergi ke internet, mula mencari buku buku atau tutorial yang bersesuaian. Saya dulu masa mula mula start, saya download buku 123 PIC Microcontroller Experiments for the Evil Genius by Myke Predko. Dari situ, saya mula lah buat board saya sendiri macam gambar dekat bawah ni dan cuba untuk buat semua example dari buku tu. Buku yang saya sebut dekat atas tu dah lama sangat, dah tak beberapa sesuai untuk budak budak sekarang 😀

3rd Step

Buang perasaan takut anda dengan elektrik 😀 Of course lah buang perasaan takut tu dengan ilmu. Buat litar jenis electronic power. Circuit AC to DC converter ker, inverter ker dan banyak lagi. Dari situ, anda akan bermain dengan AC, komponen meletoopp, spark akibat short dan banyak lagi.

Seriusly, anda akan belajar banyak benda. Komponen meletop, anda akan tertanya tanya mengapa dan mencari jawapannya.

4th Step

Masa pon akan berlalu dengan cepat, tanpa anda sedari, minat dalam elektronik dengan diri anda dah pon sebati. Dan pada masa itu pon, anda sudah boleh buat banyak benda, dah berani tukar mentol lampu rumah, kalau circuit breaker rumah ter break ka, dah tak rasa takut nak pi jenguk apa yang problem 😀 dan bnyak lagi.

5th Step

Berbakti pada masyarakat dan cari sedikit gaji lebih untuk gembirakan diri anda. Setelah 3 hingga 4 tahun bermain dengan hand-on setiap minggu, anda tidak lagi acuh tah acuh dengan elektronik. Tolong komuniti di sekitar anda, buat hidup mereka lebih bermakna dengan elektronik.

Sekarang, anda hidup dalam dunia elektronik anda sendiri. 😀

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini