Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Papan IoT NodeMcu yang dijual di kedai kami (sudah diuji mempunyai firmware sebelum dihantar kepada pelanggan)

>> tapi kalau nak dijadikan cerita  <<

Tak sabar menunggu sampainya papan IoT NodeMcu dan apabila sampai sahaja, macam ada sesuatu yang tak kena, tak boleh nak muat naik kod Arduino ke papan IoT NodeMcu. Ataupun, dalam tengah seronok bermain dengan papan IoT NodeMcu ini, tiba tiba dapat mesej ralat tak boleh masukkan kod ke papan IoT NodeMcu.

>> Hati pun kecewa <<

Alamak, tidak… Tak boleh nak muat naik kod Arduino. Asyik dapat mesej ralat seperti gambar di bawah sahaja. Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Antara beberapa sebab atau masalah yang boleh menyebabkan kod tidak boleh dimuat naik ke papan Arduino adalah :

Masalah 1 : Pemilihan Board dan Port yang tidak sepatutnya.

Penyelesaian 1 : Pastikan pemilihan Board adalah NodeMCU manakala pemilihan Port adalah COMXX di mana XX berbeza pada setiap komputer.

Masalah 2 : Butang Flash di atas papan NodeMcu tidak ditekan sebelum bekalan kuasa dimasukkan.

Penyelesaian 2 : Saya perasan, terdapat sebilangan papan NodeMcu perlu ditekan butang Flash setiap kali sebelum dimasukkan kod yang baru. Di bawah adalah cara untuk menekan butang Flash :

  • Dalam keadaan nodemcu bersambung dengan komputer menggunakan kabel USB, tekan butang Flash dan jangan lepas.
  • Putuskan sambungan kabel USB, butang Flash masih lagi dalam keadaan ditekan.
  • Sambungkan semula kabel USB, butang Flash masih lagi dalam keadaan ditekan.
  • Selepas beberapa saat, butang Flash boleh dilepaskan.
  • Lakukan proses muat naik kod Arduino seperti biasa.

Masalah 3 : Kabel USB yang digunakan rosak atau tidak boleh menghantar data.

Penyelesaian 3 : Sambungkan telefon pintar anda ke komputer menggunakan kabel USB tersebut dan cuba untuk menghantar gambar dari dalam telefon anda ke komputer. Jika boleh menghantar gambar, ini bermakna kabel USB anda dalam keadaan baik.

Masalah 4 : Pemacu CH340G atau CP2102 tidak dipasang.

Penyelesaian 4 : Anda perlu memasang Pemacu CH340G atau CP2102 di Windows anda dahulu.

Masalah 5 : Firmware untuk papan NodeMCU sudah rosak atau hilang

Penyelesaian 5 : Penyelesaian untuk masalah ini agak sedikit rumit. Tajuk penulisan kali ini juga telah dikhususkan untuk mengajar cara memasukkan Firmware ke dalam papan IoT NodeMcu. Langkah untuk memasukkan Firmware yang terbaru dari NodeMcu agak sedikit rumit. Di penulisan kali ini, saya akan menunjukkan cara memasukkan Firmware versi 0.9.6 ke dalam nodemcu. Cara untuk memasukkan versi 0.9.6 adalah lebih mudah berbanding versi yang paling baru.

>> Dapatkan firmware <<

Firmware versi 0.9.6 boleh didapati dari laman github nodemcu atau anda boleh terus mendapatkan fail binary (.bin) nya di sini.

>> Perisian untuk memasukkan firmware ke papan Nodemcu <<

Perisian untuk memasukkan Firmware NodeMcu versi 0.9.6 dan versi di bawah 0.9.6 dikenali sebagai NodeMcu Flasher. Perisian ini boleh didapati dari laman github nodemcu atau anda boleh terus mendapatkan failnya di sini. Selepas muat turun, cari ESP8266Flasher.exe dan buka perisian tersebut.

>> Cara penggunaan <<

Gambar di bawah adalah rupa perisian NodeMcu Flasher.

Pergi ke bahagian Config, tekan ikon berbentuk gear dan cari fail binary (.bin) Firmware NodeMcu versi 0.9.6 yang anda baru muat turun sebentar tadi.

Sambungkan papan IoT NodeMcu ke komputer menggunakan kabel USB.

Seterunya, kita akan melakukan proses untuk menekan butang Flash :

  • Dalam keadaan nodemcu bersambung dengan komputer menggunakan kabel USB, tekan butang Flash dan jangan lepas.
  • Putuskan sambungan kabel USB, butang Flash masih lagi dalam keadaan ditekan.
  • Sambungkan semula kabel USB, butang Flash masih lagi dalam keadaan ditekan.
  • Selepas beberapa saat, butang Flash boleh dilepaskan.

Pada perisian NodeMcu Flasher pula, pastikan anda memilih COM Port yang betul.

Selepas memilih COMXX (di mana XX berbeza pada setiap komputer) yang bersesuaian dengan papan IoT NodeMcu anda, tekan butang Flash(F).

Proses memasukkan Firmware ke dalam papan NodeMcu akan mengambail sedikit masa.

Selepas selesai muat naik Firmware, butang bertanda betul bewarna hijau akan muncul di sebelah perkataan NODEMCU TEAM. Ini menandakan proses memasukkan Firmware telah berjaya.

>> Versi video <<

>> Tahniah, anda hebat <<

Dalam tutorial kali ini, anda telah berjaya memasukkan Firmware ke dalan papan IoT NodeMcu.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini