Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Paparan LCD 16×2 mempunyai batasannya yang tersendiri iaitu ianya direka untuk memaparkan perkataan sahaja dan mungkin sedikit animasi yang agak terhad. Oleh itu LCD grafik direka untuk digunakan bagi memaparkan perkataan dan gambar animasi. Dalam kata lain, selain menulis teks, LCD grafik ini membolehkan pengguna melukis garis, lingkaran dan kotak.

Tutorial arduino bagaimana untuk menggunakan Graphic LCD 128×64 ini sesuai digunakan dengan paparan LCD yang dihidupkan oleh chip ST7920. Papan Arduino Nano akan digunakan bagi menghantar arahan kepada Graphic LCD ST7920. Walau bagaimanapun, papan Arduino Uno boleh sahaja digunakan bagi tutorial ini jika anda tidak mempunyai papan Arduino Nano.

>> dapatkan Graphic LCD 128×64 di sini <<

Di bawah adalah antara fail yang perlu dilihat sebelum kita meneruskan tutorial kita ini :

1. Datasheet untuk Graphic LCD 128×64
2. u8glib_arduino_v1.17.zip
3. u8glib website

Pautan nombor 1 adalah fail datasheet untuk graphic LCD 128×64. Dokumen ini membekalkan pembaca dengan maklumat teknikal berkenaan graphic LCD 128×64 ini. Kalau anda adalah pelajar kejuruteraan, anda patut membacanya.

Pautan nombor 2 adalah library arduino. Muat turun library ini dan masukkan ke dalam folder arduino libraries.

Pautan nombor 3 adalah laman sesawang u8glib di mana ianya merujuk kepada komuniti yang membantu untuk melengkapkan library arduino yang bakal kita gunakan. Kalau anda ingin menggunakan library ini, sekurang kurangnya lawati lah laman ini sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada mereka.

>> Sambungan litar <<

Sambungan dari graphic LCD 128×64 ke papan Arduino Nano, sambungan ini menggunakan mod selari.

Fail Fritzing : Graphic LCD.fzz

Kemudian, buka perisian Arduino IDE, buka example Hello World dari u8glib example.

Di dalam kod arduino yang dibuka, cari bahagian yang dimerahkan seperti gambar di bawah dan uncomment kan bahagian ini. Ini akan membolehkan caller untuk ST7920 dicipta. Kod menggunakan u8glib library ini juga sesuai digunakan dengan beberapa cip jenis lain.

Kemudian muat naik code ke Arduino Nano. Graphic LCD 128×64 anda akan mula bertindak mengikut apa yang diarahkan oleh Arduino Nano dengan memaparkan gambar di bawah. Jika graphic LCD 128×64 memaparkan perkataan yang pelik pelik, cuba tekan butang reset yang terdapat di atas papan Aruino Nano. Jika graphic LCD 128×64 tidak memaparkan apa apa juga, cuba pusingkan perintang boleh laras yang ada di atas papan projek bagi mengawal kontras LCD pada tahap yang sesuai.

Ada beberapa lagi example yang anda boleh teroka, anda boleh mencubanya. Saya kepilkan beberapa gambar example yang sudah saya berjaya muat naik ke Arduino Nano.

>> dapatkan Graphic LCD 128×64 di sini <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini