Oleh Mohd Qhairul Bakri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Pemandu motor L298N merupakan sebuah modul yang sangat penting untuk projek yang melibatkan mekanisma pergerakan daripada motor arus terus. Modul ini mampu mengawal kelajuan dan arah putaran dua buah motor arus terus yang beroperasi sehingga 12V dan 2A setiap satu. Kunci kepada operasi alat ini adalah PWM (mengawal kelajuan) dan H-bridge (mengawal arah putaran).

Penting : Kebiasaannya, terdapat satu pin jumper pada modul ini yang berfungsi untuk menghubungkan sumber kuasa ke cip pelaras +5V.

Jika menggunakan sumber kuasa (bateri/bekalan arus terus) kurang daripada 12V, sambungkan pin jumper ini. Pin +5V daripada modul L298N boleh digunakan sebagai OUTPUT untuk memberi kuasa kepada Arduino.

Namun, jika sumber kuasa melebihi 12V, sebaiknya cabutkan pin jumper ini kerana kadar voltan berisiko untuk merosakkan papan Arduino dan papan L298N. Jika pin jumper dicabut, pin +5V pula akan berfungsi sebagai INPUT dan memerlukan bekalan 5V daripada Arduino untuk mengaktifkan cip modul L298N.

>> ASAS PWM <<

Modul ini menggunakan teknik “Pulse Width Modulation” atau PWM untuk mengawal kelajuan putaran motor. PWM dapat mengubah purata voltan dengan mengubah kadar kelajuan pertukaran di antara keadaan ON dan OFF pada motor. Keputusannya, kelajuan motor juga berubah.

Rajah Contoh PWM

>> LITAR H-BRIDGE <<

Selain itu, modul ini juga dilengkapi dengan litar H-bridge yang berfungsi untuk mengubah arah putaran motor. Secara asasnya, H-bridge menggunakan empat suis untuk beroperasi.

Gambar Litar H-bridge

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara menggerakkan motor arus terus dengan menggunakan modul pemandu motor L298N dan papan Arduino Uno. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Sambungan litar <<

>> kod arduino <<

//Developer: Mohd Qhairul Bakri
//Tarikh: 23 Jan 2019

int ENA = 10;
int ENB = 5;
int IN1 = 9;
int IN2 = 8;
int IN3 = 7;
int IN4 = 6;

void setup()
{
  pinMode(ENA, OUTPUT);
  pinMode(ENB, OUTPUT);
  pinMode(IN1, OUTPUT);
  pinMode(IN2, OUTPUT);
  pinMode(IN3, OUTPUT);
  pinMode(IN4, OUTPUT);
}

void loop()
{
  //kedua dua motor berputar agak perlahan selama 3 saat
  analogWrite(ENA, 100);   //melaraskan kelajuan putaran motor (0~255)
  digitalWrite(IN1, HIGH);
  digitalWrite(IN2, LOW);
  analogWrite(ENB, 100);
  digitalWrite(IN3, HIGH);
  digitalWrite(IN4, LOW);
  delay(3000);

  //kedua dua motor berputar arah bertentangan dengan sedikit laju selama 3 saat
  analogWrite(ENA, 200);
  digitalWrite(IN1, LOW);
  digitalWrite(IN2, HIGH);
  analogWrite(ENB, 200);
  digitalWrite(IN3, LOW);
  digitalWrite(IN4, HIGH);
  delay(3000);
}

Modul L298N mempunyai enam pin kawalan. Dua daripadanya ialah ENA dan ENB berfungsi untuk mengawal PWM dan mesti disambung kepada pin PWM pada papan Arduino. Pin PWM ditanda dengan simbol “~” disebelah nombor pin pada papan Arduino. Empat lagi pin kawalan IN1, IN2, IN3, dan IN4 berfungsi untuk mengawal litar H-bridge dan arah putaran motor. IN1 dan IN2 akan mengawal arah putaran MotorA manakala IN3 dan IN4 pula akan mengawal MotorB.

Pin kawalan L298N Arduino Uno Input
EN A ~10 0-255
EN B ~5 0-255
IN 1 9 High/Low
IN 2 8 High/Low
IN 3 7 High/Low
IN 4 6 High/Low
IN1 IN2 MotorA/MotorB IN3 IN4
Low Low Berhenti Low Low
High High Berhenti High High
Low High Putaran jam Low High
High Low Lawan putaran jam High Low

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda telah menyelesaikan tutorial modul pemandu motor L298N dan Berjaya menggunakan L298N dengan Arduino Uno.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Mohd Qhairul Bakri di Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Sensor Pergerakan PIR HC-SR501.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini