Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Pengenalan <<

PWM atau nama penuhnya Pulse Width Modulation merupakan salah satu signal digital dimana frekuensi nya telah ditetapkan namun lebar signal ‘1’ nya boleh ditetapkan oleh pengguna. Cara ini amat penting untuk projek yang memerlukan pengawalan ke atas purata voltan pada pin digital. Antara contoh yang boleh digunakan dengan cara mengawal pwm ini ialah

  1. Mengawal kecerahan LED
  2. Menghasilkan output analog pada pin digital
  3. Mengawal kelajuan motor dan lain lain lagi

Kebiasaannya, kita mengawal PWM pada Arduino ataupun NodeMCU dengan melakukan program mudah iaitu arahan AnalogWrite. Kali ini, kita cuba mengawal nilai PWM itu melalui aplikasi Blynk.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana untuk penghantar nilai PWM pada NodeMCU untuk mengawal kecerahan LED melalui aplikasi Blynk :

>> litar sambungan <<

Untuk makluman, tidak kesemua pin pada papan NodeMCU mampu mengeluarkan PWM signal. Sila semak datasheet NodeMCU sebelum melakukan pemasangan atau boleh merujuk gambar paling atas sekali dalam penulisan ini yang memaparkan pin yang mempunyai kebolehan PWM.

>> Penyediaan Aplikasi Blynk <<

Untuk tutorial kali ini, saya akan menggunakan widget slider untuk menghantar nilai PWM kepada NodeMCU. Pastikan anda mempunyai akaun Blynk serta aplikasinya untuk melakukan tetapan berikut. Pada bahagian widget, pilih Slider untuk ditambah kan pada Dashboard

Anda juga boleh memilih widget “Step” (tiada dalam gambar) untuk digunakan pada projek ini.

Untuk tetapan widget ini, sila lakukan tetapan yang berikut. Pin GPIO13 digunakan kerana LED disambung pada pin D7 pada papan NodeMCU. Nilai signal diberikan julat 0-1023 kerana NodeMCU mampu menghasilkan nilai pwm daripada 0 hingga 1023.

Kini paparan dashboard anda telah tersedia untuk projek kali ini.

>> kod penuh nodemcu <<

#define BLYNK_PRINT Serial

#include <ESP8266WiFi.h>
#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

char auth[] = "auth token";

char ssid[] = "Nama Wifi";
char pass[] = "password wifi";

void setup()
{
  // Debug console
  Serial.begin(9600);
  Blynk.begin(auth, ssid, pass);
}

void loop()
{
  Blynk.run(); 
}

Sebelum memuat naik kod, sila ubah nilai auth token, nama wifi serta password wifi kepada yang bersesuaian dengan sambungan internet anda. Setelah itu, muat naik kod tersebut kedalam NodeMCU anda. Gerakkan slider anda kekanan dan kekiri dan perhatikan perubahan kecerahan LED yang dipasang tersebut.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Tahniah, anda kini berjaya untuk mengawal PWM pada papan NodeMCU dengan menggunakan Blynk. Anda boleh gantikan LED dengan komponen yang lain seperti motor driver dan sebagainya.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di NodeMcu Menghantar Paparan Notifikasi Pada Aplikasi Blynk.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini