Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Raspberry Pi
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Teknologi IoT ( Internet of Things ) kini semakin popular di kalangan innovator dan industry. Pelbagai platform telah diperkenalkan bagi menyokong teknologi ini untuk giat berkembang pesat. Telegram Bot merupakan salah satu platform yang boleh digunakan untuk aplikasi IoT pada zaman sekarang. Pengguna boleh berinteraksi dengan Telegram Bot sama ada memberi command atau menerima mesej daripada Bot tersebut. Menerima dan menghantar arahan ini merupakan “features” yang sempurna untuk membina projek IoT. Selain itu, penggunaan Telegram Bot ini juga percuma dan boleh digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna.

The Botfather merupakan aplikasi parti ketiga yang disediakan khas oleh Telegram untuk mencipta Telegram Bot. Kini sesiapa boleh mencipta Telegram Bot yang boleh menyediakan pelbagai fungsi. Mudah sahaja cara menggunanya iaitu hanya melakukan carian @BotFather pada aplikasi Telegram dan mula untuk cipta Telegram Bot anda sendiri.

>> KOMPONEN YANG ANDA PERLUKAN <<

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengawal LED melalui Telegram dengan papan Raspberry Pi. Antara komponen yang anda perlukan ialah :

Peringatan: Anda perlu mencipta sebuah Telegram Bot anda sendiri. Anda boleh meletakkan apa apa nama untuk Telegram Bot tersebut dan simpan API Key Telegram Bot itu.

>> Sambungan litar <<

>> kod python <<

Untuk projek ini, kita memerlukan library Telegram untuk Python. Untuk install library tersebut, hanya perlu membuka LXTerminal di Raspbian, dan taip:

$ pip install telepot
$ pip install telepot --upgrade

Setelah berjaya install library tersebut, anda boleh meletakkan API Token anda yang diperolehi daripada BotFather setelah mencipta sebuah telegram Bot.

>> Kod Penuh Python <<

import time
import telepot
import RPi.GPIO as GPIO

GPIO.setmode(GPIO.BCM)
GPIO.setwarnings(False)
GPIO.setup(17,GPIO.OUT)

def handle(msg):
 global telegramText
 global chat_id
 global showMessage
  
 chat_id = msg['chat']['id']
 telegramText = msg['text']
 
 print('Message received from ' + str(chat_id))
 
 if telegramText == '/start':
  bot.sendMessage(chat_id, 'Welcome to My Telegram Bot')
 
 elif telegramText == 'LED ON':
  bot.sendMessage(chat_id, 'LED is ON')
  GPIO.output(17,GPIO.HIGH)
  
 elif telegramText == 'LED OFF':
  bot.sendMessage(chat_id, 'LED is OFF')
  GPIO.output(17,GPIO.LOW)
  
bot = telepot.Bot('Your Telegram Bot API Token')
bot.message_loop(handle)

while 1:
    time.sleep(10)

Siapkan litar di atas, dan copy code di atas ke dalam mana mana IDE yang tersedia dalam Raspbian seperti Geany. Jalankan program tersebut, dan boleh cuba menghantar message ‘LED ON’ ke telegram Bot anda.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda sudah boleh mengawal LED menggunakan aplikasi Telegram melalui papan Raspberry Pi. Cuba hantar message ‘LED OFF’ ke telegram Bot anda pula, lihat apa yang terjadi.

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di Telegram Bot Dan Penggunaannya Sebagai Platform IoT.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini