Turbidity sensor akan mengesan kekeruhan dan kejernihan di dalam air. Apabila sensor mengesan air itu jernih, keadaan relay akan menjadi HIGH. Manakala, apabila sensor  mengesan air itu keruh, keadaan relay akan menjadi LOW. – Pengenalan –

Oleh Muhamad Zarif dalam Tutorial Asas Elektronik
Tahap Kesukaran: Baru Mula Belajar

PERHATIAN : Versi Arduino IDE yang digunakan untuk penulisan tutorial ini adalah Arduino IDE Versi 1.8.4. Kami tidak menjamin penulisan tutorial ini berfungsi pada versi Arduino IDE yang lain.

>> Muat turun Arduino IDE Versi 1.8.4 di sini <<

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> PENGENALAN <<

Ketahui cara membuat projek pengesan kekeruhan air menggunakanTurbidity Sensor” bersama “Relay” tanpa menggunakan Mikropengawal.

Adakah anda seperti saya yang mempunyai sifat ingin tahu untuk menggunakan komponen elektronik tanpa menggunakan mikropengawal. Inginkan cara yang lebih mudah untuk menghasilkan projek tanpa perlu menulis koding. Ya, di sini saya akan tunjukkan caranya.

>> KOMPONEN APA YANG ANDA PERLUKAN <<

Ianya terdiri daripada :

Dalam projek ini “Turbidity sensor” akan mengesan kekeruhan dan kejernihan di dalam air. Apabila “sensor” mengesan air itu jernih keadaan “relay” akan menjadi “HIGH”. Manakala, apabila “sensor”  mengesan air itu keruh keadaan “relay” akan menjadi “LOW”.

Anda boleh melaras “trimmer” yang berada di modul “Turbidity Sensor” supaya bacaan “sensor” menjadi tepat (supaya sensor dapat membezakan air keruh dan air jernih). 

Lampu merah pada “relay” menyala bermakna “relay” dalam keadaan “HIGH” jadi airnya jernih.

Lampu merah pada “relay” tidak menyala bermakna “relay” dalam keadaan “LOW” jadi airnya keruh.

Di sini kami akan membiarkan kaki “Output” “relay” tidak di sambungkan dengan apa-apa komponen. Anda boleh mengunakan apa-apa komponen untuk di sambungkan pada “Output”  “relay” yang bersesuaian degan projek anda.

“Turbidity Sensor” menguna 5v untuk menghidupkannya. Gunakan LM7805 “Voltage Regulator” untuk mengurangkan voltan dari adapter 9v menjadi 5v untuk menghidupkan “Turbidity Sensor” dan “relay”.

Sambungkan kaki “Digital” dari modul “Turbidity Sensor” ke kaki “Input” “relay” untuk menghantar isyarat dari “Sensor” ke “relay”. Jika hendak membaca bacaan voltan pada kaki “Analog” menggunakan “Multimeter”.Laraskan “Multimeter” pada DC voltan . Sambungkan kaki “Analog” pada modul “Turbidity Sensor” pada kaki positif “Multimeter” dan kaki negatif “Multimeter” pada “ground”. Semakin keruh air, semakin berkurang voltan yang terhasil dari kaki “Analog”.

Bacaan Analog pada “Multimeter” ketika air jenih yang kami dapat adalah 3.84V.

Bacaan Analog pada “Multimeter” ketika air keruh yang kami dapat adalah 1.115V.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Anda telah berjaya menyelesaikan Projek pengesan kekeruhan air menggunakan “Turbidiry Sensor” bersama “Relay” tanpa menggunakan Mikropengawal.

>> SELAMAT MENCUBA <<

Kunjungi sekarang kedai Elektronik Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini