Oscilloscope adalah alat yang sangat penting dalam industri elektronik. Siapa yang bergelar jurutera elektronik semestinya perlu mempunyai asas di dalam mengendalikan oscilloscope. Apa yang oscilloscope ini boleh lakukan? – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Tutorial Asas Elektronik

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Pengenalan <<

Oscilloscope adalah alat yang sangat penting dalam industri elektronik. Siapa yang bergelar jurutera elektronik semestinya perlu mempunyai asas di dalam mengendalikan oscilloscope.

Apa yang oscilloscope boleh lakukan? Secara amnya, mesin ini membolehkan anda untuk melihat isyarat elektrik yang berubah rubah di atas satu garis masa. Fungsi ini amat penting bagi membolehkan para jurutera elektronik mendiagnosis dengan lebih mendalam masalah masaalah yang dialami sebagai contoh kerosakkan di atas papan litar elektronik.

>> Asas tentang oscilloscope <<

Tujuan utama oscilloscope adalah untuk memaparkan graf isyarat elektrik yang berubah mengikut masa. Oscilloscope menghasilkan graf dua dimensi yang mana paksi Y nya adalah voltan dan paksi X nya adalah masa.

>> Bahagian bahagian asas oscilloscope yang selalu digunakan <<

Boleh dikatakan kebanyakkan oscilloscope mempunyai susunan reka bentuk yang sedikit berlainan di antara satu sama lain. Namun begitu, kebanyakkan oscilloscope berkongsi beberapa persamaan atau ciri asas yang sama. Antara ciri ciri asas yang terdapat pada oscilloscope adalah paparan, vertical scale, horizontal scale, trigger, dan input signal atau probe.

Gambar : Paparan Oscilloscope

Fungsi oscilloscope adalah untuk memaparkan maklumat yang ingin diuji untuk tujuan diagnosis, ini menjadikan paparan oscilloscope sebagai salah satu bahagian yang paling penting untuk oscilloscope.

Gambar : Vertical dan Horizontal Scale

Vertical scale mengawal skala voltan pada paparan oscilloscope manakala horizontal scale mengawal skala masa pada paparan oscilloscope.

Gambar : Fungsi Trigger ditunjukkan pada paparan oscilloscope

Fungsi trigger dikhaskan untuk menstabilkan dan menfokuskan isyarat yang memasuki oscilloscope. Penetapan fungsi trigger yang betul amat penting kerana ia akan memberitahu oscilloscope bila perlu untuk mula mengukur isyarat yang masuk.

Gambar : Probe pasif yang selalu disertakan bersama sama pembelian oscilloscope.

Oscilloscope hanya boleh memaparkan bacaan apabila ianya dihubungkan kepada isyarat elektrik. Tugas menerima input isyarat untuk disalurkan kepada oscilloscope dilakukan oleh probe.

Terdapat pelbagai jenis probe yang dijual di pasaran. Walaubagaimanapun, probe yang paling asas adalah probe pasif yang selalu disertakan bersama sama pembelian oscilloscope.

>> Sambungkan probe ke oscilloscope <<

Sambungkan probe ke Channel 1 di oscilloscope anda dan seterusnya hidupkan oscilloscope. Jangan risau jika oscilloscope yang anda hidupkan memerlukan sedikit masa untuk dihidupkan, ianya adalah normal (tapi jika terlalu lama, ianya tidak normal).

>> Pengujian probe <<

Mari sambungkan probe ke isyarat elektrik yang boleh diukur, supaya kita boleh nampak sesuatu di paparan oscilloscope. Kebanyakkan oscilloscope direka untuk mempunyai signal generator yang tersendiri yang selalu digunakan untuk tujuan pengujian asas oscilloscope itu sendiri. Selalunya signal generator ini terdapat di bahagian bawah sebelah kanan di panel hadapan.

Probe yang bertindak sebagai penerima input signal akan menerima isyarat daripada isyarat output yang dihasilkan oleh signal generator ini. Sambungan signal generator ini biasanya mempunyai dua konduktor besi yang boleh dicangkuk dan disusun secara atas dan bawah. Yang di atas biasanya adalah sambungan isyarat square wave dan yang di bawah biasanya adalah sambungan ground.

Sebaik sahaja anda menyambungkan probe anda ke output signal generator, anda akan melihat isyarat mula terpapar di skrin oscilloscope anda. Cuba mainkan tombol vertical scale, horizontal scale dan tombol trigger serta perhatikan perubahan pada paparan oscilloscope anda.

Jika sesuatu yang tidak terkawal terjadi ketika anda bermain main dengan tombol atau butang di panel hadapan dan anda tidak tahu bagaimana untuk membetulkannya, cari butang yang tertera perkataan AUTO dan tekannya. Kebiasaannya, paparan oscilloscope akan kembali kepada normal.

>> selamat menggunakan oscilloscope <<

Kunjungi sekarang kedai Elektronik Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini