Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Apa itu Blynk ? <<

Blynk merupakan salah satu IoT platform yang sangat popular dikalangan Makers ataupun para pereka cipta projek. Blynk hadir dalam bentuk aplikasi di smartphone. Jadi pengguna harus memasang aplikasi Blynk pada telefon pintar mereka sebelum boleh menggunakan keupayaan yang terdapat pada Blynk.

Contoh apa yang mampu dilakukan oleh Apps Blynk

>> Nodemcu <<

NodeMCU merupakan salah satu papan elektronik yang telah mempunyai modul ESP8266 terbina diatasnya. Modul ESP8266 membolehkan pengguna membuat sambungan terus ke WiFi dengan hanya menggunakan ciri ciri yang terdapat pada modul ESP8266 ini. Ini memudahkan pengguna ataupun para Makers untuk membina projek IoT tanpa perlu berfikir lanjut tentang pemilihan modul WiFi. Tambahan lagi, NodeMCU juga boleh diprogramkan menggunakan Arduino IDE iaitu perisian yang amat popular dikalangan pengguna Arduino. Jadi ini lebih memudahkan pengguna dibahagian software bagi mereka yang biasa menggunakan Arduino IDE.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengawal LED melalui Blynk dengan papan NodeMcu. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> aplikasi blynk <<

Sebelum memulakan tutorial, anda perlu memasang aplikasi Blynk terlebih dahulu. Untuk lakukannya, hanya lakukan carian pada Apps Store ataupun Google Play Store pada peranti telefon pintar anda.

Setelah berjaya memasang aplikasi Blynk pada peranti telefon pintar anda dan sejurus membuka aplikasi tersebut, anda akan diminta untuk membuat satu akaun Blynk. Selepas itu, aplikasi Blynk anda sedia untuk membina projek.

Pilih bahagian Create Project, dan anda boleh namakan projek anda dengan apa apa nama sahaja. Untuk projek ini, saya memilih nama “led” kerana saya ingin mengawal LED menggunakan aplikasi Blynk. Pada bahagian Hardware Model, sila pilih ESP8266 kerana kita akan menggunakan pin ESP8266 pada papan NodeMCU untuk projek ini.

Setelah itu, pihak Blynk akan menghantar email yang mempunyai auth token yang akan digunakan pada bahagian kod Arduino sebentar lagi. Simpan ataupun copy auth token itu untuk kegunaan kemudian. Kini, anda perlu membina “dashboard” untuk aplikasi Blynk anda. Untuk mengawal LED, saya memilih widget button sebagai switch untuk menyalakan LED tersebut. Pilih widgetbutton“, pilih as Switch.

Untuk bahagian Output pula, saya memilih pin GP2 kerana NodeMCU mempunyai LED tersedia di atas papannya itu. LED tersebut memudahkan untuk membuat troubleshooting jika mempunyai masalah. Kita akan gunakan LED tersebut di dalam projek kali ini. Kini dashboard untuk aplikasi Blynk anda telah siap.

Seterusnya kita akan beralih kepada kod untuk NodeMCU.

>> Pemasangan library esp8266 <<

Sebelum memulakan penulisan kod, ada beberapa modifikasi yang perlu dilakukan pada Arduino IDE (Versi Arduino IDE yang saya gunakan ketika penulisan ini ditulis ialah 1.8.9) bagi membolehkan kod Arduino dimasukkan ke dalam papan NodeMcu. Modifikasi pemasangan library ESP8266 ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja, jika anda sudah pernah melakukan langkah ini maka tidak perlu melakukannya untuk kali kedua. Pergi kepada File -> Preferences dan sila tambah

http://arduino.esp8266.com/versions/2.5.0/package_esp8266com_index.json

pada bahagian “Additional board manager“.

Kemudian tutup dan buka semula aplikasi Arduino IDE anda. Kini anda perlu memasang library untuk ESP8266 dan juga Blynk. Untuk lakukan ini, pergi ke Sketch -> Include Library -> Manage Library. Buat carian ESP8266 serta Blynk dan install kedua dua library tersebut.

>> Kod Penuh Arduino NodeMCU <<

Kita akan teruskan kepada kod Arduino untuk papan NodeMcu kita, copy dan paste kod di bawah kedalam Arduino IDE anda.

#define BLYNK_PRINT Serial

#include <ESP8266WiFi.h>
#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

char auth[] = "auth token";

char ssid[] = "Nama Wifi";
char pass[] = "Password wifi";

void setup()
{
  // Debug console
  Serial.begin(9600);

  Blynk.begin(auth, ssid, pass);
}

void loop()
{
  Blynk.run();
}

Sila gantikan Nama Wifi dan Password wifi bersesuaian dengan sambungan internet yang anda ada sekarang. Gantikan juga auth token dengan auth token yang anda terima daripada aplikasi Blynk sebentar tadi melalui email. Sebelum Upload kod kedalam NodeMCU anda, sila tukar tetapan board pada bahagian Tools dan pilih NodeMCU serta pilih COM untuk NodeMCU anda. Kini anda boleh upload program anda kedalam NodeMCU.

Untuk aplikasi Blynk, sila tekan butang “Play” untuk memulakan aplikasi tersebut. Untuk mengawal LED yang tersedia di atas papan NodeMcu, sila tekan button yang telah anda bina sebentar tadi.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda sudah boleh mengawal LED papan NodeMcu menggunakan aplikasi “LED” anda sendiri yang mana telah dihasilkan melalui aplikasi Blynk. Sekarang, cuba gunakan komponen tambahan seperti LED dan perintang serta sambungkan komponen tersebut pada pin NodeMcu yang lain. Lakukan modifikasi pada aplikasi Blynk juga dengan menambah button dan lihat ouputnya.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di Raspberry Pi Bagaimana Untuk Menggunakan Paparan LCD 16×2.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini