Oleh Nadiah dalam Tutorial Asas Elektronik
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Lukisan Skematik Power Supply 5V <<

Gambar 1 menunjukkan lukisan skematik power supply 5V.

>> Menyedia dan Mengenali Komponen <<

Gambar 2

Gambar 2 menunjukkan komponen komponen yang diambil berdasarkan lukisan skematik power supply 5V.

Ianya terdiri daripada :

  1. Papan projek (tiada dalam gambar 2)
  2. Klip Bateri 9V
  3. Diod 1N4001
  4. Voltage Regulator 7805
  5. Capacitor jenis ceramic 100 nFarad (atau lebih dikenali dengan 0.1 uFarad) x 2 unit
  6. Capacitor jenis electrolytic 10 uFarad 50V x 2 unit
  7. Perintang 220 ohm
  8. Diod pemancar cahaya Merah
  9. Wayar penyambung

>> Mari kenal komponen berkaki 2 yang tidak berpolariti <<

Gambar 3

Di dalam skematik, komponen berkaki 2 yang tidak berpolariti boleh dikenal pasti dengan melihat simbolnya dilukis sama pada kedua dua kaki seperti gambar 3. Komponen seperti ini, anda tidak perlu risau jika tersalah arah meletakkanya di atas papan projek.

Gambar 4(a) : Sebagai contoh, kita labelkan kaki perintang 220 ohm dengan label kaki 1 dan kaki 2

Untuk penyambungan di atas litar, perintang 220 ohm boleh dipasang secara gambar 4(b) ataupun gambar 4(c). Perintang 220 ohm tiada polariti.

>> Mari kenal komponen berkaki 2 yang berpolariti ‘+’ dan ‘-‘ <<

Gambar 6

Di dalam skematik, komponen berkaki 2 yang berpolariti boleh dikenal pasti dengan melihat simbolnya dilukis tidak sama pada kedua dua kaki seperti gambar 6. Komponen seperti ini, anda perlu mengambil kira polariti ‘+’ dan ‘-‘ sebelum meletak ia di atas papan projek. Jika tersalah polariti dan nasib anda tidak baik, anda mungkin berpeluang untuk melihat litar anda berasap.

>> Mari kenal Voltage Regulator, komponen berkaki 3 <<

Gambar 8

Voltage regulator 7805 mempunyai 3 kaki, gambar 8 menunjukkan hubung kait di antara simbol skematik dan komponen sebenar. Hebatnya voltage regulator ini adalah ia mampu menerima input voltage dari bateri 9V lalu menurunkan dan mengekalkan output voltage kepada 5V.

>> Power Supply 5V di Atas papan projek <<

Gambar 9

Gambar 9 menunjukkan papan projek bersaiz sederhana. Bagi papan projek jenis ini, bahagian atas terdapat 8 garis/sambungan dan bahagian bawah terdapat 8 garis/sambungan. Bagi yang ingin mempelajari lebih tentang papan projek, boleh melihat Cara Cara Menggunakan Papan Projek.

Gambar 10

Gambar 10 menunjukkan sambungan di bahagian atas dan bawah menjadi lebih panjang dan dikurangkan kepada dua. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan wayar penyambung di bahagian tengah seperti gambar 10.

Gambar 11 menunjukkan sambungan mula dilakukan pada input voltage dan output voltage. Berhati hati dengan “komponen berkaki 2 dan berpolariti”.

Gambar 12 menunjukkan penyambungan di antara perintang 220 ohm dan diod pemancar cahaya. Berhati hati dengan “komponen berkaki 2 dan berpolariti”.

Gambar 13 menunjukkan penyambungan ground/0V. Berhati hati dengan “komponen berkaki 2 dan berpolariti”.

Gambar 14 menunjukkan penyambungan bateri 9V (garisan hitam dan ungu), meletakkan diod (bulatan hijau) dan melabel kan Vin (garisan kuning), 5V (garisan biru) dan 0V (garisan hitam). Berhati hati dengan “komponen berkaki 2 dan berpolariti”.

Gambar 15, maka siaplah power supply 5V di atas papan projek. Anda sepatutnya boleh melihat diod pemancar cahaya merah menyala sekarang.

>> Kita Tambah Power Supply 3.3V ke Atas papan projek <<

Gambar 16 menunjukkan lukisan skematik tambahan untuk power supply 3.3V. Bulatan bewarna biru merupakan skematik litar 5V manakala bulatan bewarna kuning merupakan litar 3.3V

Gambar 17

Gambar 17 menunjukkan Voltage regulator 3.3V (model 1117 – 3.3V) dan juga hubung kait di antara simbol skematik dan komponen sebenar. Hebatnya voltage regulator ini adalah ia mampu menerima input voltage dari bateri 9V lalu menurunkan dan mengekalkan output voltage kepada 3.3V.

Ambil perhatian, susunan kaki voltage regulator 3.3V sedikit berlainan dengan kaki voltage regulator 5V. Di bawah adalah ringkasan perbandingan kaki voltage regulator 3.3V (1117 – 3.3V) dengan voltage regulator 5V (7805).

1117 – 3.3V 7805
Input voltage Kaki 3 Kaki 1
Ground Kaki 1 Kaki 2
Output Voltage Kaki 2 Kaki 3

 

Gamabr 18 menunjukkan hasil di atas papan projek untuk power supply 3.3V. Bulatan bewarna biru merupakan litar 5V manakala bulatan bewarna kuning merupakan litar 3.3V

>> Lampiran litar skematik <<

>> Lampiran litar papan projek <<

>> Selamat MENCUBA <<

Baca tutorial asas elektronik yang seterusnya Asas Cara Cara Menggunakan Papan Projek.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini