Dengan menggunakan Arduino dan GSM shield yang sudah mempunyai fungsi asas sedia ada, anda boleh mencipta satu robot yang boleh membuat atau menerima panggilan, boleh menghantar dan menerima mesej, dan boleh melayari internet. Anda juga boleh membuat mobile phone anda sendiri 😀

GSM/GPRS shield di mana module utamanya adalah SIM900 dan ianya dikatakan juga sebagai diantara module yang berpatutan harganya untuk GSM/GPRS setakat ini. SIM900 berkemampuan untuk interface dengan simcard dan seterusnya membuat proses call, sms dan gprs.

Shield seperti gambar di atas mempunyai microphone dan speaker jack yang tersendiri. Ia tidak mempunyai microphone atau speaker siap di atas board, hanya mempunyai sambungan, oleh itu kena guna headphone sendiri lah jawabnya.

Bagi saya, untuk menggunakan shield ini, anda memerlukan dua module dan satu arduino. Satu arduino Uno atau Mega, mana mana pun OK, satu shield GSM SIM900 dan satu lagi shield LCD. Hasilnya taadaaaa, sekarang, anda boleh masukkan code anda, bukan susah pon, dah ada library code arduino dia sendiri. Just susun susun ja function function di dalam library nya untuk membuat tugasan yang anda inginkan.

Kalau anda suka untuk mencuba, anda boleh belajar dari website ini, tutorial dia agak baguslah. Tetapi, shield yang dia gunakan adalah shield dia sendiri, berbeza dengan shield yang saya gunakan seperti dalam gambar. Cuma kedua dua shield meggunakan module yang sama iaitu SIM900. Jadi operasi interface nya sama, pogrammingnya pon sama iaitu menggunakan serial interface.

Selamat mencuba 🙂

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini