Oleh Mohd Qhairul Bakri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Sensor kelembapan tanah berupaya untuk mengukur isipadu kandungan air di dalam tanah dan memberikan output dalam bentuk peratusan kelembapan. Sensor ini datang dengan dua komponen utama iaitu prob dan litar komparator. Terdapat dua mod output pada sensor ini iaitu output analog dan output digital. Tutorial kali ini akan mengajar cara menggunakan sensor kelembapan tanah dengan kedua-dua mod output tersebut.

>> CARA OPERASI <<

Sensor kelembapan tanah ini mempunyai prob yang direka dengan dua bahagian pengalir arus yang masing-masing tidak bersambung antara satu sama lain. Tujuannya ialah untuk menjadikan kandungan air pada tanah sebagai medium pengalir arus di antara dua bahagian prob ini. Jika kelembapan tinggi, arus akan mengalir dengan lebih tinggi dan ini bermaksud rintangan yang diberikan oleh tanah adalah rendah. Begitu juga sebaliknya jika kelembapan rendah. Berdasarkan parameter ini, tahap kelembapan tanah dapat diukur.

Pada mod output digital, sensor akan memberikan output HIGH jika ia mengesan kelembapan pada nilai yang tertentu. Nilai ini boleh diselaraskan menggunakan potentiometer yang terdapat pada litar komparator.

Mod output analog pula akan memberikan nilai bacaan dalam 10-bit (0-1024). Nilai ini merupakan voltan di dalam sistem angka 10-bit yang diukur oleh sensor berdasarkan perubahan rintangan pada prob.

Gambar sensor dan label

>> APLIKASI <<

Antara aplikasi popular sensor kelembapan tanah ialah sistem irigasi dan sistem tanaman pintar. Sistem ini menggunakan sensor kelembapan tanah untuk memantau tahap kelembapan pada tanah. Seterusnya akan mengaktifkan pam air untuk menyiram tumbuhan jika kelembapan tanah menurun daripada paras yang ideal.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan sensor kelembapan tanah dengan papan Arduino Uno. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Litar skematik <<

Pin pada Sensor Pin pada Arduino Uno
VCC 5V
GND GND
AO A0
DO 8

>> kod arduino <<

//Developer: Mohd Qhairul Bakri
//Tarikh: 1 April 2019

long int analogValue;
long int soilHumid;

void setup()
{
  Serial.begin(9600);
  pinMode(8, INPUT); //pin D7 sebagai input
}

void loop()
{ 
  analogValue = analogRead(A0);  //mengambil bacaan analog
  soilHumid = map(analogValue,0,1024,0,100); //menukar bacaan 10-bit ke peratusan
  Serial.print("Soil moisture: ");
  Serial.print(soilHumid);
  Serial.print("%"); //memaparkan kelembapan tanah dalam unit %
  Serial.print(", ");
  Serial.print("Digital Value: ");
  Serial.println(digitalRead(8));  //mengambil dan memaparkan bacaan digital
}

Siapkan litar dan muat naik kod di atas. Kini anda boleh cuba untuk memasukkan sedikit demi sedikit prob ke dalam pemboleh ubah yang dimanipulasi dan lihat bacaan kelembapannya pada paparan serial.

Pemboleh ubah yang dimanipulasi :

  • Bekas berisi air
  • Bekas berisi tanah yang kering
  • Bekas berisi tanah yang lembap

>> Tahniah, anda hebat <<

Kini anda telah menyelesaikan tutorial sensor kelembapan tanah bersama Arduino Uno. Masa untuk luaskan lagi penerokaan anda dengan membuat sistem irigasi mudah. Selamat mencuba!

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Mohd Qhairul Bakri di Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Sensor Api.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini