Oleh Mohd Qhairul Bakri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Sensor PIR merupakan sebuah sensor yang berupaya mengesan pergerakan melalui perubahan gelombang infra merah yang dipancarkan oleh tubuh badan manusia mahupun haiwan. Akronim PIR berasal daripada perkataan “Passive Infra-red” yang bermaksud sensor ini beroperasi secara pasif dengan hanya menerima gelombang infra merah daripada sumber luar tanpa memancarkan sendiri gelombang infra merah tersebut. Terdapat juga sensor infra merah yang beroperasi secara aktif dengan memancarkan sendiri gelombang melalui pemancar, seterusnya menerima pantulan gelombang tersebut melalui penerima. Komponen utama bagi sensor ini ialah material pyroelectric yang sangat sensitif kepada gelombang infra merah. Modul sensor ini juga dilengkapi dengan sebuah lensa istimewa berbentuk kubah yang dinamakan lensa Fresnel. Fungsinya ialah untuk memfokuskan gelombang infra merah daripada pelbagai arah tepat ke sensor pyroelectric.

Sensor pyroelectric dan lensa Fresnel

Pin sensor PIR dan potentiometer

>> Tentang sensor <<

Sensor ini mempunyai dua potentiometer yang berfungsi untuk melaraskan jarak pengesanan (sehingga 7 meter) dan tempoh delay (0.3 saat – 5 minit). Selain itu, dua mod operasi boleh dipilih dengan mengubah kedudukan pin jumper pada modul sensor ini.

Mod pencetus berulang – Output akan sentiasa berada pada keadaan High selagi terdapat pergerakan dikesan. Jika tiada lagi pergerakan dikesan, output akan menjadi Low setelah tempoh delay tamat.

Mod pencetus tak berulang – Output akan berada pada keadaan High sebaik pergerakan dikesan dan akan kembali menjadi Low setelah tempoh delay tamat walaupun masih terdapat pergerakan. Sensor akan kembali mengesan selepas beberapa saat.

Penting: Apabila dihidupkan, sensor ini memerlukan tempoh antara 10 saat ke 1 minit untuk bersedia sebelum ia dapat berfungsi sepenuhnya

>> SENSOR PIR SECARA APLIKASI  DAN KOMERSIAL <<

Sensor PIR banyak digunakan untuk aplikasi kawalan suis elektrik di rumah mahupun bangunan pejabat. Sistem mikro pengawal boleh diprogramkan untuk menyalakan lampu dan menghidupkan kipas apabila sensor mengesan kehadiran individu di dalam sesebuah ruang atau bilik. Apabila bilik tersebut telah dikosongkan, secara automatik lampu dan kipas akan terpadam. Selain itu, sensor ini juga digunakan untuk tujuan keselamatan bagi mengesan kehadiran individu di kawasan persendirian dan larangan.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar and cara untuk menggunakan sensor PIR bersama papan Arduino UNO untuk mengesan pergerakan dan menyalakan LED jika terdapat pergerakan. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Sambungan litar <<

>> kod arduino <<

//Developer: Mohd Qhairul Bakri
//Tarikh: 8 Jan 2019

int pirSensor = 8;
int led = 13;

void setup() 
{
  Serial.begin(9600);
  pinMode(pirSensor, INPUT);
  pinMode(led, OUTPUT);

  Serial.println("Calibrating PIR sensor"); // Sensor perlu sedikit masa untuk stabil (10-60 saat)
  for(int i=0; i<20; i++) //Delay 60 saat
  {
    delay(3000);
    Serial.print("|");
  }
}

void loop() 
{
  int sensorValue = digitalRead(pirSensor); //membaca isyarat daripada PIR
  digitalWrite(led, sensorValue); //Keadaan LED mengikut isyarat PIR
  Serial.println(sensorValue);
}

Setelah anda selesai membuat litar dan memuat naik kod di atas, anda boleh menyambungkan papan Arduino ke USB dan membuka serial monitor. Kod di atas telah dilengkapi dengan proses delay untuk memberi ruang kepada PIR sensor untuk stabil setelah ia dihidupkan. Serial monitor akan memaparkan nilai “1” dan LED akan menyala jika terdapat pergerakan dikesan manakala “0” pula jika tidak terdapat pergerakan dan LED juga akan terpadam.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda telah menyelesaikan tutorial sensor PIR HC-SR501 dan berjaya menggunakan sensor pergerakan dengan Arduino Uno untuk mengawal LED.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Mohd Qhairul Bakri di Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Sensor Warna TCS3200.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini