Oleh Nurunadiah dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Cabaran Minda

>> Dapatkan kit rbt sekarang <<

Kit RBT Mikropengawal di Arduino Koding Kits (Versi Ringkas) – Belajar MengeKod Melalui Kit Elektronik.

Kit RBT Robot Penjejak Garisan di Arduino Kit Line Follower Robot Penjejak Garisan.

Kit RBT Robot Pengelak Halangan di Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan.

>> LATIHAN Reka Bentuk Elektronik SIRI 2 <<

Baca penulisan siri 1 di Latihan Reka Bentuk Elektronik – Siri 1.

Bahagian-bahagian yang terdapat dalam Mikropengawal (Microcontroller)

Gambar rajah jelas menunjukkan hubung kait antara 3 bahagian di dalam mikropengawal iaitu Input, Proses dan Output.

Soalan: Nyatakan 3 bahagian Mikropengawal dan jelaskan satu fungsi setiap bahagian?

1. Bahagian _______________________________________________
2. Bahagian _______________________________________________
3. Bahagian _______________________________________________

Gambar rajah menunjukkan cara mikropengawal berfungsi. Arduino merupakan salah satu contoh mikropengawal yang mampu memproses input (penderia air-mengesan kehadiran air) dan seterusnya mengeluarkan output (pembaz- menghasilkan bunyi). Hasilnya, pembaz akan berbunyi setelah penderia mengesan kehadiran air. Semua ini diproses oleh sebuah mikropengwal iaitu Arduino.

Soalan: Arduino merupakan contoh mikropengawal. Jelaskan hubung kait penderia air/hujan dan pembaz dalam sistem pengesan hujan yang dikendalikan oleh Mikropengawal Arduino?

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bahagian Input (Input)
Peranti Input Analog (menghasilkan isyarat berbentuk analog)
 
 
Penderia Jarak Fungsi:
Mengukur jarak berdasarkan penghantaran dan penerimaan isyarat ultrasonik.
Penderia Cahaya (Perintang Peka Cahaya- LDR) Ciri- ciri:
1. Peka terhadap cahaya
2. Rintangan berubah mengikut kecerahan.
3. Semakin cerah cahaya, semakin rendah rintangan dalam penderia cahaya.
Penderia Suhu Fungsi:
1. Mengesan suhu dalam julat tertentu.
2. Menukarkan suhu dalam bentuk voltan.

Peranti Input Digital (menghasilkan isyarat berbentuk digital)




Suis


1. Suis tekan tutup- apabila ditekan, litar akan tertutup dan arus mengalir.
2. Suis tekan buka- apabila di tekan, arus terbuka dan arus terputus.
3. Suis mikro- boleh jadi sama ada suis tekan tutup atau suis tekan buka.
Penderia Pergerakan Fungsi:
Mengesan pergerakan haba yang dihasilkan oleh manusia atau haiwan.
Penderia Air Fungsi:
Mampu mengesan kehadiran air.

Soalan: Namakan 2 peranti dalam bahagian input.
1. ______________________________________________________
2. ______________________________________________________

Soalan: Berikan 3 contoh peranti input Analog.
1. ______________________________________________________
2. ______________________________________________________
3. ______________________________________________________

Soalan: Berikan 3 contoh peranti input Digital.
1. ______________________________________________________
2. ______________________________________________________
3. ______________________________________________________

Peranti Output
1. Melaksanakan isyarat yang diberikan oleh output
2. Bagi peranti yang memerlukan bekalan kuasa melebihi 5V memerlukan bekalan kuasa tambahan.
Jenis-Jenis Fungsi
1. Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting Diode -LED) 1. Mengeluarkan cahaya
2. Sebagai lampu hiasan
3. Perlu digunakan bersama perintang untuk mengawal kecerahan.
2. Pembaz (Buzzer) 1. Menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.
2. Contoh aplikasi: Penggera keselamatan.
3. Geganti (Relay) 1. Suis kawalan litar berarus tinggi.
2. Dihidupkan apabila arus elektrik melaluinya atau sebaliknya.
4. Motor Arus Terus (DC Motor) 1. Berputar berlawanan arah jika kutub positif dan negatif dipasang terbalik.
2. Memerlukan pemandu motor (motor driver) untuk menetapkan arah dan kelajuan.
5. Lampu LED 12V 1. Mengeluarkan cahaya apabila voltan 12V dan arus elektrik mengalir melaluinya.

Soalan: Berikan 5 contoh peranti Output.
1. ______________________________________________________
2. ______________________________________________________
3. ______________________________________________________
4. ______________________________________________________
5. ______________________________________________________

>> Dapatkan kit rbt sekarang <<

Kit RBT Mikropengawal di Arduino Koding Kits (Versi Ringkas) – Belajar MengeKod Melalui Kit Elektronik.

Kit RBT Robot Penjejak Garisan di Arduino Kit Line Follower Robot Penjejak Garisan.

Kit RBT Robot Pengelak Halangan di Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini