Oleh Mohd Qhairul Bakri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Modul sensor hujan merupakan sebuah alat yang sesuai untuk mengesan air dan kelembapan. Selalunya modul ini datang dengan dua komponen berasingan iaitu plat tadahan air dan litar komparator. Sensor ini beroperasi dengan konsep perubahan rintangan dan mempunyai dua mod output iaitu digital dan analog.

>> PLAT TADAHAN AIR <<

Komponen di bawah ialah papan litar tercetak yang mempunyai garis nikel yang disusun secara bersilih ganti antara satu sama lain menghasilkan rintangan boleh laras. Dengan kata lain, plat ini sebenarnya ialah sebuah perintang boleh laras yang nilai rintangannya bergantung kepada jumlah air di atas plat tersebut. Dalam keadaan kering, nilai rintangan ialah 2M ohm manakala dalam keadaan basah nilai rintangan akan menurun sehingga 100k ohm. Titisan air yang jatuh pada plat ini akan melengkapkan litar dan menyebabkan nilai rintangan menurun.

Garisan nikel bersilih ganti antara satu sama lain

>> LITAR KOMPARATOR <<

Litar ini beroperasi dengan cip LM393. Fungsi utamanya ialah untuk membezakan voltan input dengan voltan rujukan. Voltan input datang daripada sensor manakala voltan rujukan boleh dilaraskan menggunakan potentiometer yang terdapat pada papan litar ini.

  • Jika voltan input lebih besar daripada voltan rujukan, output digital HIGH akan terhasil.
  • Jika voltan input lebih kecil daripada voltan rujukan, output digital LOW akan terhasil.

Selain itu, papan litar ini juga boleh menghasilkan isyarat analog yang memberi nilai bacaan 0-1024.

Papan litar komparator dan potentiometer

>> APLIKASI SENSOR HUJAN <<

Sensor ini sangat berguna di dalam projek mahupun peralatan yang memerlukan pemerhatian kepada air hujan. Aplikasi sensor hujan sangat meluas bukan sahaja di peringkat hobi namun ia juga digunakan oleh beberapa industri seperti automotif dan kaji cuaca. Antara contoh aplikasi sensor hujan boleh didapati adalah pada sistem pengelap cermin kereta automatik dan stesen kaji cuaca.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan sensor hujan dengan papan Arduino Uno. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Sambungan litar <<

Sensor Hujan

Arduino Uno

Vcc +5v
Ground Ground
D0 D13
A0 A0

>> kod arduino <<

//Developer: Mohd Qhairul Bakri
//Tarikh: 8 Feb 2019

void setup()
{
  Serial.begin(9600);
  pinMode(13, INPUT); //pin D13 sebagai input
}

void loop()
{
  unsigned short AnalogValue = 0;
  
  AnalogValue = analogRead(A0);  //mengambil bacaan analog
  
  Serial.print("Analog Value: ");
  Serial.print(AnalogValue);
  Serial.print(", ");
  Serial.print("Digital Value: ");
  Serial.println(digitalRead(13));  //mengambil dan memaparkan bacaan digital
}

Setelah memuat naik kod di atas, buka paparan serial pada software Arduino dan anda akan dapat melihat nilai bacaan analog dan digital. Anda boleh cuba untuk menitiskan air di atas plat sensor dan anda akan melihat nilai bacaan berubah. Selain itu, diod pemancar cahaya pada litar komparator akan menyala jika sensor mencapai nilai bacaan tertentu dan nilai ini boleh dilaraskan menggunakan potentiometer pada papan litar tersebut. Selamat mencuba!

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda telah menyelesaikan tutorial sensor hujan dan berjaya menggunakan sensor hujan dengan Arduino Uno.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Mohd Qhairul Bakri di Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Modul Pemandu Motor L298N.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini