Dulu, saya suka beli perintang yang bernilai 100 ohm, 1k ohm, 10k ohm dan 100k ohm dalam kuantiti yang banyak. Saya kurang membeli nilai nilai perintang lain. Perintang yang mempunyai nilai asas ‘1’, saya anggap ianya sebagai Universal Resistor untuk proses prototyping dengan menggunakan konsep series dan parallel.

Perintang perintang seperti 100 ohm, 1k ohm, 10k ohm, 100k ohm, 1M ohm dan 10M ohm sesuai digunakan untuk proses prototyping. Kalau anda perasan, kesemua mereka mempunyai nilai asas iaitu 1 kepada kuasa ‘x’. Nilai ini amat bagus untuk digunakan dalam proses prototyping. Sebagai contoh, anda mempunyai 3 LED yang bewarna GREEN, RED dan ORANGE. Anda menghidupkan kesemua LED tersebut dengan menggunakan perintang bernilai 100 ohm seperti gambar di bawah.

Selepas anda hidupkan litar, anda akan mendapati tahap kecerahan setiap LED adalah berbeza. RED LED adalah yang paling terang jika dibandingkan dengan LED warna lain. Sekarang anda cuba untuk samakan tahap kecerahan setiap LED. Selepas anda membuat pengiraan asas I=VR, anda mendapati jikalau kesemua LED hendak menyala dengan kecerahan yang sama, GREEN LED memerlukan perintang 95 ohm, RED LED memerlukan perintang 510 ohm dan ORANGE LED memerlukan peringtang 260 ohm. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana kita boleh series atau parallel kan perintang untuk mendapatkan nilai yang lebih kurang dengan nilai pengiraan tadi iaitu 100 ohm (bagi 95 ohm), 500 ohm (bagi 510 ohm) dan 250 ohm (bagi 260 ohm).

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini