Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Pengenalan <<

Menerima dan menghantar notifikasi merupakan salah satu komponen penting dalam pembinaan projek bertemakan IoT. Blynk menyediakan paparan notifikasi pada aplikasi tersebut. Dengan hanya menambah widget dan lakukan beberapa modifikasi terhadap litar dan kod program, anda mampu membina projek IoT bersama notifikasi.

Notifikasi ini amat bersesuaian dengan projek yang memerlukan pemberian dan penerimaan amaran kepada pengguna. Sebagai contoh projek “Water level” dimana ia akan memberi amaran kepada pengguna apabila paras air mencecah paras bahaya

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana untuk memaparkan notifikasi apabila sensor cahaya ditutup. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

>> litar sambungan <<

>> Penyediaan Aplikasi Blynk <<

Untuk tutorial kali ini, penyediaan widget pada aplikasi Blynk amat mudah. Hanya perlu menambah widget notifikasi pada dashboard Blynk anda. Kini aplikasi anda sedia untuk dijalankan.

>> Kod Penuh NodeMCU <<

#define BLYNK_PRINT Serial

#include <ESP8266WiFi.h>
#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

char auth[] = "auth token";

char ssid[] = "namawifi";
char pass[] = "password wifi";

void setup()
{
  // Debug console
  Serial.begin(9600);
  pinMode(A0, INPUT);
  Blynk.begin(auth, ssid, pass);
}

void loop()
{
  Blynk.run(); 
 int buttonValue = analogRead(A0);
  Serial.println(buttonValue);
  delay(1000);

  if (buttonValue < 10){
    Blynk.notify("Sensor ditutup");
  }
}

Kini, anda boleh upload kod penuh program dan perhatikan output program tersebut. Jika anda menutup sensor peka cahaya itu, nilai akan berkurangan dan notifikasi akan dihantar kepada phone anda.

>> Penerangan kod NodeMCU <<

  if (buttonValue < 10){
    Blynk.notify("Sensor ditutup");
  }

Untuk bahagian ini, nilai sensor akan disimpan pada variable buttonValue. Jika sensor itu ditutup, Blynk akan menghantar notifikasi kepada telefon anda mengatakan “Sensor ditutup”. Arahan Blynk.notify akan menghantar notifikasi pada smartphone yang didaftarkan pada aplikasi Blynk tersebut.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Tahniah. Kini anda berjaya untuk memaparkan notifikasi pada aplikasi Blynk apabila sensor cahaya ditutup.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di NodeMcu Membaca Bacaan Sensor Cahaya Yang Terdapat Pada Telefon Pintar.

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini