Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino

>> Apa itu papan elektronik arduino <<

Papan elektronik Arduino adalah papan elektronik yang boleh diprogramkan dan seterusnya diintegrasikan ke dalam pelbagai projek dari yang mudah sehingga yang kompleks. Papan arduino mengandungi mikropengawal yang dapat diprogramkan untuk mengesan dan mengendalikan objek dalam dunia sebenar. Dengan membaca tindak balas daripada sensor dan input, Arduino akan memproses tindak balas tersebut lalu mengawal pelbagai jenis output seperti LED, motor dan paparan LCD. Disebabkan oleh fleksibiliti dan kos yang rendah, Arduino telah menjadi pilihan yang sangat popular bagi para pereka cipta untuk mereka cipta projek interaktif mereka.

Arduino diperkenalkan pada tahun 2005 di Itali oleh Massimo Banzi sebagai salah satu inisiatif beliau bagi membolehkan mereka yang bukan dari bidang kejuruteraan untuk mempunyai akses yang bersifat kos rendah dan mudah untuk membuat projek interaktif. Oleh kerana papan Arduino ini bersifat open-source, ia membolehkan sesiapa sahaja untuk menghasilkan atau mengeluarkan semula papan ciptaan Arduino. Jika anda membuat carian di GOOGLE, anda akan mendapati terdapat beratus-ratus klon dan variasi yang serasi dengan papan Arduino original.

Di bawah adalah papan Arduino Uno original yang dikeluarkan oleh Arduino. Papan Arduino original didatangkan dengan kotak dan mempunyai pelekat (logo Arduino, DIY dan etc) di dalamnya berbanding papan Arduino Uno klon yang biasanya hanya diletakkan di dalam plastik. Warna Arduino Uno original (warnanya lebih muda) sedikit berbeza dengan warna Arduino Uno klon (warnanya lebih gelap). Harga Arduino Uno original juga dijual pada harga yang lebih mahal (sekitar RM100) berbanding Arduino Uno Klon (bawah daripada RM50).

Papan Arduino Uno Original

>> Jenis Jenis Papan Arduino <<

Arduino adalah platform yang hebat untuk projek prototaip dan inovasi. Bagi mereka yang baru ingin memasuki dunia Arduino ini, sebahagiannya keliru apabila perlu memilih papan Arduino yang betul manakala sebahagian lagi berfikiran bahawa terdapat hanya satu papan Arduino sahaja iaitu papan Arduino Uno seperti gambar di atas. Realitinya, terdapat banyak variasi papan Arduino original dan kemudian terdapat ratusan lagi variasi dari pembekal pembekal elektronik lain yang menawarkan variasi klon yang serupa atau berlainan rupa.

Berikut adalah beberapa contoh papan Arduino yang terdapat di luar sana. Papan papan Arduino di bawah adalah papan Arduino Nano, papan LilyPad, papan Arduino Mega dan papan Arduino Pro Mini yang serasi dengan perisian Arduino IDE. Disebabkan faktor open-soure yang ada pada Arduino, pengguna atau para pereka cipta lebih gemar mendapatkan versi klon kerana harganya lebih murah dan pada yang sama mempunyai kualiti yang baik. Hal ini jugalah yang menyebabkan Arduino cepat berkembang dan dikenali oleh dunia. Tidak bermaksud jika anda membeli yang klon, anda tidak menyokong perkembangan Arduino. Anda boleh membuat sumbangan kepada kumpulan yang membangunkan Arduino dengan menderma kepada mereka di laman sesawang mereka atau dengan memperkembang dan mempraktikkan semangat open-source.

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih papan Arduino yang sesuai dengan kegunaan anda adalah jenis projek yang anda lakukan. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat projek elektronik yang perlu dijahit pada pakaian, anda mungkin akan memilih papan LilyPad. LilyPad direka untuk mudah dijahit ke dalam tekstil selain mempunyai permukaan bawah yang rata dan tidak tajam. Jika projek anda mempunyai faktor reka bentuk yang kecil, anda mungkin mahu menggunakan papan Arduino Pro Mini atau papan Arduino Nano yang mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding papan Arduino lain. Seterusnya, kami akan pergi lebih dalam ke papan Arduino kegemaran kami dan kami cadangkan papan ini bagi mereka yang baru ingin mempelajari Arduino atau koding.

>> papan arduino uno <<

Papan Arduino Uno adalah papan kegemaran kami. Tambahan lagi, saya boleh katakan papan Arduino Uno adalah papan mikropengawal yang paling popular di abad ini. Walaupun ianya bukanlah papan pertama yang dikeluarkan oleh Arduino atau papan yang paling canggih pernah dikeluarkan oleh Arduino, papan ini tetap menjadi papan yang paling kerap digunakan dan dikongsi oleh para pereka cipta khususnya di alam maya. Disebabkan populariti yang melampau ini, papan Arduino Uno mempunyai berjuta juta tutorial projek yang dikongsi di sekitar laman sesawang. Tutorial tutorial ini akan dapat membantu anda memulakan atau mendapatkan idea serta bantuan dalam melakukan projek anda.

>> Sedikit Pendedahan tentang papan Arduino Uno <<

Arduino Uno adalah papan mikropengawal atau peranti kawalan dalam satu cip yang mampu mengawal input dan output mengikut arahan yang telah dikodkan. Papan Arduino Uno dilengkapi dengan mikropengawal ATMEGA328P. Papan Arduino Uno mempunyai 14 pin digital input dan output (Pin 0 sehingga 13) manakala 6 daripada pin digital input dan output nya boleh dikonfigurasikan kepada mod PWM (Pulse Width Modulation). Mempunyai 6 pin analog input (Pin A0 sehingga A5). Papan Arduino Uno dapat dikodkan dengan menggunakan peisian Arduino IDE. Kod menggunakan bahasa Inggeris yang mudah yang dipanggil sebagai bahasa Arduino yang mana diwarisi daripada bahasa C++.

>> mula bereksperimen dengan papan arduino uno <<

Antara perkara yang sangat penting ketika bermain dengan papan Arduino Uno adalah papan projek. Papan projek membolehkan anda untuk membuat prototaip projek Arduino anda tanpa perlu menggunakan solder iron. Menggunakan papan projek membolehkan anda membuat prototaip atau menguji reka bentuk litar yang berbeza beza.

Tambahan lagi, papan projek tidak mempunyai sumber kuasa sendiri seperti 5V dan GND. Sumber kuasa ini perlu diperolehi daripada papan Arduino Uno menggunakan wayar penyambung seperti gambar di bawah. Wayar penyambung juga digunakan untuk menghubungkan litar dengan komponen seperti perintang, suis dan lain lain.

>> Jom kita mula membuat prototaip projek arduino <<

>> Projek arduino <<

Seperti yang disebutkan sebelum ini, papan Arduino Uno mempunyai berjuta juta tutorial projek yang dikongsi di sekitar laman sesawang. Berikut adalah beberapa contoh projek tersedia yang boleh didapati dan diteroki dari laman sesawang kami.

9 Sensor Gas Membentuk Sistem Pengesan Kebocoran Gas Arduino – dalam Tutorial Arduino

Arduino Mengawal 8 LCD Menggunakan 2 Pin – dalam Tutorial Arduino

Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan – dalam Ulasan Produk

Arduino Kit Line Follower Robot Penjejak Garisan – dalam Ulasan Produk

>> PANDUAN untuk memulakan pembelajaran papan arduino uno <<

Bagi yang masih tercari cari bagaimana untuk memulakan proses pembelajaran Arduino, kami menyediakan kit Arduino yang boleh membantu anda. KODING versi ringkas belajar mengeKod melalui kit elektronik merupakan set Arduino yang dilengkapi dengan modul dan CD pembelajaran dalam Bahasa Malaysia. Kit pembelajaran elektronik ini sesuai dipelajari oleh mereka yang baru ingin mengenali dunia arduino, elektronik dan koding. Anda akan dibekalkan dengan buku manual pembelajaran, cakera padat yang mengandungi fail fail koding, dan papan mikropengawal Arduino serta komponen komponen Elektronik.

Baca lebih lamjut tentang kit ini di Arduino Koding Kits (Versi Ringkas) – Belajar MengeKod Melalui Kit Elektronik.

>> Selamat meneroka dunia arduino <<

2 ULASAN ULASAN

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini