Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Radio Frequency Identification atau ringkasnya adalah RFID. Tanpa disedari kita mungkin telah atau sedang menggunakan benda yang dipanggil RFID ini, dan RFID ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Sebagai contoh penggunaan RFID adalah pembayaran elektronik tol, kawalan akses keluar atau masuk pintu, sistem tambang pengangkutan awam dan sebagainya. Sistem RFID kedengaran agak kompleks, tapi mungkin tidak selepas anda membaca tutorial ini.

Kebiasaanya kad RFID boleh dibahagikan kepada kad RFID aktif dan kad RFID pasif. Kad RFID yang bersifat aktif boleh menyimpan atau memadam data darinya manakala kad RFID yang bersifat pasif pula hanya membenarkan pengguna membaca data dari kad RFID pasif tersebut sahaja. Kad RFID pasif direka untuk menyimpan satu siri nombor unik yang akan dibaca oleh alat pembaca kad RFID pasif. Di Bawah adalah contoh kad RFID pasif, data yang tersimpan dalam kad RFID pasif adalah nombor yang tertera di atas kad tersebut. Nombor ini tidak boleh diubah dan hanya direka untuk dibaca oleh pembaca kad RFID pasif.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menggunakan kad RFID pasif dan pembaca kad RFID pasif dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

>> mengenai modul rdm6300 <<

Gambar di atas menunjukkan nombor pin yang terdapat pada modul pembaca kad RFID pasif jenis RDM6300. Penerangan nombor nombor pin yang terdapat dalam gambar di atas adalah seperti berikut :

  • P1 :
    • PIN1 TX
    • PIN2 RX
    • PIN3
    • PIN4 GND
    • PIN5 +5V(DC)
  • P2 :
    • PIN1 ANT1
    • PIN2 ANT2

 

  • P3:
    • PIN1 LED
    • PIN2 +5V(DC)
    • PIN3 GND

 

Anda perlu menyambungkan antenna pengimbas pada P2, antenna pengimbas berfungsi untuk membaca data daripda kad RFID pasif. Data ini kemudian akan diproses oleh cip yang terdapat pada modul RFID RDM6300 dan kemudian menghantarnya kepada papan Arduino Uno melalui pin P1 TX.

Antena Pengimbas Kad RFID pasif

>> Sambungan litar <<

Fail Fritzing : RDM6300 Tutorial.fzz

>> Kod arduino <<

Di bawah nanti adalah kod untuk bermain dengan modul pembaca kad RFID pasif jenis RDM6300. Kod di bawah akan memaparkan bacaan yang sama seperti yang tertera di atas kad anda. Ini kerana proses mengambil dan memproses nombor kad tersebut telah dilakukan oleh Library RDM630 (penggunaan library memudahkan penulisan kod pada perisian Arduino IDE), dan kod arduino ini akan memaparkan nombor kad RFID anda di paparan serial monitor.

>> Library RDM630 boleh dimuat turun di sini.

>> Cara cara pemasangan library RDM630 boleh dilihat di sini.

Berikut adalah kod Arduino bagi memaparkan nombor kad RFID pasif anda di paparan serial monitor :

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

#include "rdm630.h"

rdm630 rfid(11, 0);

void setup()
{
  Serial.begin(9600);
  rfid.begin();
}

void loop()
{
  byte data[6];
  byte length;

  if(rfid.available())
  {
    rfid.getData(data,length);
    Serial.println("Data valid");
    for(int i=0;i<length;i++)
    {
      Serial.print(data[i],HEX);
      Serial.print(" ");
    }
    Serial.println();
    unsigned long result = 
      ((unsigned long int)data[1]<<24) + 
      ((unsigned long int)data[2]<<16) + 
      ((unsigned long int)data[3]<<8) + 
      data[4];              
    Serial.print("decimal CardID: ");
    Serial.println(result);
  }
}

Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno (jangan lupa untuk memasang library RDM630 terlebih dahulu jika anda masih belum memasangnya ke perisian Arduino IDE). Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk melihat nombor kad RFID pasif anda di paparan serial monitor apabila kad RFID pasif anda diletakkan di atas antenna pengimbas kad RFID pasif.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial modul pembaca kad RFID pasif jenis RDM6300 dan kini anda sudah berjaya menggunakan modul pembaca kad RFID pasif jenis RDM6300 dengan papan Arduino Uno.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini