Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino

Kebanyakan Arduino Uno Compatible menggunakan cip CH340G Uart kepada USB Converter. Sesetengah versi Microsoft Window sudah mempunyai pemacu ini di dalamnya dan ada versi Microsoft Window yang tiada. Bagi sesetengah Microsoft Window yang tidak mempunyai pemacu ini, Microsoft Window tersebut tidak akan mengenali papan Arduino Uno Compatible, Microsoft Window tersebut akan melihat papan Arduino Uno Compatible ini sebagai unrecognized USB2.0-Serial.

Bagaimana nak tahu sama ada versi Microsoft Window kita sudah mempunyai pemacu CH340G atau tidak dan di mana boleh kita dapatkan pemacu ini? Pertama, sambungkan papan Arduino Uno Compatible ke komputer. Buka Control Panel dan pergi ke Device Manager.

Di bawah tab “Other devices”, anda boleh melihat USB2.0-Serial yang tidak dikenali oleh Microsoft Window. Ini bermaksud yang versi Microsoft Window anda tidak mempunyai pemacu CH340G. Jika sebaliknya, anda melihat USB-SERIAL CH340, ini bermakna Microsoft Window anda sudah mempunyai pemacu.

Bagi versi Microsoft Window yang tidak mempunyai pemacu CH340, muat turun pemasang pemacu di pautan di bawah.

>> Muat Turun Di Sini <<

Extract fail yang telah dimuat turun tersebut. Selepas itu, klik dua kali pada “CH341SER.EXE” untuk memasang pemacu.

Tekan butang “INSTALL”. Ini akan meneruskan proses untuk memasang pemacu USB-SERIAL CH340.

Klik butang “OK” selepas anda berjaya memasang pemacu CH340.

Anda boleh menyemak sama ada anda telah berjaya memasang atau tidak dengan pergi ke Local Disk C. Di sana akan ada folder “WCH.CN” yang mengandungi pemacu CH340.

Selepas itu, buka kembali Device Manager. Jika versi Microsoft Window anda cukup pintar, ia akan secara automatik memasang kan pemacu CH340 kepada anda. Papan Arduino Uno Compatible anda akan dikenali sebagai USB-SERIAL CH340 dan anda sudah boleh mula untuk memuat naik kod Arduino anda.

Kalau Microsoft Window anda tidak cukup pintar, anda perlu right-click pada “USB2.0-Serial” dan klik “properties”.

Selepas “USB2.0-Serial Properties” window muncul, anda perlu klik pada butang “Update Driver”.

Klik pada butang “Browse my computer for driver software”.

Klik pada butang “Browse”. Selepas itu cari folder “WCH.CN” dan tekan butang “OK”.

Selepas itu tekan butang “Next”.

Sekarang, papan Arduino Uno anda sudah bersedia untuk digunakan. Happy Coding.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini