Oleh Mohd Qhairul Bakri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Modul RFID merupakan sebuah modul yang digunakan untuk mengimbas identiti kad atau tag melalui frekuensi radio. Modul ini beroperasi menggunakan teknologi tak tersentuh. RFID bermaksud ‘Radio Frequency Identification’.

>> CARA OPERASI <<

Modul ini mempunyai dua komponen utama iaitu tag transponder dan pembaca RFID. Tag transponder mempunyai komponen yang terdiri daripada antena dan chip elektronik untuk menyimpan sehingga 1kb memori. Tag ini akan tercas secara tanpa wayar apabila diletakkan ke pembaca RFID. Setelah tercas, tag akan menghantar 1kb maklumat unik ke pembaca RFID.

Pembaca RFID pula mempunyai antenna yang mengeluarkan gelombang elektromagnet berfrekuensi tinggi yang mampu memberi kuasa kepada tag. Selain itu, alat ini menggunakan chip MFRC522 sebagai pembaca maklumat RFID. Alat ini juga menggunakan protokol SPI untuk berkomunikasi dengan papan Arduino.

>> aplikasi <<

RFID telah pun digunakan secara meluas oleh pelbagai sektor dan industri seperti kawalan akses di dalam bangunan, sistem pinjaman buku di perpustakaan, kad matrik pelajar, tol lebuhraya, dan lain-lain.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan modul RFID aktif dengan papan Arduino Uno. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Sambungan litar <<

Penting: VCC daripada pembaca RFID perlu disambung ke pin 3.3v pada papan Arduino

Modul MFRC522 Arduino Uno
RST D9
SDA D10
MOSI D11
MISO D12
SCK D13
VCC 3.3V
GND GND

>> kod arduino <<

Dalam tutorial ini, kita perlu memasang library untuk MFRC522 bagi memudahkan proses membuat koding. Daripada IDE Arduino sila pergi ke:

Sketch > Include Library > Manage Library

Pada Library Manager cari ‘MFRC522’ dan klik install.

Selepas itu, kita perlu mengenalpasti nombor UID kad atau tag yang ingin digunakan. Prosesnya amat mudah, muat naik kod contoh daripada library MFRC522 tadi. Sila pergi ke:

File > Examples > MFRC522 > DumpInfo

Muat naik kod yang bernama ‘DumpInfo’ ke papan Arduino Uno dan buka paparan serial. Kemudian letakkan tag atau kad pada pembaca RFID dan paparan serial akan memaparkan mesej seperti di bawah:

Simpan nombor Card UID kerana nombor ini merupakan indentiti unik tag atau kad yang diimbas tadi dan akan diperlukan di dalam kod yang seterusnya.

#include <SPI.h>
#include <MFRC522.h>

#define SS_PIN 10
#define RST_PIN 9

MFRC522 mfrc522(SS_PIN, RST_PIN);

void setup() 
{
  Serial.begin(9600);
  SPI.begin();
  mfrc522.PCD_Init();
  
  Serial.println("Sila Sentuhkan Kad...");
  Serial.println();

}
void loop() 
{
  if ( ! mfrc522.PICC_IsNewCardPresent()) 
  {
    return;
  }
  if ( ! mfrc522.PICC_ReadCardSerial()) 
  {
    return;
  }

  Serial.print("UID tag :"); //paparkan nombor UID
  String content= "";
  byte letter;
  for (byte i = 0; i < mfrc522.uid.size; i++) 
  {
     Serial.print(mfrc522.uid.uidByte[i] < 0x10 ? " 0" : " ");
     Serial.print(mfrc522.uid.uidByte[i], HEX);
     content.concat(String(mfrc522.uid.uidByte[i] < 0x10 ? " 0" : " "));
     content.concat(String(mfrc522.uid.uidByte[i], HEX));
  }
  Serial.println();
  Serial.print("Mesej : ");
  content.toUpperCase();
  if (content.substring(1) == "XX XX XX XX") //tukarkan dengan nombor UID
  {
    Serial.println("Akses Berjaya");
  }
 
 else   {
    Serial.println("Akses Tidak Dibenarkan");
  }
}

Masukkan nombor UID kad anda sebelum ini pada tempat yang disediakan dalam kod di atas (kodnya seperti di bawah, gantikan X dengan nombor kad anda) …

if (content.substring(1) == "XX XX XX XX") //tukarkan dengan nombor UID

… kemudian muat naik kod ke papan Arduino Uno dan buka paparan serial. Cuba sentuhkan kad yang mempunyai nombor UID tadi ke pembaca RFID. Paparan serial akan menunjukkan mesej seperti di bawah:

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda telah mengenali serba sedikit mengenai modul RFID aktif dan cara operasi modul ini seterusnya menyelesaikan tutorial modul RFID aktif bersama Arduino Uno.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Mohd Qhairul Bakri di Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Paparan 7 Segmen.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini