Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Siri MQ sensor gas berfungsi menggunakan pemanas kecil di dalamnya bersama sama sensor elektro-kimia. Sensor ini sensitif untuk pelbagai jenis gas bergantung pada jenis siri MQ serta sesuai digunakan indoor pada suhu bilik. Output sensor gas jenis MQ ini adalah isyarat analog dan boleh dibaca dengan input analog Arduino. Walaubagaimanapun, kebanyakan modul sensor gas di pasaran sudah ditambah baik untuk mempunyai pin digital yang boleh dilaras menggunakan perintang boleh laras yang ada di atas modul sensor gas ini.

>> AMBIL PERHATIAN <<

Selepas sensor gas dihidupkan beberapa minit, sensor gas akan menjadi panas. Ini disebabkan oleh elemen pemanas yang terdapat di dalam binaan sensor gas. Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan serial monitor pada perisian Arduino IDE untuk melihat bacaan sensor gas.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Untuk tutorial ini, anda perlukan :

>> Sambungan litar <<

Fail Fritzing : Arduino Gas sensor 1 sensor.fzz

>> Kod Arduino <<

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

const int gasPin = A0; //GAS sensor output pin to Arduino analog A0 pin

void setup()
{
  Serial.begin(9600); //Initialize serial port - 9600 bps
}

void loop()
{
  Serial.println(analogRead(gasPin));
  delay(1000); // Print value every 1 sec.
}

Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk memantau nilai bacaan daripada sensor gas.

>> Sekarang cuba lakukan ini <<

Ambil pemetik api dan letakkan berhampiran sensor gas. Tekan sedikit butang pemetik api untuk melepaskan gas dan perhatikan nilai sensor gas pada serial monitor. Anda akan melihat nilai sensor gas meningkat.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial sensor gas dan kini anda sudah berjaya menggunakan sensor gas jenis MQ-2 dengan Arduino Uno.

>> maklumat tambahan <<

Anda boleh menggunakan litar dan kod di dalam tutorial ini untuk membaca nilai dari semua sensor gas jenis MQ (MQ-2, MQ-3, MQ-4, MQ-5, MQ-6, MQ-7 dan lain-lain).

Teruskan ke tahap yang lebih mencabar >> 9 Sensor Gas Membentuk Sistem Pengesan Kebocoran Gas Arduino

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini