Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Pengenalan <<

Untuk siri pembelajaran aplikasi Blynk pada kali ini, kita akan menggunakan sensor yang terdapat pada peranti telefon pintar itu sendiri sebagai sensor untuk projek yang bakal dibina. Antara sensor yang terbina didalam telefon pintar ialah sensor cahaya, accelerometer, gyroscope dan juga GPS. Blynk memperkenalkan antaramuka yang terbaru iaitu boleh mengantaramuka sensor-sensor yang terdapat pada telefon pintar kepada Blynk.

Untuk tutorial kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana hendak membaca nilai sensor cahaya yang terdapat pada telefon pintar anda dan hantar kepada NodeMCU. Sensor ini kebiasaanya terletak berhampiran dengan kamera hadapan telefon pintar. Sensor ini sesuai untuk digunakan bersama projek yang melibatkan cahaya seperti pengawalan LED menggunakan sensor cahaya.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana untuk membaca bacaan sensor cahaya yang terdapat pada telefon pintar kepada papan NodeMcu. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> Penyediaan Aplikasi Blynk <<

Untuk tutorial kali ini, kita perlukan widget Light Sensor. Untuk menambahnya, sangat mudah. Tekan butang tambah pada bahagian atas aplikasi Blynk itu, dan cari Light Sensor pada bahagian Smartphone Sensors.

Untuk widget ini, kita perlu melakukan beberapa modifikasi. Untuk bahagian nama, anda boleh letakkan nama untuk widget itu. Pada bahagian pin, kita gunakan Virtual Pin V1 bersesuaian dengan kod program dibawah.

Untuk bahagian interval, anda boleh tetapkan berapa lama langkauan untuk data sensor dihantar. Saya memilih 100ms untuk tutorial kali ini.

Kini, aplikasi Blynk anda sudah sedia untuk menghantar data daripada telefon pintar anda kepada NodeMCU. Kini kita beralih kepada kod program NodeMCU.

>> Kod Arduino NodeMCU <<

#define BLYNK_PRINT Serial

#include <ESP8266WiFi.h>
#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

int lx;

char auth[] = "auth key";

// Your WiFi credentials.
// Set password to "" for open networks.
char ssid[] = "Nama Wifi";
char pass[] = "Password Wifi";

// This function tells Arduino what to do if there is a Widget
// which is requesting data for Virtual Pin (5)

BLYNK_WRITE(V1) //Blynk app has something on V1
{
  lx = param.asInt();
  Serial.println(lx);
}

void setup()
{
  // Debug console
  Serial.begin(9600);
  Blynk.begin(auth, ssid, pass);
}

void loop()
{
  Blynk.run();
}

Pastikan anda telah memasang Library NodeMCU berserta ESP8266 pada Arduino IDE anda. Jika tidak, sila lawati tutorial sebelum ini. Upload program diatas kedalam NodeMCU anda.

Kini anda boleh perhatikan nilai kemasukan cahaya pada sensor cahaya telefon pintar anda pada aplikasi Blynk. Anda juga boleh membuka Serial Monitor pada Arduino IDE untuk memantau data sensor cahaya yang diterima dari telefon pintar anda

>> Penerangan Kod Program <<

Jika pada tutorial sebelum ini kita membaca sensor pada NodeMCU dan hantar ke Blynk, kali ini kita membaca sensor pada telefon pintar dan hantar kepada NodeMCU. Pendekatan yang lebih kurang sama tapi sedikit modifikasi pada kod program.

BLYNK_WRITE(V1) //Blynk app has something on V1
{
  lx = param.asInt();
  Serial.println(lx);
}

Pada bahagian ini, nilai sensor cahaya yang diletakkan pada Virtual Pin 1 disimpan dalam variable dinamakan “lx”. Kemudian nilai sensor itu dihantar pada Serial monitor.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Tahniah. Kini anda berjaya mengunakan sensor pada telefon pintar anda untuk dihantar kepada NodeMCU. Kini anda boleh cuba untuk memaparkan nilai sensor tersebut didalam bentuk graf. Sila rujuk tutorial sebelum ini untuk penggunaan graf pada Blynk dan NodeMCU.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di NodeMcu Membaca Bacaan Sensor Analog (Push Request) Melalui Blynk.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini