Oleh Mohd Qhairul Bakri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Pengenalan <<

Modul sensor api merupakan sebuah sensor yang mampu mengesan kehadiran api atau pencahayaan inframerah yang lebih terang daripada cahaya inframerah persekitaran. Terdapat beberapa cara untuk mengesan api dan salah satunya ialah dengan mengesan gelombang inframerah yang dipancarkan oleh api itu sendiri. Di dalam tutorial ini kita akan menggunakan sensor sensitif radiasi inframerah.

Gambar label modul sensor api

Di pasaran biasanya terdapat dua jenis sensor api iaitu modul PCB biru dan merah. Kedudukan pin pada kedua-dua modul ini mungkin berbeza namun fungsinya sama sahaja. Cuma pastikan sambungan ke papan Arduino adalah tepat pada pin modul masing-masing.

>> CARA OPERASI <<

Komponen utama sensor ini ialah foto transistor NPN YG1006. Komponen ini kelihatan seperti LED berwarna hitam. Namun, ia sebenarnya adalah sebuah transistor yang sensitif kepada radiasi inframerah. Transistor ini akan menghasilkan nilai arus yang berbeza selari dengan perubahan panjang gelombang inframerah yang dikesan dalam lingkungan 760nm hingga 1100nm.

Sensor ini dapat mengesan api dari jarak sehingga 1 meter bergantung kepada kecerahan dan saiz api tersebut. Darjah pengesanan pula ialah sehingga 60 darjah sekitar foto transistor.

Terdapat dua mod output pada sensor ini iaitu output digital dan output analog. Output digital bertindak seperti suis yang akan teraktif apabila nilai panjang gelombang inframerah yang spesifik dikesan. Nilai ini boleh diselaraskan menggunakan potentiometer berwarna biru yang terdapat pada modul ini. Output analog pula akan memberikan bacaan 10-bit yang selari dengan nilai panjang gelombang inframerah.

Rajah panjang gelombang

Rajah pengesanan 60 darjah

>> APLIKASI SENSOR API <<

Sensor api merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan yang banyak digunakan di bangunan, kedai, mahupun kediaman. Selain itu, terdapat juga pertandingan robotik yang mengetengahkan misi mencari dan memadam api. Oleh itu, sensor ini adalah pilihan utama.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan sensor api dengan papan Arduino Uno. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Litar skematik <<

Amaran : Di pasaran biasanya terdapat dua jenis sensor api iaitu modul PCB biru dan merah. Kedudukan pin pada kedua-dua modul ini mungkin berbeza namun fungsinya sama sahaja. Cuma pastikan sambungan ke papan Arduino adalah tepat pada pin modul masing-masing.

Pin pada Modul Sensor Api Pin pada Papan Arduino Uno
VCC 5V
GND GND
DO 8
AO A0

>> kod arduino <<

//Developer: Mohd Qhairul Bakri
//Tarikh: 31 March 2019

void setup()
{
  Serial.begin(9600);
  pinMode(8, INPUT); //pin D8 sebagai input
}

void loop()
{
  unsigned short AnalogValue = 0;
  
  AnalogValue = analogRead(A0);  //mengambil bacaan analog
  
  Serial.print("Analog Value: ");
  Serial.print(AnalogValue);
  Serial.print(", ");
  Serial.print("Digital Status: ");
  Serial.println(digitalRead(8));  //mengambil dan memaparkan status digital
}

Siapkan sambungan litar dan muat naik kod di atas. Pada paparan serial, anda akan dapat melihat status output digital dan nilai output analog daripada sensor api ini. Cuba dengan menyalakan mancis berdekatan dengan sensor ini pula dan lihat perubahan output.

Bahaya : Berhati-hati ketika menggunakan mancis kerana boleh menyebabkan kebakaran dan kecederaan.

>> Tahniah, anda hebat <<

Kini anda telah menyelesaikan tutorial sensor api bersama Arduino.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Mohd Qhairul Bakri di Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Motor Stepper 28BYJ-48.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini