Wemos Lolin32 OLED merupakan papan ESP32 yang direka bersama sama paparan OLED di atasnya. Dalam penulisan ini, kita akan melihat serba sedikit tentang papan elektronik ini, pin pin kakinya, dan cara memasukkan kod ke dalamnya menggunakan Arduino IDE. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

PERHATIAN : Versi Arduino IDE yang digunakan untuk penulisan tutorial ini adalah Arduino IDE Versi 1.8.4. Kami tidak menjamin penulisan tutorial ini berfungsi pada versi Arduino IDE yang lain.

>> Muat turun Arduino IDE Versi 1.8.4 di sini <<

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> PEngenalan <<

Wemos Lolin32 OLED merupakan papan ESP32 yang direka bersama sama paparan OLED di atasnya. Dalam penulisan ini, kita akan melihat serba sedikit tentang papan elektronik ini, pin pin kakinya, dan cara memasukkan kod ke dalamnya menggunakan Arduino IDE.

>> tentang Wemos Lolin32 ESP32  <<

Wemos Lolin32 OLED merupakan papan ESP32 yang direka bersama sama paparan OLED 0.96 inci 128×64 pixel di atasnya. Paparan OLED ini berkomunikasi dengan ESP32 melalui komunikasi jenis I2C. Sepertimana papan ESP32 yang lain, Wemos Lolin32 OLED juga mempunyai butang BOOT dan EN (RST).

>> pin pin wemos lolin32 esp32 <<

Papan Wemos Lolin32 OLED mempunyai pin pin GPIO yang lebih sedikit boleh diakses jika dibandingkan dengan papan ESP32 yang lain. Walau bagaimanapun, disebabkan faktor adanya paparan OLED di atasnya menjadikan papan Wemos Lolin32 OLED sangat berguna jika anda ingin melakukan sesuatu projek dengan kadar segera.

LCD sudah dipasang siap di atas papan elektronik ini dan hanya tinggal untuk digunakan dan dimanfaatkan paparannya bagi menunjukkan status status yang berguna.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, paparan OLED berkomunikasi dengan ESP32 menggunakan protokol komunikasi I2C. Ia menggunakan pin berikut untuk SDA serta SCL :

  • Pin SDA OLED -> GPIO 5 ESP32
  • Pin SCL OLED -> GPIO 4 ESP32

>> modifikasi HARDWARE ke atas Wemos lolin32 esp32 <<

Sebelum kita meneruskan ke bahagian software, kita akan membuat sedikit modifikasi di bahagian hardware papan Wemos Lolin32 Esp32 itu sendiri. Beberapa papan ESP32 yang biasa terdapat di pasaran (termasuk juga papan Wemos Lolin32 ini) direka untuk tidak membenarkan kod dimuat naik secara automatik jika anda menekan butang upload yang terdapat pada Arduino IDE.

Dalam kata lain, jika anda ingin memuat naik kod ke papan ESP32 anda, Arduino IDE tidak boleh memuat naik kod tersebut dan Arduino IDE akan memaparkan mesej ralat Failed to connect to ESP32: Timed out waiting for packet header seperti berikut :

>> butang boot di atas papan ESP32 <<

Untuk membolehkan kod dimuat naik ke papan ESP32, anda perlu menekan butang BOOT yang terdapat di atas papan ESP32 dan butang Upload pada perisian Arduino IDE semasa proses muat naik dilakukan.

*Secara peribadi, saya merasakan ini faktor keselamatan yang perlu ada bagi melindungi kod daripada secara tidak sengaja dipadamkan.

Walaubagaimanapun, proses menekan butang BOOT sambil melakukan proses Upload boleh menjadi satu tekanan, tambah tambah lagi di fasa pengujian sesuatu kod di mana anda perlu memuat naik kod ke papan ESP32 berkali kali. Jadi kita akan melakukan modifikasi yang mana akan membolehkan pengguna memuat naik kod ke papan Wemos Lolin32 tanpa perlu menekan butang BOOT.

Untuk membolehkan Arduino IDE memuat naik kod secara automatik (tanpa perlu menekan butang BOOT), anda boleh menyambungkan kapasitor jenis elektrolitik bernilai 10uF di antara pin EN dan GND.

>> kapasitor jenis elektrolitik bernilai 10uF <<

Merujuk kepada gambar papan Wemos Lolin32 di atas, pin sebelah kanan butang EN dihubungkan kepada positif kapasitor manakala pin sebelah kiri butang EN (iaitu GND) dihubungkan ke negatif kapasitor.

Sekiranya kapasitor yang betul disolder dengan betul, anda tidak lagi perlu menekan butang BOOT setiap kali ingin memuat naik kod baru. Anda juga tidak akan mendapat mesej Warning Failed to connect to ESP32: Timed out waiting for packet header.

>> memasang pengurus papan ESP32 ARDUINO IDE <<

Terdapat pengurus papan ESP32 yang telah disiapkan untuk Arduino IDE yang membolehkan anda memasukkan kod ke dalam ESP32 menggunakan Arduino IDE dan bahasa pengaturcaraannya. Dalam penulisan ini, kita akan melihat cara cara memasang pengurus papan ESP32 di Arduino IDE. Pastikan anda sudah mempunyai perisian Arduino IDE di komputer anda.

Buka Arduino IDE anda dan pergi ke File> Preferences.

Copy https://dl.espressif.com/dl/package_esp32_index.json dan paste kan ke bahagian Additional Board Manager URLs seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. Seterusnya klik butang OK :

Buka Boards Manager melalui Tools > Board > Boards Manager…

Buat carian ESP32 dan tekan butang install yang terdapat pada hasil carian ESP32 by Espressif Systems. Selepas selesai, perkataaan installed akan terpapar di sebelah perkataan ESP32 by Espressif Systems.

>> muat naik kod ke papan Wemos Lolin32 <<

Hubungkan papan Wemos Lolin32 ESP32 ke komputer menggunakan wayar USB. Buka perisian Arduino IDE dan pilih jenis papan ESP32 anda (dalam penulisan ini, jenis papan yang dipilih adalah WEMOS LOLIN32).

Kemudian, pilih Port yang betul. Pemilihan Port yang salah akan menyebabkan kod gagal dimuat naik. Jika anda tidak dapat melihat Port COM yang memberi tindak balas kepada papan ESP32 di Arduino IDE anda, anda perlu memasang pemacu CP210x USB to UART Bridge VCP terlebih dahulu. Antara satu komputer dengan komputer yang lain akan memberikan nombor COM yang berbeza atau mungkin sama dengan gambar di bawah.

Seterusnya pada perisian Arduino IDE, buka kod contoh WiFiScan melalui File > Examples > WiFi (ESP32) > WiFiScan.

Kod contoh WiFiScan akan dibuka pada tetingkap baru Arduino IDE.

Tekan butang Upload di Arduino IDE. Selepas menekan butang, kod akan mula di compile dan seterusnya mula untuk dimuat naik ke papan ESP32 anda.

Jika kesemua proses berjalan dengan lancar, anda akan melihat mesej Done uploading yang menandakan proses memuat naik kod ke papan ESP32 sudah berjaya dan selesai.

Seterusnya, buka Serial Monitor pada Arduino IDE dan tetapkan kadar baudrate nya pada 115200. Tekan butang EN (untuk reset) yang terdapat pada papan ESP32 dan anda akan dapat melihat senarai sambungan WiFi yang dapat dikesan oleh papan ESP32 anda.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Baca tutorial ESP32 seterusnya di IoT ESP32 Menggunakan Paparan OLED SSD1306.

Baca artikel tentang Piawaian IoT – Teknologi Radio, Internet Kebendaan Dan Peranti Berkuasa Rendah.

Baca artikel tentang ESP32-S2 Bukan Sebagai Pengganti ESP32.

Kunjungi sekarang kedai Internet of Things ESP32 Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini