Cheat Sheet : Switch

Suis

Suis sebagai komponen Input. Terdapat dua konfigurasi yang kita boleh gunakan iaitu Pull Up (perintang di ikat pada voltan 5V) dan Pull Down (perintang di ikat pada voltan 0V). Dalam kata lain, konfigurasi Pull Up akan memberi kesan aktif rendah (logik 0 apabila suis ditekan) manakala konfigurasi Pull Down pula adalah aktif tinggi (logik 1 apabila suis ditekan).

Cheat Sheet : Analog Keypad

Analog Keypad

Anda boleh menghasilkan 4×3 keypad ataupun 12 suis hanya dengan menggunakan satu input analog sahaja. Nod analog keypad seperti yang tertera di gambar di bawah perlulah disambungkan pada input analog. Dengan menekan suis yang berlainan, nod analog input akan memberi bacaan voltan yang berlainan. Voltan ini akan dibaca oleh pin analog dan diguna bagi menentukan suis mana yang ditekan. Jika tiada suis yang ditekan, input analog akan membaca hampir kepada 5V.

Cheat Sheet : Matrix Keypad

Matrix Keypad

Gambar di bawah adalah salah satu jenis 4×4 keypad ataupun 16 suis. Ianya memerlukan 8 pin untuk berfungsi. 4 pin dihubungkan ke pin input dan 4 pin dihubungkan ke pin output, selepas itu ianya perlu bertukar tugas. Ini dinamakan proses imbasan untuk mengimbas suis mana yang ditekan. Arduino atau mikropengawal perlu mengimbas kolum (C1, C2, C3 dan C4) dan selepas itu mengimbas baris (R1, R2, R3, dan R4) pula.

Cheat Sheet : Phototransistor

Phototransistor

Phototransistor akan menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga arus. Gambar di bawah menunjukkan litar ringkas yang boleh digunakan untuk menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga arus. Nod Signal pada gambar di bawah akan memberi bacaan voltan berkadar terus dengan arus yang dihasilkan phototransistor.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini