Oleh Ilyasaa dalam Tutorial Raspberry Pi, Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Pengenalan <<

Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai komponen Level Shifter atau Logic Converter itu sendiri, mari kita kenali secara ringkas apa itu komponen 5V dan apa itu komponen 3.3V.

>> contoh papan arduino uno dan mega <<

Papan Arduino Uno atau papan Arduino Mega boleh kita klasifikasikan sebagai komponen 5V. Ini kerana voltan tinggi atau isyarat “1” pada pin digital nya adalah 5V dan voltan rendah atau isyarat “0” pada pin digitalnya adalah 0V. Sensosr jarak jenis HC-SR04 dan paparan LCD 16×2 juga merupakan komponen 5V, ini boleh dipastikan melalui pembacaan datasheet komponen komponen tersebut. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika anda ingin menyambung komponen sensor jarak HC-SR04 atau paparan LCD 16×2  terus kepada papan Arduino Uno dan Arduino Mega kerana kedua duanya adalah komponen 5V.

Modul Bluetooth merupakan komponen 3.3V

Label yang menunjukkan modul bluetooth adalah 3.3V

Sesetengah komponen lain pula adalah komponen 3.3V. Sebagai contoh, komponen modul bluetooth jenis HC05 adalah komponen 3.3V. Ini boleh dikenalpasti dengan melihat label “LEVEL: 3.3V” pada pin TXD dan RXD nya.

Secara amnya untuk level beginner, komponen 3.3V dan komponen 5V tidak boleh berhubung/berkomunikasi secara terus tanpa perantara seperti logic converter. Sebagai contoh, papan Arduino Uno boleh disambungkan terus pada sensor jarak HC-SR04 dan paparan LCD 16×2 secara terus kerana ketiga tiganya adalah komponen 5V tetapi Arduino Uno tidak boleh disambungkan secara terus ke modul bluetooth HC05 kerana salah satunya adalah komponen 5V dan salah satunya adalah komponen 3.3V.

>> Contoh Papan Raspberry Pi <<

Papan Raspberry Pi pula boleh kita klasifikasikan sebagai komponen 3.3V. Ini kerana voltan tinggi atau isyarat “1” pada pin digital nya adalah 3.3V dan voltan rendah atau isyarat “0” pada pin digitalnya adalah 0V.

Seperti yang sudah disebut sebelum ini, sensor jarak jenis HC-SR04 dan paparan LCD 16×2 merupakan komponen 5V, ini boleh dipastikan melalui pembacaan datasheet komponen komponen tersebut. Oleh itu secara amnya, papan Raspberry Pi tidak boleh disambungkan terus kepada sensor jarak HC-SR04 dan paparan LCD 16×2 kerana ianya adalah komponen 5V dan papan Raspberry Pi adalah komponen 3.3V.

>> konsep asas <<

Secara asasnya untuk level beginner, jika komponen 5V ingin berkomunikasi/disambungkan dengan komponen 3.3V maka memerlukan logic converter sebagai perantara bagi menukarkan paras voltan isyarat dari 5V ke 3.3V atau sebaliknya.

>> Penerangan mengenai pin logic converter <<

Di bawah adalah papan Logic Converter yang dijual di NADI Eleczone Solutions:

Secara ammnya, reka bentuk papan logic converter sangat mudah difahami dan ianya hanya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian HV (high voltage) / 5V dan bahagian LV (low voltage) /3.3V.

Pin Kuasa

Pin di atas papan logic converter yang berlabel HV, LV, dan dua GND adalah bertujuan sebagai pin rujukan voltan 5V dan 3.3V. Di pin inilah di mana kita menghubungkan pin kuasa 5V dan 3.3V dari papan Arduino Uno / Raspberry Pi ke papan logic converter.

HV bermaksud High Voltage manakala LV bermaksud Low Voltage. Ini bermakna, voltan rujukan yang disambungakan kepada pin HV dan GND hendaklah lebih tinggi daripada yang disambungkan kepada pin LV. Jika anda ingin menyambungkan antara komponen 5V dan komponen 3.3V maka voltan pada pin HV haruslah disambung pada 5V, dan voltan pada LV haruslah disambung pada 3.3V. Jangan lupa untuk sambungkan GND juga. Contoh di bawah menunjukkan sambungan kepada 3 jenis papan logic converter yang berlainan, anda mungkin menggunakan satu jenis papan logic converter sahaja pada satu satu projek.

Contoh sambungan pin kuasa papan Arduino Uno untuk HV dan LV.

Contoh sambungan pin kuasa papan Raspberry Pi untuk HV dan LV.

Pin Isyarat

Bergantung pada jenis papan logic converter, terdapat empat atau lapan saluran isyarat data yang masing-masing berupaya menukarkan voltan isyarat data dari voltan tinggi (5V) ke rendah (3.3V) dan sebaliknya. Penukaran tahap voltan ini hanyalah semata mata untuk isyarat digital dan bukannya untuk isyarat analog.

Gambar menunjukkan saluran isyarat data

>> Jom kita mulakan <<

Jom kita lihat beberapa contoh sambungan untuk lebih memahami bagaimana saluran isyarat data ini berfungsi dalam menukarkan isyarat voltan 5V dan 3.3V.

Contoh pertama : Papan Arduino Uno (komponen 5V) berinteraksi dengan modul bluetooth HC05 (komponen 3.3V).

Langkah 1 : Pin kuasa disambungkan

Langkah 2 : Pin isyarat disambungkan mengikut saluran

Contoh kedua : Papan Raspberry Pi (komponen 3.3V) berinteraksi dengan modul sensor jarak jenis HC-SR04 (komponen 5V).

Langkah 1 : Pin kuasa disambungkan

Langkah 2 : Pin isyarat disambungkan mengikut saluran

>> Jom kita PRAKTIkkan <<

Sekarang dengan ilmu pengetahuan ini, cuba anda praktikkan dalam pembelajaran elektronik anda. Selamat mencuba.

Teruskan pembacaan di Tutorial Asas Arduino dan Tutorial Asas Raspberry Pi.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini