Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Gambar di atas menunjukkan alat untuk menguji komponen papan kekunci 16 butang yang digunakan di tempat kami.

>> Pengenalan <<

Keypad atau papan kekunci adalah satu koleksi set butang yang mewakili digit, simbol atau huruf abjad. Jika kebanyakkan butang papan kekunci mengandungi nombor, maka ianya dipanggil papan kekunci angka. Papan kekunci boleh ditemui pada banyak alat elektronik seperti kalkulator, telefon pintar lama, dan kunci pintu digital yang memerlukan pengguna untuk memasukkan kata laluan.

>> Serba sedikit tentang Papan Kekunci 16 Butang <<

Papan kekunci 16 butang menggunakan konsep gabungan 4 baris dan 4 kolum yang akan menentukan posisi setiap butang pada papan kekunci untuk kegunaan mikropengawal. Secara fizikal, di bawah setiap butang, terdapat suis tekan yang disambungkan ke baris dan kolum. Anda boleh lihat sambungan ini pada gambar di bawah:

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menggunakan papan kekunci 16 butang atau papan kekunci 4×4 dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

>> Sambungan litar <<

Fail Fritzing : Keypad membrane.fzz

>> Kod Arduino <<

Di bawah nanti adalah kod untuk bermain dengan papan kekunci 16 butang. Kod di bawah kelihatan mudah kerana kita menggunakan Library Keypad (penggunaan library memudahkan penulisan kod pada perisian Arduino IDE), dan kod arduino ini akan menunjukkan butang yang ditekan pada serial monitor.

>> Library arduino boleh dimuat turun di sini <<

Cara cara pemasangan library Keypad boleh dilihat di sini. Kita akan menggunakan papan kekunci 8 pin dengan 4 baris dan 4 kolum. Digit di dalam curly bracket di bawah mewakili nombor pin pada papan Arduino Uno.

byte rowPins[ROWS] = {9, 8, 7, 6};
byte colPins[COLS] = {5, 4, 3, 2};


Kod di bawah pula adalah digit/simbol/abjad yang mewakili 16 butang tersebut. Anda boleh menukarkan digit/simbol/abjad di bawah mengikut kehendak anda.

const byte ROWS = 4;
const byte COLS = 4;

char hexaKeys[ROWS][COLS] = {
  {'1','2','3','A'},
  {'4','5','6','B'},
  {'7','8','9','C'},
  {'*','0','#','D'}
};

>> Kod penuh arduino <<

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */
 
#include <Keypad.h>

const byte ROWS = 4;
const byte COLS = 4;

char hexaKeys[ROWS][COLS] = {
  {'1','2','3','A'},
  {'4','5','6','B'},
  {'7','8','9','C'},
  {'*','0','#','D'}
};

byte rowPins[ROWS] = {9, 8, 7, 6};
byte colPins[COLS] = {5, 4, 3, 2};

Keypad customKeypad = Keypad( makeKeymap(hexaKeys), rowPins, colPins, ROWS, COLS); 

void setup()
{
  Serial.begin(9600);
}
  
void loop()
{
  char customKey = customKeypad.getKey();
  
  if (customKey)
  {
    Serial.println(customKey);
  }
}

Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno (jangan lupa untuk memasang Library Keypad jika anda masih belum memasangnya ke perisian Arduino IDE). Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk melihat digit/simbol/abjad yang mewakili butang yang ditekan. Apabila butang ditekan, serial monitor akan memaparkan digit/simbol/abjad yang mewakili butang tersebut.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial papan kekunci 16 butang dan kini anda sudah berjaya menggunakan papan kekunci 16 butang dengan papan Arduino Uno.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini