Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Arduino LCD Keypad shield direka untuk digunakan bersama sama dengan papan Arduino. Shield ini menyediakan antara muka yang mesra pengguna. Ini membolehkan dan memudahkan pengguna untuk mereka cipta menu antara muka mereka sendiri serta membuat pilihan dengan menggunakan suis tekan sedia ada di atas shield. Shield ini terdiri daripada paparan LCD 1602 yang mempunyai lampu latar berwarna biru. Suis tekan terdiri daripada 5 suis iaitu select, up, down, left dan right. Untuk menjimatkan pin input output digital papan arduino, Arduino LCD Keypad shield hanya menggunakan satu saluran ADC bagi mengawal 5 suis tekan. Di bawah menunjukkan gambarajah dan kedudukan pin LCD Keypad Shield :

LCD Keypad Shield menggunakan pin digital 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 bagi mengawal LCD manakala pin Analog 0 bagi membaca nilai suis atau butang yang ditekan. Ini bermakna, dengan menggunakan LCD Keypad Shield ini, pengguna hanya mempunyai beberapa lebihan pin untuk digunakan pada papan Arduino Uno iaitu pin digital 0, 1, 2, 3, 11, 12 dan 13 serta pin analog A1, A2, A3, A4 dan A5 sahaja.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menggunakan sensor LCD Keypad Shield dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

>> Sambungan litar <<

Tiada apa apa sambungan menggunakan wayar penyambung. Inilah salah satu kelebihan Shield Arduino. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melekatkan LCD Keypad Shield di atas papan Arduino Uno sahaja.

>> Kod Arduino <<

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */
 
#include <LiquidCrystal.h>

LiquidCrystal lcd(8, 9, 4, 5, 6, 7);

int lcd_key     = 0;
int adc_key_in  = 0;
#define btnRIGHT  0
#define btnUP     1
#define btnDOWN   2
#define btnLEFT   3
#define btnSELECT 4
#define btnNONE   5

int read_LCD_buttons()
{
  adc_key_in = analogRead(0);
  if (adc_key_in > 1000) return btnNONE;

  if (adc_key_in < 50)   return btnRIGHT;  
  if (adc_key_in < 195)  return btnUP; 
  if (adc_key_in < 380)  return btnDOWN; 
  if (adc_key_in < 555)  return btnLEFT; 
  if (adc_key_in < 790)  return btnSELECT;   

  return btnNONE;
}

void setup()
{
  lcd.begin(16, 2);
  lcd.setCursor(0,0);
  lcd.print("NADI Eleczone");
}
 
void loop()
{
  lcd.setCursor(9,1);
  lcd.print(millis()/1000);

  lcd.setCursor(0,1);
  lcd_key = read_LCD_buttons();

  switch (lcd_key)
  {
    case btnRIGHT:
    {
      lcd.print("RIGHT ");
      break;
    }
    case btnLEFT:
    {
      lcd.print("LEFT   ");
      break;
    }
    case btnUP:
    {
      lcd.print("UP    ");
      break;
    }
    case btnDOWN:
    {
      lcd.print("DOWN  ");
      break;
    }
    case btnSELECT:
    {
      lcd.print("SELECT");
      break;
    }
    case btnNONE:
    {
      lcd.print("NONE  ");
      break;
    }
  }
}

Buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, di baris pertama LCD akan tertera ayat NADI Eleczone. Di baris kedua, di sebalah kiri akan tertera status suis atau butang yang ditekan seperti RIGHT, LEFT, UP, DOWN dan SELECT manakala di sebelah kanan akan tertera nombor yang mewakili kiraan saat.

Jika selepas memuat naik kod ke papan Arduino Uno, anda masih lagi tidak dapat melihat perkataan di atas LCD, anda perlu bermain dengan kontras LCD. Gambar di bawah menunjukkan komponen untuk mengawal kontras LCD. Dapatkan pemutar skru dan pusing tempat pemusing komponen ini bagi mendapatkan kontras yang bersesuaian.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial LCD Keypad Shield dan kini anda sudah berjaya menggunakan LCD Keypad Shield dengan papan Arduino Uno.

Teruskan ke tahap yang lebih mencabar >> 9 Sensor Gas Membentuk Sistem Pengesan Kebocoran Gas Arduino

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini