Papan elektronik Arduino adalah papan elektronik yang boleh diprogramkan dan seterusnya diintegrasikan ke dalam pelbagai projek dari yang mudah sehingga yang kompleks.

Papan arduino mengandungi mikropengawal yang dapat diprogramkan untuk mengesan dan mengendalikan objek dalam dunia sebenar. Dengan membaca tindak balas daripada sensor dan input, Arduino akan memproses tindak balas tersebut lalu mengawal pelbagai jenis output seperti LED, motor dan paparan LCD.

Arduino Uno adalah papan mikropengawal atau peranti kawalan dalam satu cip yang mampu mengawal input dan output mengikut arahan yang telah dikodkan. Papan Arduino Uno dilengkapi dengan mikropengawal ATMEGA328P.

Di dalam bahagian sebelum ini Tutorial Asas Arduino, pembaca telah didedahkan tentang asas Arduino. Di bahagian ini Do It Yourself Projek Arduino adalah bahagian yang mempunyai tahap kesukaran pertengahan dan diandaikan pembaca sudah mempunyai asas Arduino. Pembaca akan dibawa ke satu tahap yang lebih mencabar dalam menggabungkan beberapa modul atau sensor di dalam satu tutorial. Sudah semestinya, kod Arduino yang diketengahkan adalah lebih mencabar.

Di bawah adalah koleksi DIY Projek Elektronik yang kami sediakan khas untuk anda.

Arduino Kit Reka Cipta Navigasi Robot – Belajar Membina Aplikasi Android Dan Robot Mudah Alih
Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan
Arduino Kit Line Follower Robot Penjejak Garisan
Pengeluar Tisu Automatik Menggunakan Sensor Ultrasonik Dengan Motor Servo
Merekodkan Paras Air Menggunakan Sensor Jarak Ultrasonik Dan Kad SD
Lampu Indikator Kekosongan Ruang Letak Kereta Menggunakan Modul Cahaya Inframerah Dan Arduino
Mengenali Differential Amplifier Dalam Prototaip Pengira Ruang Letak Kereta
Prototaip Konsep Sistem Keselamatan Kereta Menggunakan Arduino Dan DHT11
Baru Maker Kalau Buat Papan Arduino Uno Versi Sendiri
Sistem Pengesan Kebocoran Gas Arduino Menghantar SMS Amaran
Kit Pembelajaran Kod Warna Perintang Dan Ohm Meter
9 Sensor Gas Membentuk Sistem Pengesan Kebocoran Gas Arduino
Arduino Mengawal 8 LCD Menggunakan 2 Pin

 

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini