Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

HC-05 adalah modul yang mempunyai fungsi komunikasi tanpa wayar dua hala (full-duplex). Anda boleh menggunakan modul ini untuk berkomunikasi antara dua mikropengawal atau berkomunikasi dengan mana-mana peranti yang mempunyai fungsi bluetooth seperti telefon pintar atau laptop. Modul ini berkomunikasi dengan menggunakan protokol komunikasi siri UART pada kadar 9600 atau 38400 baud rate sekaligus memudahkan sambungan kepada mikropengawal yang kebanyakannya mempunyai fungsi komunikasi siri UART.

Kali ini kita akan melakukan tutorial bagi menghubungkan modul bluetooth jenis HC-05 dengan telefon pintar kita. Tutorial ini akan merangkumi bagaimana untuk menetapkan beberapa parameter modul bluetooth jenis HC-05. Terdapat pelbagai jenis variasi modul bluetooth jenis HC-05 di luar sana, jika modul bluetooth jenis HC-05 anda sedikit berbeza susunan pin atau nama pin nya, dengan menggunakan common sense cuba serasikan modul anda dengan keterangan di tutorial ini.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Dalam tutorial ini, anda akan belajar cara menggunakan modul bluetooth jenis HC-05 dengan papan Arduino uno. Komponen yang anda perlukan :

>> Sambungan Litar <<

Fail Fritzing : 00 – HC05 Test.fzz

>> Kod Arduino <<

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

#include <SoftwareSerial.h>

SoftwareSerial bluetoothSerial(10, 11); // RX Arduino, TX Arduino

void setup() 
{
  Serial.begin(38400);
  Serial.println("HC-05");

  bluetoothSerial.begin(38400);
}

void loop() 
{ 
  if (bluetoothSerial.available()) 
  {
    Serial.write(bluetoothSerial.read());
  }
  if (Serial.available()) 
  {
    bluetoothSerial.write(Serial.read());
  }
}

Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Sebelum kita pergi lebih jauh untuk menetapkan parameter parameter modul HC-05, mari kita kenal fizikal modul bluetooth jenis HC-05 dengan lebih rapat lagi. Elemen yang perlu kita ambil tahu pada modul ini adalah LED dan suis tekan yang berada di atas modul ini.

>> led di atas modul bluetooth jenis hc-05 <<

Di antara elemen penting yang perlu kita ketahui pada modul ini adalah jenis jenis kelipan lampu LED yang berada di atas modul ini. Terdapat 4 jenis kelipan LED iaitu mod tetapan, mod komunikasi dan dua lagi mod yang hanya boleh dilihat ketika HC-05 ditetapkan menjadi Master. HC-05 pada asalnya ditetapkan sebagai Slave selagi tidak diubah tetapannya oleh kita. HC-05 boleh ditetapkan untuk menjadi slave atau menjadi master.

Jenis kelipan lampu LED semasa HC-05 sebagai Slave :

  • Mod tetapan >> Berkelip lambat
  • Mod berkomunikasi >> Berkelip cepat

>> Bluetooth jenis hc-05 sebagai slaVe <<

Litar sudah disiapkan sebentar tadi serta kod juga telah dimuat naik ke dalam papan Arduino Uno. Sekarang jika anda lihat LED, ianya akan berkelip laju menandakan HC-05 berada di dalam mod berkomunikasi. Kita akan cuba masuk ke dalam mod tetapan, di dalam mod tetapan nanti kita akan cuba untuk menukar nama HC-05 kita kepada nama yang lebih bermakna dan unik yang kita sukai.

Untuk masuk ke mod tetapan, lakukan langkah di bawah mengikut urutan :

  1. LED di atas HC-05 akan berkelip laju.
  2. Tekan suis yang terdapat di atas HC-05 dan jangan lepaskan suis tersebut.
  3. Putuskan wayar yang disambungkan ke pin 5V pada papan Arduino Uno.
  4. Sambungkan semula wayar yang disambungkan ke pin 5V pada papan Arduino Uno.
  5. LED di atas HC-05 akan berkelip lambat menandakan HC-05 sudah berada dalam mod tetapan.

Jika anda tidak berjaya masuk ke mod tetapan, lakukan langkah di atas sekali lagi. Kegagalan untuk ke mod tetapan mungkin disebabkan faktor wayar penyambung yang longgar atau suis yang tidak ditekan kuat. Jika tiada sebarang masalah, buka serial monitor dan tetapkan serial monitor kepada Both NL & CR dan 38400 baud. Selepas menetapkan tetapan ini, anda akan lihat teks “HC-05” terpapar pada serial monitor.

Kemudian kita akan cuba berkomunikasi dengan HC-05 untuk melihat samaada modul bluetooth kita berada dalam keadaan yang baik. Tulis arahan “AT” pada serial monitor dan klik send.

Anda akan lihat teks “OK” muncul di paparan serial monitor. Teks “OK” tersebut sebenarnya adalah jawapan balas daripada HC-05 selepas menerima arahan “AT” daripada kita. Kita sedang berkomunikasi dengan HC-05 sekarang dan nampaknya HC-05 membalas arahan kita.

Seterusnya kita akan cuba bertanya siapa nama HC-05 yang berada di hadapan kita sekarang. Hantar arahan “AT+NAME” kepada HC-05. Jika nama asal modul anda masih belum diubah, modul anda akan menjawab “+NAME:HC-05“. Nama ini terlalu biasa dan tidak unik, jadi kita perlu menukarnya bagi mengelakkan kekeliruan kepada kita semasa mencari modul bluetooth jenis HC-05 milik kita kelak. Hantar arahan “AT_NAME:BLE_ILYAS” kepada HC-05 (tukarkan BLE_ILYAS kepada nama yang anda ingin beri kepada HC-05 anda). Untuk langkah pengesahan yang nama sudah berjaya ditukar, hantar arahan “AT+NAME” kepada HC-05 sekali lagi. Anda sepatutnya melihat nama yang anda letakkan tadi terpapar di paparan serial monitor.

Di bawah terdapat beberapa arahan AT yang mungkin menarik untuk digunakan atau sebagai rujukan anda.

Arahan AT Jawapan Balas Keterangan
AT OK

Tulis arahan “AT” sehingga melihat jawapan balas “OK” dari HC-05.

Kadang kala HC-05 akan memberi jawapan balas “ERROR” jikalau terdapat masalah komunikasi.

AT+ORGL OK

Menetapkan semula HC-05 kepada tetapan nya yang asal iaitu

ID: 0

Mod operasi: Mod Slave

Baudrate: 38400bits/s atau 9600bits/s

Bit Berhenti: 1

Pariti: Tiada

Kata Laluan: 1234

AT+RMAAD OK Kosongkan senarai peranti bluetooth yang berada dalam simpanan.
AT+PSWD=”1234″ OK Tetapkan kata laluan kepada 1234 (pengguna boleh menetapkan kata laluan yang dikehendaki).
AT+NAME=Slave OK Tetapkan nama HC-05 kepada Slave (pengguna boleh menetapkan nama yang dikehendaki)
AT+ROLE=0; OK

Tetapkan HC-05 sebagai Slave.

0 – Slave

1 – Master

2 – Slave Loop

AT+ADDR? +ADDR<alamat>OK Dapatkan alamat Slave. Setiap HC-05 mempunyai alamat yang tersendiri unik daripada yang lain.
AT+UART=9600,0,0 OK Tetapakan baudrate mod berkomunikasi kepada 9600 (pengguna boleh memilih mana mana baudrate standard yang mereka kehendaki).

 

>> MENGHUBungkan hc-05 dengan telefon pintar <<

Kita perlu menukarkan mod HC-05 kepada mod berkomunikasi semula bagi membolehkan telefon pintar kita menjumpai modul bluetooth HC-05 kita semasa proses carian. Lakukan langkah berikut bagi memasuki mod berkomunikasi :

  1. Putuskan wayar yang disambungkan ke pin 5V pada papan Arduino Uno.
  2. Sambungkan semula wayar yang disambungkan ke pin 5V pada papan Arduino Uno.
  3. LED di atas HC-05 akan berkelip cepat menandakan HC-05 sudah berada dalam mod berkomunikasi.

Kini HC-05 anda telah berada di dalam mod berkomunikasi, ambil telefon pintar anda dan hidupkan tetapan bluetooth telefon anda. Buat carian peranti bluetooth dari telefon anda dan anda akan menjumpai HC-05 anda, nama yang anda beri tadi akan muncul di paparan telefon anda. Apalagi yang ditunggu, pair kan HC-05 anda dengan delefon pintar anda.

>> Jumpa lagi di tutorial berikutnya dalam menetapkan HC-05 kepada mod master <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini