Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

DHT22 dan DHT11 adalah sensor untuk mengukur tahap suhu kawasan persekitaran dan kelembapan kawasan persekitaran. Sensor jenis ini mengeluarkan output digital yang boleh diguna dan diproses oleh papan Arduino dan papan Raspberry Pi. Kedua dua jenis sensor ini sesuai digunakan bersama sama dengan papan Arduino dan juga papan Raspberry Pi, juga sesuai digunakan pada paras voltan 5V dan 3.3V. Perbezaan di antara DHT22 dan DHT11 yang ketara adalah pada tahap ketepatan bacaannya di mana DHT22 lebih tepat berbanding DHT11.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menggunakan sensor suhu dan kelembapan DHT dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

>> Sambungan litar <<

Fail Fritzing : dht.fzz

>> Kod Arduino <<

Di bawah nanti adalah kod untuk bermain dengan sensor suhu dan kelembapan DHT11 dan DHT22. Kod di bawah kelihatan mudah kerana kita menggunakan Library DHT (penggunaan library memudahkan penulisan kod pada perisian Arduino IDE), dan kod arduino ini akan memaparkan nilai suhu dan kelembapan di paparan serial monitor.

>> Library arduino boleh dimuat turun di sini <<

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk memasang library Arduino, ikuti langkah langkah pemasangan di sini.

Secara asasnya, kod dan library Arduino untuk sensor suhu dan kelembapan DHT11 dan DHT22 adalah sama. Yang membezakannya adalah pada baris di mana kita menetapkan jenis sensor DHT yang akan kita gunakan. Jika anda ingin menggunakan sensor DHT11, pastikan jenis sensor DHT ditetapkan di dalam kod seperti di bawah :

#define DHTTYPE DHT11

Jika anda ingin menggunakan sensor DHT22, pastikan jenis sensor DHT ditetapkan di dalam kod seperti di bawah :

#define DHTTYPE DHT22

>> Kod penuh arduino <<

#include "DHT.h"

#define DHTPIN 2
#define DHTTYPE DHT11

DHT dht(DHTPIN, DHTTYPE);

void setup() 
{
  Serial.begin(9600); 
  Serial.println("DHT test!");
 
  dht.begin();
}

void loop() 
{
  delay(2000);

  float h = dht.readHumidity();
  float t = dht.readTemperature();
  
  if (isnan(h) || isnan(t)) 
  {
    Serial.println("Failed to read from DHT sensor!");
    return;
  }

  Serial.print("Humidity: "); 
  Serial.print(h);
  Serial.print(" %\t");
  Serial.print("Temperature: "); 
  Serial.print(t);
  Serial.println(" *C ");
}

Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno (jangan lupa untuk memasang Library DHT jika anda masih belum memasangnya ke perisian Arduino IDE). Kod di atas ditaip sesuai untuk kegunaan sensor suhu dan kelembapan DHT11, tukar jenis sensor kepada DHT22 jika anda menggunakan sensor suhu dan kelembapan DHT22. Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk melihat nilai suhu dan kelembapan kawasan persekitaran sensor.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial sensor suhu dan kelembapan DHT dan kini anda sudah berjaya menggunakan sensor suhu dan kelembapan DHT dengan papan Arduino Uno.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini