Oleh Nadiah dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Pertengahan, Mempunyai Asas Arduino

Sistem di bawah ini tidaklah direka untuk kegunaan Sistem Lampu Indikator Kekosongan Ruang Letak Kereta yang sebenar. Ianya direka untuk tujuan pembelajaran reka cipta elektronik.

>> Pengenalan <<

Di dalam tutorial sebelum ini, kita sudah belajar tentang Sistem Pengira Ruang Letak Kereta yang mana akan memberitahu kita samaada premis atau bangunan yang menyediakan ruang letak kereta sudah dipenuhi kereta atau tidak. Sistem sebegini akan menjadi lebih menarik dan efektif jika pemandu terus boleh meneropong ruang letak kereta yang masih kosong sebaik saja memasuki sesuatu premis atau bangunan yang menyediakan ruang letak kereta ini.

>> Prototaip Lampu Indikator Kekosongan Ruang Letak Kereta <<

Kita akan cuba membina satu prototaip di mana prototaip ini akan mengenal pasti ruang kereta yang kosong lalu menyalakan lampu indikator hijau atau merah bergantung kepada kekosongan ruang letak kereta tersebut. Jika ruang letak kereta tesebut kosong maka lampu hijau akan menyala manakala jika ruang letak kereta tesebut sudah mempunyai kereta maka lampu merah akan menyala. Sistem sebegini akan memudahkan pemandu, walaupun dari jarak yang jauh, pemandu sudah boleh mengetahui ruang mana yang masih kosong.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Untuk tutorial ini, anda perlukan :

>> Sambungan Litar <<

Litar Fritzing : Parking.Fzz

Sensor cahaya inframerah yang akan mengenal pasti samaada ruang kereta kosong atau tidak.

Diod pemancar cahaya merah dan hijau sebagai lampu indikator kekosongan ruang letak kereta.

>> Kod Arduino <<

/* Programmer : Nurunadiah Binti Mohd Noor
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

const int infrared_Sensor_1 = 12;
const int infrared_Sensor_2 = 11;
const int infrared_Sensor_3 = 10;

const int green_LED_1 = 7;
const int red_LED_1 = 6;
const int green_LED_2 = 5;
const int red_LED_2 = 4;
const int green_LED_3 = 3;
const int red_LED_3 = 2;

int infrared_State_1;
int infrared_State_2;
int infrared_State_3;

void setup() 
{
  pinMode(infrared_Sensor_1, INPUT);
  pinMode(infrared_Sensor_2, INPUT);
  pinMode(infrared_Sensor_3, INPUT);
    
  pinMode(green_LED_1, OUTPUT);
  pinMode(red_LED_1, OUTPUT);  
  pinMode(green_LED_2, OUTPUT);
  pinMode(red_LED_2, OUTPUT);
  pinMode(green_LED_3, OUTPUT);
  pinMode(red_LED_3, OUTPUT);    
}

void loop()
{
  infrared_State_1 = digitalRead(infrared_Sensor_1);
  infrared_State_2 = digitalRead(infrared_Sensor_2);
  infrared_State_3 = digitalRead(infrared_Sensor_3);

  if (infrared_State_1 == HIGH) 
  {
    digitalWrite(green_LED_1, HIGH);
    digitalWrite(red_LED_1, LOW);
  }
  else  
  {
    digitalWrite(green_LED_1, LOW);
    digitalWrite(red_LED_1, HIGH);
  }
  
  if (infrared_State_2 == HIGH) 
  {
    digitalWrite(green_LED_2, HIGH);
    digitalWrite(red_LED_2, LOW);
  }
  else  
  {
    digitalWrite(green_LED_2, LOW);
    digitalWrite(red_LED_2, HIGH);
  }

  if (infrared_State_3 == HIGH) 
  {
    digitalWrite(green_LED_3, HIGH);
    digitalWrite(red_LED_3, LOW);
  }
  else  
  {
    digitalWrite(green_LED_3, LOW);
    digitalWrite(red_LED_3, HIGH);
  }
}

Muat naik kod Prototaip Lampu Indikator Kekosongan Ruang Letak Kereta di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas berjaya memuat naik, jangan lupa untuk menetapkan perintang boleh laras yang terdapat di atas modul cahaya inframerah bagi mengesan objek di hadapanya dengan efektif. Jika perintang boleh laras dilaras dengan betul, apabila terdapat objek di hadapan modul cahaya inframerah, indikator ruang letak kereta diod pemancar cahaya merah akan menyala. Tetapi apabila tidak terdapat objek di hadapan modul cahaya inframerah, indikator ruang letak kereta diod pemancar cahaya hijau akan menyala. Pada satu satu masa, hanya satu warna indikator sahaja akan menyala samaada hijau atau merah bagi menandakan sama ada ruang letak kereta kosong atau tidak.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial Lampu Indikator Kekosongan Ruang Letak Kereta Menggunakan Modul Cahaya Inframerah Dan Arduino.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini