Oleh Nadiah dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk memuat naik Bootloader ke dalam cip Atmega328P yang kosong. Cip Atmega328P yang telah dimuatnaik dengan Bootloader Arduino Uno akan membolehkan anda untuk memasukkan kod Arduino dari perisian Arduino IDE melalui pin siri TX RX cip Atmega328P. Selepas membuat tutorial ini, bolehlah anda membuat papan arduino uno versi anda sendiri menggunakan cip yang telah dimuatnaik dengan bootloader Arduino Uno ini.

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita kenali apa itu Bootloader dan kenapa kita memerlukan Bootloader. Mana mana mikropengawal biasanya diprogramkan melalui penggunaan alat program yang disambungkan pada pin khusus bergantung pada jenis cip tersebut. Kebiasaanya, cip yang berlainan memerlukan alat program yang berlainan. Kelebihan penggunaan bootloader Arduino membolehkan cip cip yang digunakan di atas papan Arduino diprogramkan melalui pin siri TX RX tanpa perantara alat program yang berlainan. Walau bagaimanapun, kaedah ini tetap memerlukan cip USB kepada UART bagi menukarkan protokol siri dari komputer ke cip mikropengawal.

Untuk tutorial ini anda memerlukan :

Apa lagi, jom kita mulakan langkah untuk memasukkan bootloader ke cip Atmega328P kita yang kosong dan terus mereka cipta papan Arduino Uno versi kita sendiri.

>> Sambungkan papan Arduino uno anda ke komputer <<

Sambungkan papan Arduino Uno anda yang sudah mempunyai bootloader ke komputer dengan menggunakan kabel USB. Buat masa sekarang, tiada apa apa sambungan litar di atas papan projek lagi. Hanya semata mata papan Arduino Uno itu sendiri sahaja.

>> Buka dan muat naik sketch ArduinoISP <<

Sketch ArduinoISP boleh didapati di bahagian Example pada perisian Arduino IDE. Buka kod ArduinoISP dan muat naik kod tersebut ke papan Arduino Uno anda. Sekarang, papan Arduino Uno anda telah menjadi alat program. Tugas alat program anda sekarang ini akan bertugas untuk memasukkan bootloader ke cip atmega328P yang kosong (tidak mempunyai bootloader).

>> buat sambungan litar <<

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana untuk menyambung papan Arduino Uno yang telah dimuat naik kod ArduinoISP anda dengan cip Atmega328P kosong (berada di atas papan projek).

Fail Fritzing : atmega328p bootloader.fzz

>> memasukkan bootloader ke dalam cip Atmega328p kosong <<

Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan bootloader ke dalam cip Atmega328p kosong. Pertama pilih jenis alat program anda. Disebabkan papan Arduino Uno anda kini telah menjadi alat program, anda perlu memilih “Arduino as ISP“.

Seterusnya, anda boleh memasukkan bootloader dengan memilih

Tools -> Burn Bootloader

Akhirnya proses memasukkan bootloader telah berjaya.

Teruskan pembacaan di Baru Maker Kalau Buat Papan Arduino Uno Versi Sendiri.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini