Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Arduino

Kalau anda mengalami masalah untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno atau tertanya tanya sama ada papan Arduino Uno anda rosak atau tidak, anda boleh mengikut langkah langkah seperti yang tertulis di dalam blog kami ini. Kenal pasti dahulu jenis papan Arduino Uno yang anda gunakan dahulu. Jika anda menggunakan papan Arduino Uno seperti gambar di bawah, ikuti langkah di laman ini terlebih dahulu untuk memasang CH340G. Kemudian selepas selesai memasang CH340G, datang kembali ke laman ini.

Jika anda menggunakan papan Arduino Uno R3 seperti gambar di bawah, anda tidak perlu memasang CH340G terlebih dahulu. Ini kerana papan Arduino Uno R3 menggunakan cip Atmel yang tersendiri untuk melakukan handsake di antara komputer dengan papan Arduino Uno R3.

Sambungkan papan Arduino Uno anda dengan port USB komputer menggunakan kabel USB.

Buka perisian Arduino IDE di komputer anda dan klik pada Example Blink.

Selepas anda klik pada Example Blink, satu paparan Arduino IDE akan tebuka lagi. Di paparan  yang baru ini, pastikan anda memilih Board yang betul iaitu “Arduino/Genuino Uno”.

Selepas itu, pastikan anda memilih COM Port yang betul. Sebagai contoh, port di komputer saya adalah COM7 (Arduino/Genuino Uno). Nombor ‘7’ boleh jadi nombor lain bergantung pada komputer anda. Di komputer anda mungkin dipaparkan COMX (Arduino/Genuino Uno) atau COMX sahaja. ‘X’ merujuk kepada apa apa nombor bergantung kepada komputer pengguna.

Jika pada pemilihan Port terdapat dua atau lebih COM, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencabut semula kabel USB yang menghubungkan papan Arduino Uno anda. Perhatikan COM yang hilang, COM tersebut adalah COM papan Arduino Uno anda. Pasang semula kabel USB papan Arduino Uno, pilih Port yang mewakili papan Arduino Uno anda.

Kalau pemilihan “Port” tidak dapat dilakukan, anda boleh cuba troubleshoot dengan menukar port USB yang lain di komputer anda atau menukar kabel USB yang lain atau menukar papan Arduino Uno yang lain. Penukaran ini adalah untuk kita cuba mencari masalah atau komponen yang rosak.

Apabila papan Arduino IDE memaparkan Port yang mewakili papan Arduino Uno anda, ini bermakna papan Arduino Uno anda berada di dalam keadaan yang baik.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini