Paparan LCD I2C ini berkomunikasi dengan papan Arduino Uno berdasarkan alamat I2C yang didaftarkan di dalam modul I2C yang terletak di belakang LCD ini, kebiasaanya adalah 0x27 atau 0x3F. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

PERHATIAN : Versi Arduino IDE yang digunakan untuk penulisan tutorial ini adalah Arduino IDE Versi 1.8.4. Kami tidak menjamin penulisan tutorial ini berfungsi pada versi Arduino IDE yang lain.

>> Muat turun Arduino IDE Versi 1.8.4 di sini <<

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Video Tutorial <<

>> Pengenalan <<

Dalam tutorial ini, kita akan belajar cara menggunakan paparan LCD 16×2 I2C dengan menggunakan papan Arduino uno. Dengan modul I2C yang terdapat pada belakang paparan LCD I2C ini, kita akan dapat menyambung LCD kepada papan Arduino dengan hanya menggunakan dua pin iaitu pin SDL dan pin SDA. Modul I2C pada belakang paparan LCD I2C mempunyai komponen perintang boleh laras yang dibina untuk memudahkan pelarasan kontras pada paparan LCD.

>> Komponen apa yang anda perlukan <<

Untuk tutorial ini, anda perlukan:

>> Alamat Paparan LCD I2C <<

Paparan LCD I2C ini berkomunikasi dengan papan Arduino Uno berdasarkan alamat I2C yang didaftarkan di dalam modul I2C yang terletak di belakang LCD ini, kebiasaanya adalah 0x27 atau 0x3F.

Fail Fritzing : Arduino-Control-I2C-LCD.fzz

Litar Arduino Uno dan Paparan LCD I2C

Kita boleh mengetahui alamat paparan LCD I2C ini dengan membuat imbasan pada saluran komunikasi I2C. Siapkan litar di atas untuk mengimbas alamat I2C paparan LCD yang dihubungkan pada papan Arduino Uno.

Sekarang kita akan memuat naik kod i2c_scanner ke dalam papan Arduino Uno bagi membolehkan papan Arduino Uno mengimbas alamat yang terdapat pada paparan LCD I2C 16×2. Kod di bawah akan mengesan alamat I2C pada peranti atau komponen yang ada pada saluran komunikasi I2C yang sama.

Sekiranya peranti atau komponen dijumpai, alamat I2C peranti atau komponen tersebut akan dilaporkan pada serial monitor perisian Arduino IDE. Dengan kod ini juga, kita boleh mengetahui samaada saluran komunikasi I2C berfungsi atau tidak.

Selain itu, kita juga boleh mengetahui samaada peranti atau komponen kita berfungsi dengan baik atau rosak.

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

#include <Wire.h>

void setup() 
{

  Serial.begin (9600);
  Serial.println ("I2C scanner. Scanning ...");

  byte count = 0;
  
  Wire.begin();

  for (byte i = 8; i < 120; i++)
  {

    Wire.beginTransmission (i);

    if (Wire.endTransmission () == 0)
    {
      Serial.print ("Found address: ");
      Serial.print (i, DEC);
      Serial.print (" (0x");
      Serial.print (i, HEX);
      Serial.println (")");
      count++;
      delay (1);       
    }    

  }
    
  Serial.println ("Done.");
  Serial.print ("Found ");
  Serial.print (count, DEC);
  Serial.println (" device(s).");

}    

void loop() {}

Muat naik kod di atas untuk mula mengimbas alamat I2C paparan LCD. Jika sambungan dan LCD berada dalam keadaan yang baik, kita akan dapat lihat keluaran di bawah pada serial monitor perisian Arduino IDE. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, paparan LCD I2C didatangkan dengan alamat I2C yang kebiasaanya adalah samaada 0x27 atau 0x3F. Ini bermakna jika kita membeli paparan LCD yang mempunyai alamat asal 0x27, kita akan mendapat keluaran pada serial monitor menunjukkan alamat I2C kita adalah 0x27.

Jika membeli paparan LCD dengan alamat asalnya 0x27

Jika membeli paparan LCD dengan alamat asalnya 0x3F

I2C scanner. Scanning …
Found address: 39 (0x27)
Done.
Found 1 device(s).
I2C scanner. Scanning …
Found address: 63 (0x3F)
Done.
Found 1 device(s).

Troubleshoot 1 : Jika anda mengalami masalah untuk memuat naik kod ke papan Arduino… Cabut dan pasang semula sambungan wayar USB serta seterusnya semak semula tetapan Board dan Port di perisian Arduino IDE anda.

Troubleshoot 2 : Jika anda mengalami masalah tetingkap Serial Monitor tidak menunjukkan apa-apa perkataan… Pastikan anda menetapkan baudrate kepada 9600 pada tetapan tetingkap Serial Monitor dan tekan butang reset yang terdapat di atas papan Arduino anda.

>> Litar sambungan <<

Fail Fritzing : Arduino-Control-I2C-LCD.fzz

>> Kod arduino <<

LiquidCrystal_I2C lcd(0x27, 16, 2);

Arahan LiquidCrystal_I2C lcd(0x27, 16, 2) diperlukan bagi memulakan Library liquidcystal_I2C. Kekalkan 0x27 jika alamat I2C LCD anda adalah 0x27. Jika tidak, tukarkan alamat I2C LCD 0x27 kepada alamat yang anda dapat di langkah sebelum ini pada kod Arduino penuh di bawah.

  lcd.begin();

Arahan lcd.begin() menetapkan LCD kepada mod 16 lajur dan 2 baris.

  lcd.print("NADI Eleczone"); 
.
.
.
  lcd.print(millis() / 1000);

Arahan lcd.print(“–Mesej–“) akan mencetak mesej ke paparan LCD. “–Mesej–” mesti mempunyai panjang maksimum sama dengan lajur LCD. Contohnya, untuk LCD berlajur 16 lajur, panjang maksimum “–Mesej–” bersamaan dengan 16.

  lcd.setCursor(0, 1);

Arahan lcd.setCursor(0,1) akan menetapkan kursor ke lajur dan baris yang dikehendaki. Jika anda mahu mencetak mesej ke lajur lima dan baris kedua anda perlu menggunakan arahan lcd.setCursor(4,1).

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */
 
#include <Wire.h> 
#include <LiquidCrystal_I2C.h>

LiquidCrystal_I2C lcd(0x27, 16, 2);
  
void setup() 
{
  // initialize the LCD
  lcd.begin();

  // Turn on the blacklight and print a message.
  lcd.backlight();

  lcd.print("NADI Eleczone"); 
}

void loop() 
{
  lcd.setCursor(0, 1);
  lcd.print(millis() / 1000);     
}

>> Dapatkan library liquidcrystal_i2C di sini <<

Kod arduino di atas memerlukan library luar tambahan yang diberi nama liquidcrystal_I2C. Library liquidcrystal_I2C di atas dimiliki oleh pemilik akaun github yang bernama fdebrabander. Library ini adalah berdasarkan kod kod yang dibangunkan oleh DFROBOT. Jika anda tidak tahu untuk memasang library ke perisian Arduino IDE, baca langkah langkah pemasangan arduino library di pautan di bawah.

Pemasangan library LCD I2C pada perisian Arduino IDE

Langkah 1 : Muat turun Library LCD I2C di http://bit.ly/37BY8EY

Langkah 2 : Klik pada ikon Arduino untuk membuka perisian Arduino IDE

Langkah 3 : Pasangkan library LCD I2C pada Arduino IDE dengan mengklik pada

Sketch >> Include Library >> Add .ZIP Library

Langkah 4 : Pilih fail Library yang telah anda muat turun sebentar tadi dan Klik Open untuk memulakan proses pemasangan Library.

Langkah 5 : Tunggu mesej “Library added to your libraries. Check include library menu”, ini menandakan pemasangan library LCD I2C anda telah berjaya dipasang pada perisian Arduino IDE. Selepas itu, tutup kesemua perisian Arduino IDE.

Selesai memasang library liquidcrystal_I2C, teruskan dengan menyiapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, anda akan melihat paparan LCD memaparkan “NADI Eleczone” pada baris pertama dan melihat timer 1 saat pada baris kedua. Jangan lupa untuk melaraskan kontras paparan LCD ke tahap yang sesuai.

Troubleshoot 1 : Jika anda mengalami masalah untuk memuat naik kod ke papan Arduino… semak dan buat semula langkah langkah pemasangan arduino library, kemungkinan anda tersalah pada langkah ini.

Troubleshoot 2 : Jika anda mengalami masalah untuk memuat naik kod ke papan Arduino… Cabut dan pasang semula sambungan wayar USB serta seterusnya semak semula tetapan Board dan Port di perisian Arduino IDE anda.

Troubleshoot 3 : Jika anda mengalami masalah tiada paparan pada papan LCD… Cuba bermain dengan perintang boleh laras yang terdapat pada modul i2c bagi mendapatkan nilai kontra yang bersesuaian.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial paparan LCD I2C dan kini anda sudah berjaya menggunakan paparan LCD I2C dengan Arduino Uno. Anda boleh terus bermain dengan kod arduino tersebut dan mula membuat pengubahsuaian anda sendiri ke atas kod tersebut. Sebagai contoh, cuba ubah mesej yang dipaparkan pada baris pertama dan kedua.

Teruskan ke tahap yang lebih mencabar >> Arduino Mengawal 8 LCD Menggunakan 2 Pin

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini