Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Raspberry Pi
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Sebelum ini, saya telah tunjukkan bagaimana untuk mengawal Raspberry Pi melalui SSH. Kini, saya akan menunjukkan bagaimana untuk mengawal Raspberry Pi melalui VNC.

>> Apa itu vnc ? <<

Virtual Network Computing atau VNC adalah satu aplikasi dimana ianya membenarkan pengguna untuk mengakses sistem komputer dan mengawal komputer yang lain secara remote. Ia juga membenarkan seseorang itu mengawal komputer seseorang yang lain seperti melihat grafik ataupun paparan, menggunakan mouse dan keyboard komputer tersebut secara remote.

>> Mengapa memilih VNC ? <<

Dengan menggunakan VNC, anda boleh melihat secara langsung apa yang terjadi pada output paparan papan Raspberry Pi di kaca komputer anda. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang membuat projek yang berkaitan dengan kamera ataupun memerlukan paparan Raspberry Pi dalam projek mereka tetapi tidak ingin meletakkan apa apa paparan pada papan Raspberry Pi nya.

Dalam tutorial kali ini, anda memerlukan papan Raspberry Pi dan komputer anda yang berada dalam satu sambungan WiFi yang sama. Jom kita mulakan ….

>> Tetapan Pada Papan Raspberry Pi <<

Untuk langkah pertama, anda perlu enable kan tetapan VNC pada Raspberry Pi anda. Untuk langkah ini, anda perlu menyambungkan mana mana paparan seperti skrin TV yang mempunyai port HDMI ke papan Raspberry Pi anda. Sekali ini sahaja kita perlukan skrin untuk proses menetapakn VNC. Di skrin utama, cari Raspberry Pi configuration.

Untuk enable kan VNC, hanya pergi pada

Raspberry Pi configuration -> interface

dan pilih enable pada tetapan VNC.

Untuk mengakses Raspberry Pi, anda juga perlukan IP Address Raspberry Pi ini, sama seperti yang anda gunakan ketika meng akses Raspberry Pi melalui SSH. Buka LXTerminal

dan taip ifconfig. Ia akan memaparkan IP Adress anda pada sebelah perkataan inet dalam maklumat wlan0.

Simpan nombor IP Address itu untuk digunakan bagi mengakses Raspberry Pi kelak.

IP Address saya sekarang adalah : 192.168.1.93

>> Bagaimana untuk menetapkan IP Address yang statik <<

IP Address papan Raspberry Pi akan bertukar setiap kali papan Raspberry Pi dihidupkan semula atau sambungan WiFi diputus dan disambung semula. Oleh itu, IP Address yang telah disalin sebentar tadi mungkin tidak lagi relevan di masa hadapan. Jadi adalah lebih baik jika kita menetapkan IP Address supaya ianya statik.

Menggunakan tetikus, klik kanan pada ikon WiFi dalam bar status dan pilih pilihan pertama “Wireless & Wired Network Settings“.

Pilih wlan0 dan tulis IP Address yang anda salin tadi untuk distatik kan di bahagian “IPv4 Address” dan IP router (biasanya sama dengan IP Address cumanya berakhir dengan 1.1, lihat gambar di atas sebagai contoh) anda di bahagian “Router“. Di bahagian “DNS Servers“, tulis alamat 8.8.8.8 (google dns servers). Klik Apply dan klik Close. IP Address anda kini sudah berjaya distatik kan.

>> Tetapan Pada Komputer Anda <<

Pada bahagian laptop atau komputer anda pula, anda perlu install software RealVNC Viewer. Anda boleh dapatkan software itu secara percuma di laman sesawang realvnc.

Apabila selesai install software tersebut, ia akan meminta anda untuk mengisi IP Address yang hendak di akses secara VNC. Di sini anda boleh letakkan IP Address yang anda dapatkan dan simpan sebentar tadi daripada Raspberry Pi. Tekan ENTER pada keyboard laptop anda selepas selesai menulis IP Address.

Selepas itu, ia akan meminta anda untuk meletakkan user dan password untuk Raspberry Pi anda. Secara default, user untuk Raspberry Pi ialah “pi” dan passwordnya ialah “raspberry”. Jika anda pernah menukar username ataupun password sebelum ini, sila letakkan username ataupun password yang baru itu kedalam software tersebut (password saya kelihatan panjang kerana saya sudah menukarnya sebelum ini).

Tekan OK dan kini anda boleh mengakses Raspberry Pi anda secara remote dan mempunyai GUI.

Tahniah! Kini anda telah mengawal Raspberry Pi anda melalui VNC.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda sudah boleh mengawal komputer Raspberry Pi dari komputer anda dan melihat apa yang terjadi di komputer Raspberry Pi melalui GUI (Graphical User Interface). Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di Mengawal Komputer Raspberry Pi Melalui SSH.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini