Oleh Mohd Qhairul Bakri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Mengambil dan memerhati bacaan suhu merupakan salah satu komponen yang sangat popular dalam sesetengah kajian dan projek inovasi. Oleh itu, TMP36 merupakan salah satu sensor yang sesuai dan mudah digunakan untuk mendapatkan bacaan suhu. Sensor ini boleh membaca suhu daripada -50°C sehingga 125°C dengan resolusi 0.1°C dan ketepatan sehingga ±2°C. Selain itu, terdapat juga sensor suhu yang lain seperti thermistor dan LM35 masing-masing mempunyai ciri yang berbeza dari aspek ketepatan, resolusi, dan jurang suhu yang boleh dibaca.

>> cara operasi <<

Sensor TMP36 beroperasi dengan menghasilkan isyarat analog pada pin output. Sensor ini mempunyai diod yang sensitif kepada perubahan suhu. Perubahan kecil pada suhu akan mengakibatkan perubahan voltan pada kadar yang tertentu.

Sensor akan menghasilkan output voltan diantara 0V hingga 5V yang mana 0V=-50°C dan 5V=125°C. Sementara itu, input analog Arduino akan memberikan nilai di antara 0 hingga 1024 yang mana 0=0V dan 1024=5V. Untuk membaca suhu daripada sensor ini amat mudah dengan 3 langkah berikut:

  1. Petakan nilai voltan kepada analog, 5V ÷ 1024 = 0.0048828125
  2. Tukarkan nilai analog kepada voltan, voltan = analogRead(A0) x 0.0048828125
  3. Tukarkan nilai voltan kepada suhu, suhu = (voltan – 5) x 100

Pada langkah ke-3, 0.5 ialah nilai offset dan output voltan yang akan terhasil pada suhu 0°C. Nilai output voltan yang lebih kecil daripada 0.5V akan memberikan bacaan untuk suhu negatif. Berdasarkan datasheet, 0.01V bersamaan dengan perubahan 1°C. Oleh itu,

1°C ÷ 0.01V = 100

>> aplikasi <<

Antara aplikasi yang sering menggunakan sensor suhu TMP36 ini ialah sistem pemantau kediaman pintar, sistem rumah hijau pintar, dan juga banyak terdapat pada projek-projek yang melibatkan konsep IoT.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan sensor suhu TMP36 dengan papan Arduino Uno. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Sambungan litar <<

>> kod arduino <<

//Developer: MOHD QHAIRUL BIN BAKRI
//Tarikh: 7 March 2019

float voltan, suhu;

void setup() 
{
  Serial.begin(9600); 
}

void loop() 
{
  voltan = analogRead(0)*0.0048828125;
  suhu = (voltan-0.5)*100;
  Serial.print("Suhu: ");
  Serial.print(suhu);
  Serial.println("*C");
  delay(1000);
}

Setelah memuat naik kod diatas, buka paparan serial dan bacaan suhu akan terpapar dan dikemaskini setiap 1 saat.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda telah menyelesaikan tutorial sensor suhu TMP36 bersama Arduino. Mudah bukan!? Selepas ini anda sudah boleh mengaplikasikan teknik ini untuk membuat projek inovasi yang melibatkan data suhu. Selamat mencuba!

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Mohd Qhairul Bakri di Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Modul Pembunyi Isyarat Pasif.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini