Bagi yang sering menggunakan bateri LiPo, akan ada satu masa di mana bateri LiPo yang digunakan tidak boleh dicas semula oleh pengecas LiPo. Setiap kali anda ingin memulakan pengecasan, pengecas LiPo akan mengeluarkan… – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Asas Elektronik

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> AMARAN <<

1) Risiko melakukan HACK (proses pengecasan) ini adalah terletak di atas anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi letupan atau kebakaran ke atas bateri LiPo anda.

2) Jangan tinggalkan bateri LiPo tersebut bersendirian semasa anda sedang melakukan proses pengecasan bateri LiPo yang flat tersebut. Anda juga dinasihatkan supaya kerap memeriksa bateri LiPo tersebut bagi memastikan bateri tidak kembung semasa proses pengecasan. Jangan sekali-kali meninggalkan bateri LiPo bersendirian semasa proses ini berjalan.

>> Sinopsis <<

1) Letakkan pengecas dan bateri LiPo di kawasan yang selamat untuk dicas.

2) Sambungkan wayar utama bateri LiPo anda ke pengecas anda. Tinggalkan wayar balance tidak bersambung.

3) Jika anda mempunyai Safety Bag LiPo, letakkan bateri LiPo anda ke dalam Safety Bag tersebut.

4) Tetapkan pengecas anda ke dalam mod NiMH.

5) Cas LiPo dalam mod NiMH dengan tetapan arus yang paling rendah sehingga bateri LiPo anda mencapai tahap 3V minimum bagi setiap sel.

6) Hentikan proses pengecasan dalam mod NiMH bateri LiPo anda setelah mencapai tahap 3V minimum bagi setiap sel.

7) Tetapkan pengecas anda ke dalam mod LiPo. Sambungkan wayar balance bateri LiPo anda dan cas bateri LiPo seperti biasa.

>> Pengenalan <<

Bagi yang sering menggunakan bateri LiPo, akan ada satu masa di mana bateri LiPo yang digunakan tidak boleh dicas semula oleh pengecas LiPo. Setiap kali anda ingin memulakan pengecasan, pengecas LiPo akan mengeluarkan error dan tidak membenarkan pengecasan dilakukan.

Antara penyebab yang popular kepada masalah di atas adalah anda telah menggunakan bateri LiPo anda sehingga ianya flat kehabisan bateri. Bateri LiPo yang betul betul flat secara amnya tidak lagi selamat untuk dicas menggunakan mod pengecasan LiPo sedia ada, kemungkinan bateri boleh meletup atau terbakar.

Mari kita belajari serba sedikit tentang aras voltan bateri LiPo.

  • Aras biasa voltan bateri LiPo adalah pada paras 3.7V bagi setiap sel.
  • Jika dicas dengan penuh, kebiasaannya paras voltan akan pergi sehingga 4.2V bagi setiap sel.
  • Apabila digunakan sehingga paras voltan salah satu sel jatuh di bawah 3V, bateri LiPo tersebut sudah tidak lagi boleh dicas seperti biasa lagi menggunakan mod LiPo.

Kebiasaanya, pengguna akan menggunakan bateri LiPo 2 sel atau 3 sel bergantung kepada bateri LiPo yang dibeli pengguna. Bateri LiPo 2 sel akan dilabel 7.4V di atas baterinya manakala bateri LiPo 3 sel akan dilabel 11.1V di atas baterinya.

>> mari kita mulakan proses pengecasan <<

AMARAN : Risiko melakukan HACK (proses pengecasan) ini adalah terletak di atas anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi letupan atau kebakaran ke atas bateri LiPo anda.

Di dalam HACK untuk mengecas bateri LiPo flat ini, saya akan mengecas bateri LiPo 3 sel yang mempunyai voltan yang berlabel 11.1V di atas baterinya. Setelah digunakan sehabis mungkin, voltan bateri LiPo 3 sel saya ini jatuh di bawah paras 9V. Sekarang, bateri 3 sel berlabel 11.1V ini tidak lagi dapat dicaj menggunakan mod LiPo.

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan bateri LiPo kita yang mahal tetapi telah pun flat dan tak dapat dicaj semula. Pertama adalah cabut wayar balance daripada pengejas dan tinggalkan hanyar wayar utama bateri LiPo berhubung dengan pengejas.

Pilih mod pengecasan NiMH dan pastikan anda menetapkan arus pada tetapan yang paling rendah. Untuk pengejas yang saya gunakan, arus paling rendah yang boleh ditetapkan pada mod NiMH adalah 0.1A. Setelah selesai pemilihan mod NiMH dan penetapan arus yang paling rendah, kita boleh mulakan proses pengecasan.

Semasa proses pengecasan mula dilakukan, voltan menunjukkan 4.38V. Voltannya sangat rendah yang mana kita ketahui seperti keterangan sebelum ini, bateri LiPo 3 sel haruslah mempunyai voltan 9V ke atas bagi membolehkan ianya dicas menggunakan mod LiPo.

Jadi apa yang sedang kita lakukan sekarang ialah mengecas bateri LiPo yang flat ini dengan arus yang sangat rendah iaitu 0.1A sehingga voltannya menghampiri 10V. Ini bagi membolehkan kita mendapatkan voltan bagi setiap sel berada di atas 3V setiap satu.

Indikator jumlah nilai voltan semasa keseluruhan sel bateri 3 sel 11.1V yang sedang dicas boleh dilihat seperti gambar di atas. Apabila nilai voltan setiap sel sudah melebihi 3V atau nilai voltan semasa keseluruhan yang dipaparkan sudah menghampiri 10V, maka kita boleh menukar ke mod pengecasan LiPo.

Setelah nilai voltan setiap sel melebihi 3V dan kita sudah boleh mula mengecas bateri LiPo menggunakan mod LiPo, langkah berjaga jaga tetap perlu diambil dengan hanya mengecas bateri LiPo kita dengan arus yang rendah iaitu pada kadar 1C sesuatu bateri tersebut atau pada kadar yang lebih rendah.

Jangan menetapkan arus lebih tinggi daripada nilai 1C bateri tersebut kerana takut takut terdapat kerosakkan pada sel dalaman bateri tersebut yang akan menyebabkan bateri tersebut meletup atau terbakar.

Pasangakan semula wayar balance bateri LiPo anda, buat tetapan yang sepatutnya dan anda boleh mulakan pengecasan dalam mod LiPo semula.

AMARAN : Jangan tinggalkan bateri LiPo tersebut bersendirian semasa anda sedang melakukan proses pengecasan bateri LiPo yang flat tersebut. Anda juga dinasihatkan supaya kerap memeriksa bateri LiPo tersebut bagi memastikan bateri tidak kembung semasa proses pengecasan. Jangan sekali-kali meninggalkan bateri LiPo bersendirian semasa proses ini berjalan.

>> semoga semuanya selamat <<

Kunjungi sekarang kedai Elektronik Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini