Selepas selesai proses pemasangan sistem operasi, Raspbian akan dimulakan dan resolusi skrin akan di set kan secara automatik kepada resolusi yang bersesuaian. Walaubagai manapun, resolusi yang di set kan secara automatik ini mungkin tidak bersesuaian dan tidak digemari pengguna. – Pengenalan –

Oleh Faizal dalam Tutorial Raspberry Pi

Belum memasang sistem operasi pada papan Raspberry pi, baca artikel sebelumnya di NOOBS Permulaan Kepada Raspberry Pi – Pemasangan Sistem Operasi.

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

# Pembacaan di bawah sesuai digunakan bersama sama papan Raspberry Pi 3, Raspberry Pi Zero, Raspberry Pi 4 dan mana mana papan Raspberry Pi yang bersesuaian.

>> Dapatkan Raspberry Pi 3 Model B di sini <<

Selepas selesai proses pemasangan sistem operasi, Raspbian akan dimulakan dan resolusi skrin akan di set kan secara automatik kepada resolusi yang bersesuaian. Walaubagai manapun, resolusi yang di set kan secara automatik ini mungkin tidak bersesuaian dan tidak digemari pengguna. Jangan risau, kini anda boleh mengkonfigurasi resolusi skrin melalui sistem operasi Raspbian. Dalam tutorial ini, kita akan melihat bagaimana untuk menetapkan resolusi skrin papan Raspberry Pi kita.

>> Jom kita mulakan <<

Sangat mudah, untuk menetapkan resolusi skrin papan Raspberry Pi, pergi ke Menu -> Preferences -> Raspberry Pi Configuration dan klik pada Set Resolution. Di situ, anda akan dapat lihat beberapa pilihan resolusi (ianya bergantung kepada versi Raspbian anda) untuk digunakan pada skrin anda. Kami memilih pilihan 1280×720 60MHz 16:9 (sesetengah versi Raspbian tidak mempunyai tetapan ini) bagi digunakan bersama sama dengan paparan LCD pada tutorial ini.

Menu -> Preferences -> Raspberry Pi Configuration

Klik pada Set Resolution

Pilihan 1280×720 60MHz 16:9 (sesetengah versi Raspbian tidak mempunyai tetapan ini), maka anda boleh memilih tetapan yang bersesuaian dengan anda

>> Selesai, sedap mata memandang <<

Mulakan tutorial Raspberry Pi pertama anda di Raspberry Pi Bagaimana Untuk Menggunakan Diod Pemancar Cahaya.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini