Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 menggunakan teknologi gelombang ultrasonik untuk menentukan jarak objek di hadapannya. Haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba juga menggunakan konsep yang lebih kurang sama dengan menggunakan bunyi untuk menentukan jarak objek di hadapan mereka. Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 menawarkan jarak pengesanan dari 2cm hingga 400 cm. Fungsi sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 tidak terjejas oleh cahaya matahari atau warna objek yang handak dikesan sepertimana sensor yang berasaskan cahaya inframerah. Sensor ini datang dengan pemancar gelombang ultrasonik dan modul penerima gelombang.

>> sensor ultrasonik sebagai mata <<

Modul di bawah adalah sensor jarak jenis HC-SR04 yang menggunakan teknologi gelombang ultrasonik. Modul ini amat sesuai menjadi mata bagi sistem elektronik anda atau robot ciptaan anda untuk melihat samaada terdapat halangan di hadapan ataupun tidak.

Bagaimana sensor jarak ini boleh mengetahui samaada terdapat halangan dihadapan ataupun tidak? Teorinya mudah, jika penerima gelombang menerima gelombang ultrasonik yang dipancarnya kembali maka ini bermaksud terdapat halangan di hadapannya.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menggunakan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

>> Sambungan litar <<

Fail Fritzing : Arduino Uno Ultrasonic.fzz

>> Kod Arduino <<

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

#include <NewPing.h>

#define TRIGGER_PIN  7
#define ECHO_PIN     6
#define MAX_DISTANCE 200 //Jarak maksimum : 400-500cm.

NewPing sonar(TRIGGER_PIN, ECHO_PIN, MAX_DISTANCE);

void setup() 
{
  Serial.begin(9600);
}

void loop() 
{
  delay(50);                     
  Serial.print("Ping: ");
  Serial.print(sonar.ping_cm());
  Serial.println("cm");
}

Arduino Library : NewPing, Cara cara pemasangan library NewPing

Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk memantau nilai bacaan daripada sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04.

>> ping: xxcm <<

Pada serial monitor anda akan melihat “Ping: XXcm” dicetak padanya. XX adalah jarak objek yang berada di hadapan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04. Jika tiada objek atau objek melebihi jarak 200cm (nilai yang ditetapkan dalam kod sebagai jarak maksima pengesanan), serial monitor akan menunjukkan nilai 0cm.

Sekarang cuba lakukan ini, ambil pembaris dan letakkan pembaris perpendicular dengan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04. Dekatkan serta jauhkan tangan anda di hadapan sensor dan perhatikan nilai sensor pada serial monitor berubah rubah. Cuba bandingkan bacaan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 di serial monitor dengan bacaan di pembaris.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial sensor jarak dan kini anda sudah berjaya menggunakan sensor jarak jenis HC-SR04 dengan Arduino Uno.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini