Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Arduino Ethernet Shield membolehkan papan Arduino membuat sambungan ke network atau internet. Arduino Ethernet Shield direka dan beroperasi menggunakan cip ethernet Wiznet W5100. Wiznet W5100 network IP menyokong TCP dan UDP. Wiznet W5100 mampu menyokong sehingga empat sambungan secara serentak.

>> Apa yang akan kita lakukan di tutorial ini? <<

Kita akan menyambung Ethernet Shield ke komputer melalui port Ethernet. NADIELECZONE (This computer) adalah komputer yang saya akan gunakan sekarang. Rangkaian diantara Ethernet Shield dan NADIELECZONE dipanggil Local Area Network (LAN) dan ianya berada di dalam bulatan yang bewarna biru di dalam gambar di atas. Ilyasaa ialah pintu yang saya gunakan untuk menyambung LAN saya ke internet. Dalam kes ini, Ilyasaa adalah nama telefon saya (telefon saya yang dalam mod hotspot dan sudah bersambung ke internet dan saya menyambungkannya ke Laptop saya). Ia juga boleh menjadi modem atau WiFi. Dalam tutorial kali ini, kita hanya akan menggunakan LAN (bulatan bewarna biru dalam gambar di atas) sahaja bagi menguji sama ada Ethernet Shield kita berfungsi atau rosak.

>> Proses penyediaan komponen dan kod arduino <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menguji Ethernet Shield W5100 dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

Buka perisian Arduino IDE dan buka kod example WebServer. Di dalam kod tersebut, baris kod yang anda mesti ubah adalah alamat IP Ethernet Shield anda. Alamat IP ini bergantung kepada Ethernet Shield anda.

>> Menghubungkan papan Arduino ke komputer anda <<

Lekatkan Ethernet Shield di atas papan Arduino Uno. Sambungkan kedua-dua kabel dengan betul. Anda akan melihat yang semua LED di atas Ethernet Shield akan berkelip dan jarang jarang untuk LED yang berlabel TX dan RX. Sekiranya Ethernet Shield anda rosak atau bermasalah, anda mungkin mendapati bahawa hanya LED yang berlabel PWR dan 100M sahaja akan menyala.

>> Mencari network <<

Buka Control Panel dan klik pada Network and Internet.

Klik pada Network and Sharing Center.

Di sini anda boleh melihat pintu Ilyasaa yang saya katakan sebelum ini. Ianya adalah nama lain di dalam komputer anda. Ilyasaa adalah nama yang saya berikan kepada telefon saya. Rangkaian yang tidak dikenali di bawah Ilyasaa adalah Ethernet Shield yang dihubungkan ke komputer.

Apa yang akan berlaku jika anda memutuskan sambungan kabel Ethernet? Mula-mula anda akan melihat bahawa hanya LED yang berlabel PWR sahaja akan menyala manakala LED yang lain akan terpadam.

Kemudian anda akan melihat yang rangkaian tidak dikenali sebelum ini akan hilang. Ok, sambungkan kabel Ethernet semula, kita akan meneruskan langkah seterusnya.

>> Command prompt <<

Klik pada butang Start dan buat carian Command Prompt. Klik padanya untuk buka.

Tulis ipconfig pada Command Prompt. Ia akan menyenaraikan senarai alamat IP yang tersambung ke komputer anda.

Wireless LAN adapter Wireless Network Connection adalah diantara Ilyasaa dan internet (bulatan oren) sementara Ethernet adapter Local Area Connection adalah diantara Ethernet Shield dan NADIELECZONE (This Computer) (bulatan biru).

>> Alamat IP daripada command prompt <<

Alamat IP yang akan kita gunakan boleh didapati di bahagian Ethernet adapter local area connection. Ambil alamat IP tersebut dan pindahkannya ke kod Arduino Webserver.

Inilah apa yang akan berlaku jika anda memutuskan sambungan kabel Ethernet. Ia akan dilihat sebagai Media disconnected.

>> Muat naik kod arduino ke papan arduino uno <<

Selepas siap menukar alamat IP, muat naik kod ke papan Arduino Uno.

Jika proses memuat naik kod ke papan Arduino Uno mengambil masa terlalu lama berbanding kebiasaan, pisahkan papan Arduino Uno daripada Ethernet Shield dan muat naik kod sekali lagi. Selepas selesai proses muat naik, lekatkan kembali Ethernet Shield di atas papan Arduino Uno.

>> alamat ip yang telah dimuat naik <<

Buka serial monitor, perkara pertama yang anda akan lihat adalah alamat IP Ethernet Shield anda. Jika anda melihat alamat IP 0.0.0.0 pada serial monitor, ini bermakna bahawa cip W5100 anda tidak bertindak balas terhadap arduino. Kemungkinan cip tersebut sudah rosak.

Kemudian buka pelayar web anda. Salin alamat IP dari serial monitor ke pelayar web anda. Kemudian tekan enter.

Kini data yang dihantar dari arduino uno boleh didapati di Local Area Network dan boleh diakses dengan merujuk ke alamat IP tersebut.

>> Selamat mencuba <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini