Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Geeetech SIM900 GSM GPRS Shield direka menggunakan modul SIM900 dari SIMCOM dan sesuai digunakan bersama sama dengan Arduino. GSM Shield ini membolehkan pengguna untuk berkomunikasi menggunakan rangkaian telefon bimbit GSM. Shield ini membolehkan anda untuk menggunakan fungsi SMS, MMS, GPRS dan Audio melalui komunikasi UART dengan menghantar AT Command. Shield ini juga mempunyai 12 GPIO, 2 PWM dan ADC modul (kesemuanya berfungsi pada 2.8V).

>> Dapatkan GSM Geeetech SIM900 di sini <<

Langkah 1, Masukkan kad sim anda ke dalam slot kad sim di atas GSM Shield. Pastikan kad sim anda masih aktif dan mempunyai kredit.

Langkah 1

Langkah 2, pemilihan pin komunikasi antara Arduino dan GSM Shield, pastikan jumper ada pada kedudukan seperti di dalam gambar. Jumper mestilah dihubungkan pada pin D7 dan D8 di mana ianya berfungsi sebagai software serial (kotak merah).

Langkah 2

Langkah 3, pastikan kedua dua solder pad ini tidak berhubung antara satu sama lain.

Langkah 3

Langkah 4, pastikan suis digerakkan ke label “xduino”.

Langkah 4

Langkah 5, letakkan GSM Shield ke atas board Arduino.

Langkah 5

Langkah 6, code arduino adalah seperti di bawah:

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

#include <SoftwareSerial.h>
#include <String.h>
SoftwareSerial mySerial(7, 8);

void setup()
{
  mySerial.begin(19200);   
  Serial.begin(9600); 
  delay(500);
  
  SendTextMessage();
}

void loop()
{

}

 void SendTextMessage()
{
  mySerial.print("AT+CMGF=1\r");
  delay(500);
  mySerial.println("AT + CMGS = \"+60194339489\"");
  delay(500);
  mySerial.println("A test message!");
  delay(500);
  mySerial.println((char)26);
  delay(500);
}

Di dalam code tersebut dan tukar code di bahagian nombor telefon dengan nombor telefon untuk menerima mesej dari GSM Shield ini.

Langkah 6

Langkah 7, hubungkan Arduino Uno dengan Komputer menggunakan kabel USB, dan jangan lupa juga untuk sambungkan AC DC adapter 9V atau 12V ke papan Arduino Uno. Ini penting, kalau tidak arduino uno dan GSM shield tak cukup power untuk membuat operasi seperti menghantar mesej. Muat naik code anda ke Arduino Uno menggunakan Arduino IDE. Pastikan code anda berjaya di muat naik, anda akan lihat mesej “Done uploading” pada Arduino IDE anda.

Langkah 7

Langkah 8, selepas selesai memuat naik code ke Arduino Uno, hidupkan GSM Shield dengan menekan butang power (kotak merah). Anda akan perasan yang “Status LED” dan “NetLight” (kotak biru) mula menyala.

Langkah 8

Langkah 9, cuba perhatikan kecepatan lampu di label Netlight berkelip kelip. Pastikan SIM900 SIM900A telah register dengan network (64ms On/3000ms Off).

Langkah 9

Langkah 10, selepas SIM900 SIM900A telah register pada network, tekan reset button yang ada di atas board Arduino (anak panah merah).

Langkah 10

Langkah 11, dengan menekan reset button pada Arduino Uno, ini akan membuatkan code arduino kembali ke atas dan melaksanakan semula setiap baris code. Akhir sekali, code arduino akan menghantar mesej ke nombor telefon yang dah dimasukkan ke dalam code.

Langkah 11

Selepas beberapa saat anda tekan reset button di langkah 10 tadi, nombor yang didaftarkan di dalam code akan menerima mesej.

>> Dapatkan GSM Geeetech SIM900 di sini <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini