Cheat Sheet : Konfigurasi asas untuk menghidupkan PIC16F887

Bagi generasi sekarang, mungkin ramai yang mula mengenal dunia coding melalui Arduino. Bagi generasi pertengahan, mereka mula mengenal dunia programming melalui mikropengawal PIC. Bagi generasi yang agak senior pula, mungkin melalui INTEL 8081 atau yang sezaman dengannya.

Skematik di atas menunjukkan apa yang diperlukan untuk menghidupkan PIC16F887. Bagi generasi pertengahan, mungkin ianya mengimbau kembali zaman belajar dahulu. Kepada mereka yang inginkan sedikit kemudahan, tak mahu memikirkan tentang hardware, nak lebih fokus kepada coding, mereka boleh membeli kit atau papan elektronik “plug and play”. Letak PIC di atas papan “plug and play”, terus boleh coding PIC menggunakan MPLAB. Di bawah merupakan antara Kit PIC yang popular pada zaman nya.

Untuk muat naik code ke PIC, anda memerlukan programmer yang dihubungkan antara komputer dan cip PIC. Antara contoh programmer adalah PICKIT2 dan PICKIT3 dari Microchip. Selain itu, terdapat juga banyak 3rd party programmer di pasaran.

PICKIT 3

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini