Papan Raspberry Pi adalah antara papan elektronik yang sangat terkenal pada abad ini di samping papan Arduino. Walaubagai manapun, ianya tidak boleh beroperasi atau melakukan apa apa kerja tanpa sistem operasi. – Pengenalan –

Oleh Faizal dalam Tutorial Raspberry Pi

Tidak mengenali papan Raspberry pi, baca artikel sebelumnya di Komputer Mini Papan Elektronik Raspberry Pi Yang Kian Diminati.

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

# Pembacaan di bawah sesuai digunakan bersama sama papan Raspberry Pi 3, Raspberry Pi Zero, Raspberry Pi 4 dan mana mana papan Raspberry Pi yang bersesuaian.

>> Dapatkan Raspberry Pi 3 Model B di sini <<

New Out Of Box Software (NOOBS) adalah pengurus pemasangan sistem operasi yang dibuat bagi memudahkan pemasangan sistem operasi pada papan Raspberry Pi.

>> NOOBS <<

Papan Raspberry Pi adalah antara papan elektronik yang sangat terkenal pada abad ini di samping papan Arduino. Walaubagai manapun, ianya tidak boleh beroperasi atau melakukan apa apa kerja tanpa sistem operasi. Seperti Laptop kita, ianya tidak dapat berbuat apa apa jika kita tidak memasang sistem operasi seperti Windows.

Berbalik kepada proses pemasangan sistem operasi, jika anda menggunakan NOOBS, proses pemasangan sistem operasi pada papan Raspberry Pi anda akan menjadi teramat mudah. NOOBS membolehkan anda memilih sistem operasi pilihan anda dan membolehkan pemasangan secara automatik.

>> Bagaimana untuk mendapatkan NOOBS ??? <<

Cara pertama, membeli kad mikro SD yang sudah dimasukkan NOOBS ke dalamnya. Ini adalah cara yang paling mudah. Jika anda menggunakan cara pertama ini, anda tidak perlu melakukan cara kedua di mana ianya akan memerlukan banyak masa anda.

Anda beli sahaja kad mikro SD yang sudah dimasukkan NOOBS ke dalamnya dan anda terus boleh membuka sistem operasi Rasbian di papan raspberry anda. Tidak lagi perlu pening pening kan kepala anda. Mudah.

Cara kedua adalah dengan memuat turun NOOBS dari laman sesawang Raspberry Pi. Buka pautan laman sesawang Raspberry Pi dan klik pautan NOOBS dan muat turun fail ZIP NOOBS. Saiz fail nya besar dan mengambil masa yang lama untuk dimuat turun (bergantung kepada kelajuan internet anda). Sempat lagi untuk anda pergi membeli kacang rebus dan nikmatinya sambil menonton movie sementara menunggu fail siap dimuat turun.

# Secara peribadinya, kami lebih suka dengan proses memuat turun fail torrent NOOBS. Proses memuat turun fail nya lebih meyakinkan, mudah dan cepat. Kami juga menggalakkan anda untuk memuat turun fail torrent jika anda tahu bagaimana untuk mengendalikan fail torrent.

Untuk tutorial pemasangan NOOBS ke dalam kad SD menggunakan cara kedua ini, selain papan Raspberry Pi, anda perlukan:

  • Komputer dengan slot kad SD
  • Kad mikro SD sekurang-kurangnya bersaiz 16GB dan ke atas (saiz 8GB tidak digalakkan kerana dirasakan kami terlalu kecil)

Seterusnya adalah proses untuk mem format kad mikro SD. Masukkan kad mikro SD ke dalam slot pembaca kad mikro SD pada komputer. Kita akan formatkan kad mikro SD kita kepada jenis FAT. Bagi pengguna Windows, gunakan perisian format kad SD. Muat turun dan buka perisian tersebut dan teruskan dengan mem format kad mikro SD anda, ianya akan di format kepada jenis FAT.

# Klik sini untuk pautan alternatif memuat turun perisian format kad SD versi gambar di bawah.

Kemudian, anda perlu meng ekstrak fail zip NOOBS yang anda muat turun dari laman sesawang Raspberry Pi sebentar tadi. Pergi ke folder Downloads dan cari fail zip yang anda muat turun serta ekstrak fail tersebut. Masuk ke dalam folder yang telah diekstrak tersebut, pilih kesemua fail dari folder NOOBS dan salin atau seretnya ke kad mikro SD anda. Selepas semuanya selesai, keluarkan kad mikro SD tersebut dari komputer anda.

>> Versi video Proses Pemasangan NOOBS ke kad SD <<

>> Proses Boot melalui NOOBS <<

Setelah anda mendapatkan kad mikro SD yang mempunyai NOOBS menggunakan cara Pertama atau Kedua, teruskan dengan memasukkan kad mikro SD tersebut ke dalam papan Raspberry Pi anda. Pasang kabel HDMI dari Paparan LCD ke papan Raspberry Pi anda, mouse serta keyboard, dan bekalan kuasa luar 5V yang sekurang kurang nya mampu menampung arus 2A. Hidupkan bekalan kuasa tersebut bagi menghidupkan papan Raspberry Pi anda. Selepas bekalan kuasa dihidupkan, anda akan melihat dua pilihan sistem operasi terpapar di paparan LCD anda.

Klik pada Raspbian untuk menandakannya, klik ikon yang bertulis install dan seterusnya ikuti arahan pemasangannya. Proses pemasangan akan mengambil sedikit masa yang agak lama, sempat lagi untuk anda pergi membeli goreng pisang dan nikmatinya sambil menonton movie. Apabila Raspbian telah siap dipasang, klik OK dan papan Raspberry Pi anda akan dimulakan semula. Akhirnya, proses pemasangan sistem operasi pun selesai.

>> Saksikan sistem operasi anda <<

Teruskan pembacaan di Raspberry Pi Bagaimana Untuk Menetapkan Resolusi Paparan Skrin.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini