Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Library LiquidCrystal yang terdapat dalam perisisan Arduino IDE membolehkan anda mengawal paparan LCD 16×2 (dan 20×4, 8×2 dan lain lain). Paparan LCD jenis ini banyak dijual di luar sana, dan biasanya anda boleh mengenali paparan LCD jenis ini ini dengan melihat bilangan pin nya iaitu sebanyak 16 pin.

>> Serba sedikit tentang pin lcd 16×2 <<

LCD 16×2 ini menggunakan sambungan yang bersifat selari ke pin nya. Berikut adalah penerangan bagi setiap pin yang terdapat pada paparan LCD 16×2 ini :

  • PIN bekalan kuasa (Vss / Vcc): Membekalkan bekalan kuasa dan menghidupkan paparan LCD.
  • Pin Kontras (Vo): Mengawal kontras paparan LCD.
  • Pin RS : Mengawal LCD samaada di dalam mod arahan atau mod menulis.
  • Pin baca atau tulis (R/W) : Disambungkan ke GND papan Arduino Uno bagi menetapkan ke mod menulis.
  • Pin E : Mengarahkan cip paparan LCD untuk mengambil data pada pin.
  • 8 pin data (D0-D7): Data yang ingin ditulis kepada cip paparan LCD.
  • Lampu latar (A / K) pin: Membekalkan bekalan kuasa bagi menghidupkan lampu latar paparan LCD.

Paparan LCD 16×2 boleh dikawal menggunakan dua mod iaitu mod 4 bit atau mod 8 bit. Mod 4 bit memerlukan enam pin dari papan Arduino Uno, manakala mod 8 bit memerlukan 10 pin dari papan Arduino Uno. Dalam tutorial ini kita akan menggunakan mod 4 bit. Kebiasaanya mod 4 bit akan digunakan, ini kerana ianya dapat menjimatkan penggunaan pin pada papan Arduino Uno selain tidak mempunyai perbezaan fungsi jika dibandingkan dengan mod 8 bit. Apa yang boleh dilakukan dalam mod 8 bit juga boleh dilakukan dalam mod 4 bit.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menggunakan paparan LCD 16×2 (dan 20×4, e.t.c.) dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

>> Sambungan litar <<

Fail Fritzing : LCD2 16×2.fzz

>> Kod Arduino <<

Arahan LiquidCrystal lcd(rs, en, d4, d5, d6, d7) diperlukan bagi memulakan Library LiquidCyrstal. Nilai yang terdapat pada rs, en, d4 d5, d6 dan d7 mewakili nombor pin pada papan Arduino Uno.

Arahan lcd.begin() menetapkan LCD kepada mod 16 lajur dan 2 baris.

Arahan lcd.print(“–Mesej–“) akan mencetak mesej ke paparan LCD. “–Mesej–” mesti mempunyai panjang maksimum sama dengan lajur LCD. Contohnya, untuk LCD berlajur 16 lajur, panjang maksimum “–Mesej–” bersamaan dengan 16.

Arahan lcd.setCursor(0,1) akan menetapkan kursor ke lajur dan baris yang dikehendaki. Jika anda mahu mencetak mesej ke lajur lima dan baris kedua anda perlu menggunakan arahan lcd.setCursor(4,1).

Pin Vo dihubungkankan pada perintang boleh laras bagi mengawal nilai kontras pada paparan LCD. Kontras perlu ditetapkan pada satu tahap yang sesuai dengan memusing perintang boleh laras.

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

#include <LiquidCrystal.h>

const int rs = 6, en = 7, d4 = 8, d5 = 9, d6 = 10, d7 = 11;
LiquidCrystal lcd(rs, en, d4, d5, d6, d7);

void setup() 
{
  lcd.begin(16, 2);
  lcd.print("Hello World!");
}

void loop() 
{
  lcd.setCursor(0, 1);
  lcd.print("NADI Eleczone");
}

Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, anda akan lihat Hello World! terpapar pada baris pertama paparan LCD dan NADI Eleczone terpapar pada baris kedua paparan LCD. Jika tiada perkataan terpapar, anda perlu menetapkan kontras pada satu tahap yang sesuai dengan memusing perintang boleh laras.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial paparan LCD bersaiz 16×2 dan kini anda sudah berjaya menggunakan paparan LCD bersaiz 16×2 dengan Arduino Uno.

>> Teruskan bermain <<

Anda boleh terus bermain dengannya dan cuba untuk membuat pengubahsuaian pada kod di atas. Sebagai contoh, cuba tulis nama dan umur anda pada baris pertama dan kedua paparan LCD.

Lihat versi LCD 16×2 mengawal kontras tanpa perintang boleh laras >> Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Paparan LCD 16×2 Dalam Mod 4 Bit

Teruskan ke tahap yang lebih mencabar >> Prototaip Konsep Sistem Keselamatan Kereta Menggunakan Arduino Dan DHT11

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini