Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Raspberry Pi
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> PENGENALAN <<

Seperti kita semua tahu, Raspberry Pi merupakan sebuah komputer yang kecil dan bersaiz kad kredit (Raspberry Pi Zero). Apabila kita bercerita perihal komputer, sudah tentu kita jangkakan paparan daripada komputer tersebut. Begitu juga Raspberry Pi, ia juga berupaya untuk memaparkan paparan daripada papan tersebut. Namun, untuk menggunakan Raspberry Pi di dalam projek elektronik, kita tidak memerlukan paparan untuk kesemua jenis projek. Untuk menghasilkan projek yang kompak, penggunaan paparan tidak diperlukan untuk sesetengah projek. Namun kita masih perlukan akses kepada Raspberry tersebut. Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk akses Raspberry pi tersebut tanpa memerlukan mouse, keyboard dan monitor di pasang kepada Raspberry Pi. Salah satunya ialah melalui SSH.

>> Apa itu SSH ? <<

Secure Shell atau nama singkatan SSH ini menggunakan public-key cryptography untuk membenarkan mengawal komputer secara remote dan membenarkan untuk mengawal komputer tersebut. Fungsi ini yang kita perlukan untuk mengawal Raspberry Pi secara remote tanpa memerlukan paparan daripadanya. Dengan erti kata lain, setelah anda berjaya menetapkan SSH, anda boleh mengawal komputer Raspberry Pi dari komputer anda dan melihat apa yang terjadi di komputer Raspberry Pi melalui paparan komputer anda. Macam Hacker !!!

>> Bagaimana hendak mengawal Raspberry Pi melalui SSH ? <<

Jika anda telah memilih untuk mengawal Raspberry Pi secara remote melalui SSH, jangan risau kerana cara caranya sangat mudah. Pertama, anda perlu menyambungkan mana mana paparan seperti skrin TV yang mempunyai port HDMI ke papan Raspberry Pi anda. Sekali ini sahaja kita perlukan skrin untuk proses menetapakn SSH.

Kemudian Pergi ke paparan Dekstop Raspbian di Raspberry Pi, buka LXTerminal dan taip “sudo raspi-config“.

Pilih “Interfacing Option” dan tekan Enter.

Selepas itu, pilih pilihan “SSH” dan tekan enter. Tekan “OK” untuk aktifkan tetapan SSH untuk Raspberry Pi anda.

Kini tetapan SSH telah diaktifkan. Untuk keluar dari paparan raspi-config, hanya tekan “TAB” dan pergi ke “FINISH“. Seterunya, anda perlu mengetahui IP Address Raspberry Pi anda untuk mengakses ia. Untuk berbuat demikian, hanya tulis “ifconfig” di terminal.

Dibawah column wlan0, anda akan dapati satu IP Address disebelah perkataan inet. Itu ialah IP Address untuk Raspberry Pi anda. Simpan atau copy IP Address tersebut untuk mengakses Raspberry Pi anda sebentar lagi.

IP Address saya sekarang adalah : 192.168.1.93

>> Bagaimana untuk menetapkan IP Address yang statik <<

IP Address papan Raspberry Pi akan bertukar setiap kali papan Raspberry Pi dihidupkan semula atau sambungan WiFi diputus dan disambung semula. Oleh itu, IP Address yang telah disalin sebentar tadi mungkin tidak lagi relevan di masa hadapan. Jadi adalah lebih baik jika kita menetapkan IP Address supaya ianya statik.

Menggunakan tetikus, klik kanan pada ikon WiFi dalam bar status dan pilih pilihan pertama “Wireless & Wired Network Settings“.

Pilih wlan0 dan tulis IP Address yang anda salin tadi untuk distatik kan di bahagian “IPv4 Address” dan IP router (biasanya sama dengan IP Address cumanya berakhir dengan 1.1, lihat gambar di atas sebagai contoh) anda di bahagian “Router“. Di bahagian “DNS Servers“, tulis alamat 8.8.8.8 (google dns servers). Klik Apply dan klik Close. IP Address anda kini sudah berjaya distatik kan.

Seterusnya, anda perlu reboot raspberry pi anda untuk tetapan SSH berfungsi sepenuhnya.

>> Tetapan Pada Komputer Anda <<

Kini Raspberry Pi anda boleh beroperasi menggunakan SSH. Bagaimana untuk akses Raspberry Pi tersebut? Di komputer anda, untuk pengguna Linux, anda hanya perlu membuka terminal dan type “ssh [email protected] address raspberry pi“. Untuk pengguna Windows, anda perlukan aplikasi parti ketiga untuk mengakses Raspberry Pi secara remote atau ssh. Software yang sangat popular ialah Putty.

Putty ialah software yang membenarkan anda mengakses mana mana device yang boleh di akses secara SSH ataupun Serial. Putty juga salah satu software yang percuma yang anda boleh muat turun di laman web mereka. Setelah install software tersebut, pilih setting ssh, dan letakkan IP Adress anda di ruangan Host Name.

Tekan Open untuk mengakses Raspberry Pi anda. Jika ia meminta username atau “login as:” di paparan utama, taip “pi” kerana pi merupakan default username untuk mana mana Raspberry Pi. Jika anda pernah mengubah username Raspberry Pi tersebut, sila letakkan username baru tersebut. Setelah itu, ia akan meminta password untuk Raspberry Pi tersebut. Untuk password default setiap Raspberry Pi ialah “raspberry“. Jika anda pernah mengubah password Raspberry Pi anda, sila letakkan password yang baru tersebut.

Tahniah! Kini anda telah mengawal Raspberry Pi anda melalui SSH. Anda boleh mengawalnya menggunakan basic command Linux/Debian.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda sudah boleh mengawal komputer Raspberry Pi dari komputer anda dan melihat apa yang terjadi di komputer Raspberry Pi melalui paparan komputer anda. Macam Hacker !!! Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di Raspberry Pi Bagaimana Mengawal LED Melalui Telegram.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini