Oleh Nadiah dalam Tutorial Asas Elektronik
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Lubang Lubang di Atas Papan Projek <<

Ambil papan projek dan letak di hadapan anda. Cuba bandingkan kedua dua gambar di bawah. Gambar 1 menunjukkan papan projek manakala gambar 2 menunjukkan sambungan di atas papan projek.

Garisan dalam gambar 2 menunjukkan sambungan di atas papan projek. Ini bermaksud, titik titik yang berada dalam satu garisan yang sama adalah berhubung antara satu sama lain.

Sebagai contoh, kita ambil satu garisan di atas papan projek. Semua titik dalam gambar 3 yang bewarna kuning dan merah adalah berhubung antara satu sama lain.

Kita ambil satu lagi garisan di atas papan projek. Semua titik dalam gambar 4 yang bewarna kuning dan merah adalah berhubung antara satu sama lain.

>> Dari Skematik ke Komponen ke papan projek <<

Anda mempunyai lukisan skematik seperti gambar 5(a) dan ingin memasang komponen tersebut ke atas papan projek seperti gambar 5(b). Langkah pertama adalah dapatkan komponen komponen yang ada di dalam lukisan skematik tersebut.

Gambar 6 menunjukkan komponen komponen yang terdapat dalam skematik iaitu bateri 3V, perintang 220 ohm, diod pemancar cahaya merah dan wayar penyambung berlainan warna.

Langkah kedua adalah meletakkan komponen ke atas papan projek. Sebagai contoh komponen perintang 220 ohm yang mempunya 2 kaki, kedua dua kaki tersebut tidak boleh diletakkan pada titik yang mempunyai sambungan yang sama. Kedua dua kaki mestilah diletakkan pada dua titik yang tidak mempunyai sambungan yang sama.

Selepas meletakkan perintang 220 ohm ke atas papan projek, kita boleh pula meletakkan diod pemancar cahaya merah dan bateri 3V. Pastikan kedua dua kaki komponen yang sama tidak berhubung antara satu sama lain.

Gambar 7(a) menunjukkan contoh komponen yang telah disusun ke atas papan projek. Sekali lagi, Pastikan kedua dua kaki komponen yang sama tidak berhubung antara satu sama lain.

Gambar 7(b)

Gambar 7(b) menunjukkan kedua dua wayar bateri 3V tidak berhubung.

Gambar 7(c)

Gambar 7(c) menunjukkan kedua dua kaki perintang 220 ohm tidak berhubung.

Gambar 7(d)

Gambar 7(d) menunjukkan kedua dua kaki LED merah tidak berhubung.

Gambar 7(e)

Gambar 7(e) menunjukkan kesemua kaki komponen tidak berhubung.

Gambar 8

Gambar 8 menunjukkan senarai semak untuk menyemak semua komponen telah diletakkan di atas papan projek.

Langkah ketiga adalah melakukan sambungan di antara komponen komponen di atas papan projek.

Gambar 9(a)

Gambar 9(a) menunjukkan wayar penyambung digunakan untuk menghubungkan wayar merah bateri 3V ke kaki perintang 220ohm.

Gambar 9(b)

Gambar 9(b) menunjukkan wayar penyambung digunakan untuk menghubungkan kaki perintang 220ohm ke kaki diod pemancar cahaya merah.

Gambar 9(c)

Gambar 9(c) menunjukkan wayar penyambung digunakan untuk menghubungkan kaki diod pemancar cahaya merah ke wayar hitam bateri 3V.

Gambar 10

Gambar 10 menunjukkan senarai semak untuk menyemak semua wayar penyambung yang telah dihubungkan di atas papan projek.

>> Mari Lihat diod pemancar cahaya Merah Menyala <<

Gambar 11 : Jika sambungan litar anda betul, diod pemancar cahaya merah akan menyala.

Gambar 12 : Jika diod pemancar cahaya merah tidak menyala, pusing diod pemancar cahaya anda untuk menukar polariti nya.

Gambar 13 : Selepas menukar polariti, diod pemancar cahaya merah akan menyala.

>> Selamat mencuba <<

Baca tutorial asas elektronik yang seterusnya Asas Cara Cara Membuat Power Supply Versi Papan Projek.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini