Test Jig Buzzer dan GPS Module

Test Jig Buzzer dan GPS akan menguji setiap Buzzer dan GPS modul untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Test Jig ini berkemampuan untuk:
+ Menguji Buzzer dengan membunyikan tone lagu
+ Membaca nilai Latitude dan Longitude GPS Module
+ Membaca tarikh dan masa GPS Module

Menguji GPS Module

Selepas GPS Modul dihidupkan, ianya akan cuba mencari isyarat satelit di langit. GPS modul tidak dapat berfungsi dengan baik jika berada di dalam tempat berbumbung atau tertutup seperti di dalam bilik. Ianya juga tidak dapat berfungsi dengan baik ketika cuaca hujan atau langit berkeadaan dipenuhi awan.

GPS Modul juga tidak akan berfungsi dengan baik jika ianya berada di dalam keadaan yang statik. Ini kerana GPS modul mengalami kesulitan untuk mengunci isyarat dengan satelit.

Pengguna dinasihatkan supaya tidak berada di dalam keadaan statik ketika menguji GPS modul jenis ini. Pengguna mestilah didalam keadaan bergerak untuk memudahkan GPS modul mengunci isyarat dengan satelit.

Pengujian GPS Modul pada waktu siang.

Video dan gambar di bawah menunjukkan pengujian GPS modul di waktu petang. GPS Modul dibawa berjalan dan tidak berada di dalam keadaan statik. GPS modul mengalami sedikit kesusahan untuk mengunci isyarat dengan satelit mungkin kerana keadaan langit dipenuhi awan pada waktu pengujian. Kami menggunakan waktu siang dan jalan digambar bawah untuk menguji setiap GPS Modul kami.

Bacaan pada penguji GPS memaparkan ketepatan dua titik perpuluhan iaitu 5.49 dan 100.38.

 

Pengujian GPS Modul pada waktu malam.

Video dan gambar di bawah menunjukkan pengujian GPS modul di waktu malam. GPS Modul dibawa berjalan dan tidak berada di dalam keadaan statik. GPS modul mudah untuk mengunci isyarat dengan satelit mungkin kerana cuaca yang baik pada waktu pengujian. Kami tidak menggunakan waktu malam dan jalan digambar bawah untuk menguji setiap GPS Modul kami.

*Ralat pada bacaan masa GPS Modul, munkin kerana kesalahan coding.

Sambungan Pin : Sedang dikemas kini

Code : Sedang dikemas kini

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini