Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino
Tahap Kesukaran : Pertengahan, Mempunyai Asas Arduino

Belum mempunyai asas arduino? Jika Ya, lakukan tutorial yang lebih mudah dahulu

>> Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Modul GSM SIM900A

>> Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Sensor Suhu Dan Kelembapan DHT22 DHT11

Sistem di bawah ini tidaklah direka untuk kegunaan Sistem Pemantauan Dan Kawalan Suhu yang sebenar. Ianya direka untuk tujuan pembelajaran reka cipta elektronik. Walau bagaimanapun, konsep ini boleh diguna pakai dalam membina Sistem Pemantauan Dan Kawalan Suhu yang sebenar.

>> pengenalan <<

Untuk tutorial kali ini, kita akan membuat satu sistem yang boleh memantau suhu persekitaran, memberi amaran terus kepada kita jika suhu meningkat melebihi paras yang ditetapkan, dan mengawal suis elektronik yang boleh dihubungkan contohnya ke alat penyejuk bagi menyejukkan suhu persekitaran.

Menggunakan sistem ini, pengguna akan mendapat mesej amaran melalui sms apabila suhu persekitaran meningkat melebihi paras yang ditetapkan. Selepas menerima mesej amaran, pemilik sistem boleh mengambil keputusan samaada untuk menghidupkan suis elektronik atau tidak. Sebagai contoh, jika suis elektronik disambungkan ke alat penyejuk, pemilik boleh menghidupkan suis elektronik selepas menerima mesej amaran bagi menurunkan semula suhu persekitaran. Terdapat dua suis elektronik yang boleh dikawal melalui mesej sms, ini bermakna dua alat penyejuk boleh dihubungkan ke sistem ini dan dikawal melalui mesej sms. Mesej amaran akan dihantar setiap 8 minit selagi suhu persekitaran tidak diturunkan kepada paras yang telah ditetapkan di dalam kod. Ini bagi memberi amaran yang berterusan kepada pemilik sistem yang suhu persekitaran sudah melebihi paras yang ditetapkan.

>> Komponen Apa yang anda perlukan <<

Untuk tutorial ini, anda perlukan :

>> LITAR ARDUINO <<

Litar skematik fritzing : dht fritzing.fzz

Litar skematik word : Litar Skematik Word.docx

>> Kod Arduino <<

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

// Library
#include <SoftwareSerial.h>
#include <String.h>
#include "DHT.h"
#include <EEPROM.h>

// GSM
SoftwareSerial gsmSerial(2, 3); // RX, TX
char phoneNumber[100];
int stopper1 = 0;
int stopper2 = 0;

// RELAY
int RELAY1 = 12;
int RELAY2 = 13;

// DHT
#define DHTPIN 4
#define DHTTYPE DHT11 
DHT dht(DHTPIN, DHTTYPE);
float t;
float tAlarm = 35;
int alertSent = 0;
int firstSent = 0;

//EEPROM
int address = 0;

void setup()
{
  // Prepare relay
  pinMode(RELAY1, OUTPUT);
  digitalWrite(RELAY1, HIGH);
  pinMode(RELAY2, OUTPUT);
  digitalWrite(RELAY2, HIGH);  

  // Prepare GSM
  .
  .
  .
  .
}
 
void loop()
{

  static unsigned long timer = millis();
  static int deciSeconds = 0;
    
  // GSM Read and Sent SMS
  String temp;

  while (gsmSerial.available())
  {
    char c = gsmSerial.read();
    temp.concat(c);
    delay(10);
  }      

  .
  .
  .
  .
}

Library Arduino : DHT.zip, Cara Pemasangan Library DHT

Kod Penuh : dht.ino

>> Sedikit penerangan tentang Modul geganti <<

Geganti (Relay) adalah suis elektro-mekanikal yang boleh dikendalikan secara elektrik. Ini bermakna papan pengawal boleh mengawal geganti untuk dihidupkan atau dimatikan, membiarkan arus mengalir ataupun tidak. Mengendalikan geganti dengan papan Arduino Uno adalah semudah mengawal output diod pemancar cahaya. Modul geganti yang digunakan di dalam tutorial ini berfungsi menggunakan bekalan 5V serta paras voltan 5V dalam mengawal keadaan suis geganti. Output geganti boleh mengalirkan arus sehingga 10A pada paras voltan 250Vac. Output geganti biasanya dilabelkan dengan tiga label iaitu COM, NO dan NC.

  • COM adalah kaki common yang berhubung dengan NO atau NC, bergantung kepada keadaan input geganti.
  • NO (Normally Open) adalah pin yang biasanya terbuka. Jika input geganti tidak diaktifkan, pin NO tidak akan berhubung dengan pin COM. Jika input geganti diaktifkan, pin NO akan berhubung dengan pin COM.
  • NC (Normally Connect) adalah pin yang biasanya bersambung. Jika input geganti tidak diaktifkan, pin NC sememangnya akan berhubung dengan pin COM. Jika input geganti diaktifkan, pin NC tidak akan berhubung dengan pin COM.

Keadaan NO dan NC sering bertentangan. Jika NC berhubung dengan COM, NO tidak berhubung dengan COM. Jika NO berhubung dengan COM, NC tidah berhubung dengan COM. Sebagai contoh, jika anda ingin mengawal kipas, lebih baik digunakan pin COM dan pin NO yang biasanya tidak bersambung, kerana umumnya kipas hanya dibuka bila perlu sahaja.

>> memasukkan nombor telefon ke dalam arduino uno <<

>> Menggunakan sistem <<

Siapakan litar dan mula untuk memuat naik kod penuh Sistem Pemantauan Dan Kawalan Suhu Menggunakan DHT11 dan GSM SIM900A di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas berjaya memuat naik, putuskan sambungan papan Arduino Uno dengan komputer dan hubungkan kabel USB papan Arduino Uno kepada Bekalan kuasa luar 5V. Hal ini kerana modul gsm memerlukan bekalan kuasa yang tinggi. USB port yang terdapat pada komputer atau laptop hanya mampu membekalkan bekalan kuasa yang rendah jika dibandingkan dengan bekalan kuasa luar yang mampu membekalkan arus setinggi 2 Ampere.

Nota : Bekalan kuasa luar 5V yang digunakan mempunyai USB port yang boleh terus dihubungkan kepada USB port papan Arduino Uno. Kami jarang menggunakan bekalan kuasa luar 9V atau 12V kerana Voltage Regulator di atas papan Arduino Uno akan menjadi panas apabila dihidupkan dalam jangka masa yang lama. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, kami gemar menggunakan bekalan kuasa luar 5V yang langsung tidak menggunakan laluan Voltage Regulator di atas papan Arduino Uno dan secara terus mengelakkan Voltage Regulator tersebut menjadi panas.

>> Tahniah, anda hebat <<

Anda telah berjaya menyelesaikan tutorial Sistem Pemantauan Dan Kawalan Suhu Menggunakan DHT11 dan GSM SIM900A. Apa lagi yang ditunggu, menggunakan arahan yang terdapat pada Penggunaan Kali Pertama dan Cara Operasi, cuba bermain main dan lihat bagaimana sistem ini berfungsi. Jika anda ingin mengubah paras suhu bagi sistem menghantar mesej amaran yang mengatakan suhu sudah melebihi paras, anda boleh mencari kod di bawah di dalam kod penuh dan mengubah nilai 35 kepada nilai yang anda kehendaki.

float tAlarm = 35;

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini